Monday, September 09, 2013

Video Khas Untuk Sahabatku





Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia ku ucapkan kepada semua reader, follower and visiter my blog.
Anda semua mesti ada sahabat sejati lagi memahami dan di sayangi. Ko ade? Aku pun ade... Alhamdulillah setakat hari ini, detik ini, jam ini, minit ini dan saat ini, aku di kelilingi dengan kawan2, teman2 sejati dan sahabat till jannah.

Seperti selalu aku mention nama dia dalam beberapa entry blog aku, My Stj a.k.a My Chipmore a.k.a My tempat kongsi masalah iaitu Nur Atiqah Binti Zulkifli atau di alam blogger ni di kenali sebagai CHN (Blog My Stj).Kenal sejak di Maktab Mahmud lagi, Alhamdulillah kekal hingga sekarang. Walaupun jarak memisahkan kami tapi teknologi mengeratkan kami berdua. Walaupun masing-masing sibuk mengejar cita-cita, sibuk dengan kuliah, sibuk dengan program dan yang sama waktu dengannya namun telekomunikasi merapatkan kami. Tak gitu Cik Tiqah??? hihihi...

Hari sabtu lepas tengah bosan tinggal sorang-sorang dalam bilik sambil on9, tetiba dekat fb jumpa kakak blogger Yuyu Zulaikha post tentang drama SAHABAT (drama baru remaja di Astro Ria) -ini postnya. Aku pun jelajah la buka Page FB SAHABAT, godek punya godek jumpa la MV Dedikasi untuk sahabat. Macam best je kan... aku pun cuba di sini  buat video untuk My Stj. Ini Video aku bikin khas buat My Stj... (mohon terharu dengan pengorbanan sahabatmu a.k.a ur oat cruch).

Oat Cruch with Chipmore

SaHaBaT TiIL jAnnAH.... aMIN....

p/s: Tiqah aku tahu hang akan baca entry ini, so aku nak gtau aku peminat fanatik blog hg tahap guling-guling atas padang bola, so update la blog hg celalu na...Sebagai balasan sila jadi peminat fanatik blog aku tahap guling-guling atas jalan raya dari alor setar ke sintok..hahahaha... (Ini buka permintaan, tapi arahan... FAHAM!!)




Sunday, September 08, 2013

Ganjaran



 Tadi baru je lepas pergi ambil Sijil Dean's Award dekat COB UUM (College Of Business). Alhamdulillah...syukur kepada Allah s.w.t.


Hasil USAHA+DOA+TAWAKAL+IZIN ALLAH=BERJAYA.

Aku ni bukanlah jenis yang bijaksana, cerdik pandai yang selalu dapat straight A+ dalam exam. Aku biasa-biasa sahaja. Ada masa datang mood malas study, ada masanya malas nak ke kuliah, dan ada masanya aku tertidur dalam bilik kuliah. Tapi selagi ada kemahuan di situ ada jalan, kan usaha tangga kejayaan. Cewah...cewah...

Terima kasih pada Mak yang tersayang selalu mendoakan aku siang dan malam. Restu seorang ibu memang sangat penting bagi aku. Bukan setakat Syurga di bawah telapak kaki ibu, tapi Redho Allah pun terletak pada keredhoaan kedua ibu bapa kita. So, janganlah kedekut sangat kredit nak call mak n ayah kita setiap kali nak masuk dewan exam.

Terima kasih juga kawan-kawan yang selalu mendoakan aku, sentiasa ada tika aku susah mahupun senang.

P/S: Just sharing je. Mohon diriku di jauhkan rasa riyak mahupun bajet bagus. Amin.
      
















Saturday, September 07, 2013

Life Update : Semester Baru



Pertama kali nak mohon maaf sebab dh lama aku tak update blog. Dulu bajet waktu kerja part time sempat la update blog selalu. Tapi hampeh, sebab ku sangka kerja Kakak Fotostat ni kerja yang paling rilex and cool di dunia, namun sangkaanku meleset. Asal ja buka blog taip new entry tiba2 ada budak datang fotostat, dah sekerat aku taip entry cikgu pula datang fotostat soalan percubaan UPSR 40 copy ada 4 salinan, siap fotostat tengok jam dah Pukul 1 ptg, kemas barang tutup lap top and balik. Tengah jalan balik terfikir, Eh! tadi entry aku tulis pasal apa ek?. Balik rumah buka lap top padam entry yang tulis tadi sebab tak tau nak sambung tulis apa. Berulang-ulang la perkara tu sehinggalah tamat perkhidmatan aku at KEDAI FOTOSTAT SKDWK.

My last day 

Isma, Fatin and Diana With adik-adik comel

Last day kerja, Isma and Fatin datang, kebetulan nak cop borang dekat Guru Besar. Kami bertiga sekolah rendah sekali and kelas pun sekali cuma bila dah tingkatan kami sekolah lain-lain. Mereka berdua ni datang cop borang kejap ja, tapi sanggup tunggu aku habis kerja sebab nak round 1 sekolah tangkap gambar. Bergambar sampai habis bateri kamera, sambung guna kamera handphone. Kami bertiga memang gila bergambar lagi2 la dengan keadaan sekolah yang hampir 70% berubah, lebih cantik, lebih ceria dan lebih bersih dari waktu aku sekolah dulu.

Waktu aku sekolah rendah dulu tak ada kata-kata nasihat macam ni, sekarang jarak tak sampai 2 langkah mesti jumpa dengan kata-kata nasihat ni. Setiap pagi aku pergi kerja mesti diri ini termotivasi dengan kata-kata perangsang sepanjang jalan aku ke kedai fotostat.

Jalan ke Koperasi sekolah



 Surau pun dah makin cantik lagi berseri-seri


 Yang ini ceruk mana ntah diorang tangkap gambar sebab waktu ni aku tak habis kerja lagi, sekali tengok macam dekat Lee Huat Garden, tapi yang pastinya salah 1 tempat dalam sekolah la.



Sebenarnya aku, berhenti kerja seminggu sebelum balik U sebab aku ada join Biro Keusahawanan jual barang-barang untuk adik-adik semester 1. Hari ahad memang aku dah rasmi menginap di DPP Sime Darby. Jualan tu sehari ja, waktu hari pendaftaran tapi walaupun sehari memang terasa letihnya. Gerai barang start waktu susun barang hingga waktu kemas barang tak putus2 pelanggan. Nampak tak bertapa laku and larisnya gerai kami... Cewah...

My Geng yang Sempoi... 
Yang depan sekali pakai spek mata tu Our Lady Boss (Kak Hanuna).

Seharian berniaga, keesokkan harinya aku pulang ke kampung halaman kembali, rindu mak sehari tak jumpa.sob.sob.sob. Sehari, 2 hari, 3 hari, malam hari ke-4 aku kembali semula ke Sintokyo bersiap sedia untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai mahasiswi.

Semoga semester ini lebih baik daripada semester sebelumnya. Tanamkan Azam, Teguhkan Tekad di Hati... Allah s.w.t sentiasa bersama.

Usaha+Doa+Tawakal+Dengan Izin Allah= Berjaya Dunia dan Akhirat


P/s: Kuliah belum start tapi sudah ada program yang bakal menyusul... Insya Allah... MALAM PENGHAYATAN KEMANUSIAAN -19 September 2013.