Saturday, October 24, 2015

Langkawi lagi (Pengalaman ikut trip)

Assalamualaikum...

Setelah selamat bergelar kakak super Senior a.k.a budak final sem, baru lah rasa nikmat masa lapang dan terluang. Tapi aku tak mahu la masa lapang aku terbuang, so memang dah rancang nak spend time masa pergi melancong dengan kawan-kawan. Kekononnya, nak ada kenangan melancong bersama la.

Sebenarnya, setiap sem merancang nak melancong ke sana sini, tapi dalam mimpi ja, buka mata masih di sini. Setelah merancang dengan penuh teliti, siap meeting kira budget, set tempat, survey chalet dan yang sewaktu dengannya, balik bilik masing-masing diam menyepi. Tak tahu bila nak pergi sebab masing-masing dah start busy dan duit ptptn pun menyusut turun laju sekali.

Satu hari aku nampak ada student Uum buat trip pergi Langkawi dengan harga super berpatutan, menjimatkan dan mengikut kemampuan. Cepat-cepat aku suruh Aein call, book 2 tempat untuk kami. Memang waktu tu tak fikir panjang, call mak minta izin pun mak on ja.

Walaupun baru awal tahun lepas ja pergi Langkawi dengan my Stj, tapi kali ni semangat juga nak pergi sebab pergi dengan Aein and first time aku ikut trip. Depart from UUM 7.45 pagi, kos pengangkutan dari Uum memang dah termasuk dalam pakej, tiket feri pun dah termasuk dalam pakej, tiket mangrove pun dah masuk dalam pakej, penginapan dan pengangkutan bersama driver pun dah masuk dalam pakej(Harga Pakej RM 150.00). Aku dengan Aein memang betul2 bawa baju and diri ja tak perlu runsing nak fikir apa-apa just enjoy every single moment kat sana.

 Atas feri aku nak tidur tapi Aein ajak selfie (Kalau Aein tak ajak pun memang aku nak)


It's doesn't matter where you're going, It's who you have beside you.
#dianaaeingholiday

Sampai ja Jeti Kuah tak sampai 15 minit driver dah sampai, total semua yang join trip 23 orang (Semua perempuan) so kenderaan 1 van and 1 avanza, ke mana saja bersama. Driver memang tersangat sporting, tak pernah nak mengeluh tunggu geng gegirls shopping berjam-jam and the best part bawa kami semua pergi makan tempat murah and sedap (save lagi bajet aku).

First place yang kami pergi Kilim Geoforest Park, round pulau naik boat. Sebenarnya waktu pergi round pulau tu aku rasa macam sedar tak sedar ja sebab baru naik darat dah nak masuk air balik tapi aku enjoy ja sebab dah bayar lagipun tak kan aku nak duduk tepi jeti sampai lambai tangan byebye dekat geng lain yang enjoy pergi tengok ikan pari la, pulau kasut, guar kelawar, guar buaya and ambil gambar banyak-banyak memang idok le.

Muka aku yang sedar tak sedar, Aein muka dia kalau ambil gambar memang tak berubah, senyum memanjang.

Tempat wajib ambil gambar.

 Gua Kelawar.

Lampu tu Aein sewa RM 1 ja, Aein bagi aku pegang untuk suluh dia bukan suluh kelawar sebab dia cakap takut Batman culik dia. (Aku malas nak cakap kat dia yang Batman suka perempuan tinggi macam aku ;).

Mendarat balik.

Lepas habis round semua pulau, abang driver bawa kami pergi makan. Aku lupa nama kedai mak cik tu tapi area Pekan Kuah tak silap. Lauk memang pelbagai dan murah sangat, aku punya makanan (Nasi+lauk+sayur+ air oren = RM5.00). 


Kami check in Pukul 3ptg. Ketua trip bagi 1 jam untuk solat and rehat. 1 bilik kongsi 4 orang, sangat selesa tapi aku tak pasti harga berapa sebab dah masuk dalam pakej.

Pukul 4ptg gerak balik ke next destination, Pelabuhan kapal mewah.

Bagitahu Aein nanti nak beli kapal layar and nak parking kat sini, Aein lansung tak peduli  dia lebih pedulikan kamera.

