Sunday, June 30, 2013

Jom Buat Bunga Ros Kertas




Dah lama aku nak buat bunga kertas,tapi tak berkesempatan. Selalu juga tengok toturial buat bunga kertas at You tube, tapi tak pernah cuba sendiri. Waktu cuti sem macam ni la ada masa terluang so jangan biarkan masa terbuang jom buat bunga ros kertas yang senang lagi lenang, yang mudah lagi indah.

Bismillahirahmanirahim…
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang…

Bahan-bahan:

-Kertas (apa2 jenis kertas)
-Gunting
- Tali, benang dan sewaktu dengannya.
-Pen

Cara-caranya:

1.Potong kertas bentuk 4 segi, saiz ikut suka lagi besar saiz kertas lagi besar bunga.
 i guna kertas recycle je..

2. Susun kertas yang dipotong secara melintang dan selang seli. (rujuk gambar)


3.Tandakan titik tengah di atas kertas yang di susun dan tebuk lubang tersebut.

4. Masukkan tali dan ikat.
5. Mulakan membentuk kelopak bunga (*tak perlu ada seni sangat just royok2 je).


6. Kertas paling bawah lipat buat batang bunga.

7. Nak lebih cantik... warnakan kelopak bunga, daun dan batangnya.


BUNGA ROS CARAKU…
 tali kuning bahagian bawah batang bunga tu getah yea bukan ekor cicak or benda2 lain (cari tali tak ada getah je yang ada depan mata, manfaatkan je lah)



Selamat mencuba..
USAHA TANGGA KEJAYAAN..

Wednesday, June 26, 2013

Kakak Fotostat



Hari ini genap seminggu aku pegang gelaran kakak fotostat. Insya Allah gelaran ini akan aku pegang sampai habis cuti sem. Huahuahuahua...

Macam mana aku boleh terjebak dengan pekerjaan yang famous ini?
=Sebenarnya, aku ganti adik aku yang tersayang, DAYAH. Cuti sem dia dah habis dan kebetulan dia habis cuti sem aku lak start cuti sem dan kebetulan lagi cikgu yang jaga koperasi ni memang minta adik aku tolong cari penganti dia dan adik aku pun cadangkan aku tuk gantikan dia. Oleh sebab aku seorang kakak yang amat mithali lagi baik hati, setuju je la.

And now i'm here.... yay...yay...



Antara sebab lain aku setuju terima tawaran kerja ni :

~Kedai Fotostat terletak di sekolah rendah aku dulu, so dapat la aku bebakti pada sekolahku di samping dapat jumpa cikgu2 yang mengajar aku ABC, 123 hinggalah sekarang dah bergelar Mahasiswi. Siapalah aku tanpa mereka semua.

~Isi masa lapang, aku ini jenis yang tak suka buang masa walaupun hakikatnya masa aku banyak terbuang. So, daripada aku nganga sambil melepas batuk di muka pintu rumah, hokhokhok... lebih baik aku kerja kan2.

~Boleh On9, ini yang best..... kedai fotostat aku kerja ni ada wifi, itu yang aku boleh update blog ini, klau tidak ka jangan harap la, tunggu habis cuti semester ini pula baru aku nak update.



~Pengalaman baru- Sejujurnya aku memang tak tahu lansung nak guna mesin fotostat, yang aku tahu pergi kedai " Akak nak fotostape ". Sekarang aku pula yang dengar budak2 sekolah guna ayat aku. First day aku kerja Cikgu Wan (Cikgu yang jaga kedai fotostat) memang ajar cara2 nak fotostat. Pertama kali aku fotostat, serius kertas lansung tak keluar, mesin lansung tak fungsi, tak tahu la apa yang aku silap tekan, budak dah tunggu lama, memang gelabah juga la waktu tu, cepat2 ambil handset and call DAYAH, ok... fine lupa pagi tu dia ada kelas. Last2, aku tertekan butang apa tah, terus boleh fotostat. Sekarang ni semakin mahir la guna mesin fotostat," ye nak fotostat 2 in 1, A4 depan belakang, atas bawah, kiri kanan...just tell me 0k..." ;)



Selain dipanggil kakak fotostat aku juga turut dipanggil MAK CIK, nampak sangat la kan aku ni tua dari umur sebenar. Kalau setakat sorang yang panggil Ok la kan, nie dari tak terkira dek jari dah ni budak panggil aku MAK CIK. sedih ase...sob...sob..sob.. redho je la, budak-budak...

Seminggu kerja di kedai fotostat ini, Alhamdulillah aku semakin dapat menyesuaikan diri.
  
P/S:  Insya ALLAH, minggu depan aku and My STTJ, Atiqah akan buat G.A untuk blog A&D Kraf, hadiah menarik, syarat senang... jemput join nanti yea...

MaSa ItU iBarat PEDANG,

jIKa KitA TIDaK MeMoToNGnyA,

iA aKAN mEmOTonG KItA..











