Thursday, December 06, 2012

Last Eep Class with Maher Zain's Twins...

Assalamualaikun...

Tajuk pun dah gempak habis....mesti tertanya2...eh bila masa pulak Maher Zain buat kelas Eep? (yang tk tertnya2 tu abaikan yg aku tulis ni). Sebenarnya Maher Zain yang aku maksudkan ialah My Eep lecture...

Sebelum aku melalut jauh brcerita, aku nak buat pengenalan sikit about Eep. Ok...Eep ini singkatan daripada Employability and Enhancement Programme. Maksudnya....mesti korang tahu, kan terer English. Yang English suam2 kuku macam aku ni, ini maksudnya Pekerjaan dan Peningkatan Program (gOogLe TranslaTe). Bagi maksud yang aku faham Eep class ni lebih kurang mcam mentor mentee la. Pelajar yang 1 kos aku dibahagi kepada 1 kumpulan kecil seramai 10 hingga 12 orang dan diletakkan dibawah seorang lecture untuk menjadi mentor kepada pelajar2 ini. Ada faham? kalau faham bagus.

Aku ini adalah salah seorang daripada pelajar yang terlibat. Dalam entry sebelum ini, aku ada cerita tentang aku sesat cari bilik lecture Eep and nama lecture Eep pun aku ada bagi tahu.Belum baca lagi entry tu? klik(sini) Nama lecture Eep aku nama dia Dr. Ahmed Rageh Ismail berasal dari egypt. First time aku jumpa Dr.Rageh memang aku terkejut sebab aku igatkan Maher Zain. Serius muka dia ada iras2 Maher Zain. Tak percaya? Tengok gambar ni.....



)
Kiri=Maher Zain  Kanan= Dr.Ahmed

Betul ark muka Maher Zain and Dr.Ahmed ada iras? Kalau korang cakap tak...memang....korang....ntah la....serius...seiras kot..
Untuk beberapa minggu juga la klau aku nk igat macam mana muka Dr.Rageh mesti dalam fikiran aku terbayang muka Maher Zain. Betul....tak bohong...ko tk pcaya sudah :p

Kelas Eep aku seminggu sekali ja iaitu hari selasa, bila tiba ja hari selasa aku yang paling excited skali nk p kelas Eep, walaupun kenyataannya aku hanya p dengar ja apa yang Dr.Rageh cakap, nak cakap balik memang dak la cuma last Eep class ja aku jadi berani untuk bersuara. He3.
Kelas Eep with Dr. Ahmed memang best, dia suka bagi motivasi and tunjuk ajar, bila masuk ja bilik dia mesti dia akan tanya " How are you?", "You have any problem?". Lebih kurang ayat dia macam tu la. Waktu mula2 taaruf (suai kenal) dengan Dr. Ahmed, dia ada cakap yang kami semua boleh anggap dia "Abeng", lawak bila dengar dia sebut perkataan "Abeng". And setiap kali kelas juga mesti ada perkara baru yang Dr.Ahmed akan ajar kami semua seperti cara nak cari maklumat untuk xciment, cara nak cari jurnal at library secara online dan macam2 lagi.
Tapi kelmarin merupakan last eep class for this sem, memang sedih la juga sikit2. Aku yang selama ini hanya mendiamkan diri sewaktu class eep dengan beraninya mengatur ayat Oh My English. Mujur la Dr. Ahmed faham.

Sebelum bersurai, aku cadangkan kami semua tangkap gambar sebagai kenangan, pada mulanya hanya nak guna camera handset buruk aku tu je, tapi alhamdulillah ada sorang budak lelaki china yang bawa camera, dapat la kami berposing sakan. Nak tengok gambar? Tak yah la.....Ha? nk tengok juga? ok2.....
My Eep group members and My mentor Dr.Ahmed yang handsome he3

Dr.Ahmed diapit bunga2....


Geng Hero....

Handsome guys with sweets girlzzz....


Egypt-Chinese- Malay

Hm....akhir kalam....semoga my group members eep dapat buat yang terbaik untuk Final exam yang semakin hampir dan semoga dapat result yang terbaik...























No comments:

Post a Comment