Aein cakap berangan tu free,
Tapi aku takut nak berangan tinggi-tingi,
So, harap dapat beli boat yang dlam gambar sebelah kiri depan sekali,
Boleh la parking dekat sini.
Berangan ja lah.

Tempat seterusnya Cable Car. Dari Uum lagi aku dah bagitahu dengan Aein yang aku tak nak naik Cable Car sebab waktu datang dengan Tiqah dulu dah naik dan lagipun Aein pun memang tak nak naik juga sebab dia gayat. So, kami plan nak round ja kawasan Cable Car tu. Ternampak la plak 3D Art Museum ni, memang antara sebab utama aku dengan Aein datang Langkawi. Mula-mula ingat memang tak dapat pergi dah 3D art museum ni sebab tak ada dalam senarai tempat dalam trip pun dan kami tak tahu la pula yang 3D Art Museum ni dekat dengan Cable Car. Beriya-riya Aein tarik tangan aku pergi beli tiket. Harga tiket RM37 tapi lepas tunjuk kad pelajar dapat RM20 (jimat lagi).


Budak excited.

Bagi Kwang Soo minum air tangan aku.


Tak perasan pula aku anjing hitam tu.

Ratu pecut yang dah pencen.


Maaf Tun...
Tun cuma bapa pemodenan Malaysia,
Bukan bapa saya,
Jadinya, haram bersalaman tangan,
Tapi saya hormat Tun.
(Senyum kita sama la)

Ni gambar dekat luar, kalau rasa macam harga tiket mahal sangat kat luar pun ada juga gambar 3D tapi tak la sebanyak kat dalam yang 1 jam pun tak cukup nak ambil semua gambar.

Pekena pasemboq and cendol tepi pantai dulu.

Aktiviti malam, lepas makan and shopping dekat Pasar Kemboja abang driver tinggal kami semua dekat Pekan Kuah. 

Tercapai juga hasrat aku nak bergambar dengan Lang. Walaupun hanya nampak sisinya ja. Ok la dari tak ada lansung. Kaki aku nak melangkah pun tak larat dah, just lepak ja dengan Aein sambil tengok orang tengah practice menari sampai ketua rombongan keloi panggil balik. Sampai bilik, terus mandi, solat and melayari bahtera mimpi indah.

Hari ke-2 Pukul 9 pagi dah bertolak pergi breakfast. Ikut trip ni rasa berdisiplin sikit sebab aku rasa kalau pergi sendiri Pukul 10 pgi belum tentu nak gerak lagi. So, nampaknya di sini banyak kelebihannya join trip ni.


Lepas breakfast, abang driver bawa pergi kilang gamat and pemborong batik jawa. Aku tak fokus sangat shopping, so just beli yang terbekenan ja.

 Singgah Kota Mahsuri jap, tak masuk pun just ambil gambar kat pintu masuk ja. 
Last destination, Kompleks HIG- Shopping cekelat.
Feri Pukul 2.30 ptg.
Sampai UUM Pukul 5.30 ptg.
Esok hari kelas seperti biasa.

Sekian, cerita  #dianaaeingholiday ikut trip. Sangat bebaloi, sesetengah orang tak suka ikut trip sebab tak ada privacy and sebab2 yang sama waktu dengannya. Tapi bagi ikut itu hak dan bajet masing-masing lain orang lain citarasa. Bagi aku untuk student macam aku yang bajet ciput ok la ikut trip sebab tak perlu serabut otak fikir nak book tiket feri, penginapan and pengangkutan plus tak tahu  jalan kat sana. Kalau guna Waze pun tapi tak rancang betul tempat and perjalanan silap-silap habis minyak kereta sesat jalan ja. Ok la untuk orang yang suka challenge, tapi aku nak pergi release tension.

Tapi kalau nak ikut trip, aku tak galakkan yang trip ramai sangat 40 orang ke atas, sebab takut tension balik, nak tunggu hang aku. Macam trip aku ni 23 orang, sweet2 ja semua tak ada masalah.

......Next destination? Tahun depan, Insha Allah.....