Monday, June 17, 2013

NDA Steamboat



Erk............ Alhamdulillah.... kenyang makan steamboat. Hihihi....
Sempena meraikan cuti sem bakal tiba and exam yang sudah berlalu, seperti biasa aku and my buddies AEIN, SHIMA, DIRA and WANI decide nak makan steamboat at Alor Setar. Selalunya kami makan steamboat at Perlis tapi kali ni saja nak try steamboat at Alor Setar lak.

Oleh sebab Steamboat ni selalunya orang makan waktu malam, so petang lepas asar barulah kami semua bertolak and kebetulan Wani pun habis exam last paper petang. Sampai Alor Setar, kami tak terus pergi Restoran Steamboat tapi singgah Pacific jap sebab Dira nak cari kasut sukan, almaklum la orang nak wakil U pergi lawan hoki dekat Segamat. Round punya round 1 pacific tu, lansung tak ada 1 pun kasut yang bekenan di mata Dira, taste tinggi betul la cewek Terengganu ni.

Teman je... nak beli tak ada pitih $$$$

Puas round 1 pacific, semua kedai dah masuk. Waktu magrib pun dah masuk, apa lagi.... tak baik kan lambatkan solat. Terus gerak ke surau. Selesai solat semua, tengah siap-siap touch up bedak, tiba-tiba aku tertarik tengok seorang budak perempuan ciut ngat, umur area 2 or 3 tahun macam tu la, cakap dekat mak dia yang dia nak sembahyang, mak dia pun terus bentangkan sejadah untuk dia. Serius agak tegamam tengok tingkah laku dia. Walaupun cakap pun tak petah lagi tapi telatah dia buat aku kagum.

Gambar tak berapa jelas sangat sebab ambil pun curi-curi ja ni.

Adik kiut tu duduk antara 2 sujud and jari telunjuk dia memang terangkat macam betul-betul dia sembahyang. Jarang la aku jumpa budak umur adik kiut ni yang pandai duduk antara 2 sujud dalam solat, yang kebanyakkan selalu aku jumpa cuma ikut ajuk sujud and takbir yang diaorang tengok orang buat. Alhamdulillah, seandainya anak-anak seusia ini sudah didedahkan dengan asas2 sembahyang.

Wajib begambar... 8)

Selesai sembahyang Maghrib, kami pun terus bergerak ke Restoran Steamboat. Restoran tu berhadapan dengan Hospital Sultanah Bahiyah so memang mudah sangat la nak cari. Nama restoran tu NDA Steamboat.


Ramai juga orang waktu kami sampai

Jeng.... jeng..... sruuuph..... sedap Oooooo....

Macam-macam pilihan ada...

Untuk pelajar yang ada kad siswa, akan dapat discount. Harga untuk pelajar yang ada kad siswa :RM15. Memang berpatutan sebab macam-macam makanan yang tersedia seperti: Mee goreng, Kuew Tiaw Goreng, Nasi Goreng, Ayam Goreng, Ais Kacang, Ais Krim, Wedges, Kentang Goreng dan untuk makanan steamboat ada danging ayam, daging lembu, makanan laut pula ada sotong, udang, ketam yang memang segar. Rambang mata aku, tak tau nak ambil yang mana satu sebab semuanya sedap2. Untuk kuah boleh pilih nak kuah tom yam or kuah sup.

Kami suka kuah TOM YAM.... yummy.....

Pencuci mulut: Ice Cream

Waktu aku ambil ice cream ni aku ingatkan ice perisa pandan, semangat aku ambil satu gelas besar, suap dalam mulut terus tergamam sebab dalam fikiran set rasa lain tapi mulut pula rasa lain. Sekali rasa PUDINA, telan je la, kalau tak habis kang nanti kena charge tambahan lak. Lepas tu, belahak pun bau PUDINA. 

Bila perut mula keyang, terus kutip duit and Shima selaku bendahari Geng The Buddies ni gerak ke kaunter bayaran. Settle bayar, perut pun dah keyang, senang hati balik bertolak balik U. Alhamdulillah, sampai dengan selamat.


Itulah serba sedikit ceritaku.....

p/s: Barang dah kemas, xcited nak balik rumah walaupun sebenarnya tadi sebelum pergi Alor Setar sempat singgah rumah aku sekejap hantar barang. Hm..... apa la aku nak buat cuti ni yea??? CER BAGI CADANGAN....
























Sunday, June 16, 2013

Akhirnya........



syukur...syukur...syukur....  Alhamdulillah..

Akhirnya....
Selesai sudah exam yang buat aku:
~Hilang nikmat tidur
~Hilang nikmat makan
~Hilang selera berFACEBUK
~Hilang segala jenis MOOD
~Tapi rindu agat at my BLOG ni....hikhikhikhik...

Inilah yang dinamakan bukan senang nak senang,
Bukan susah nak susah...

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Besakit-sakit dahulu,
Besenang-senang kemudian...
Exam sudah berlalu,
Hilangkan kesepian,
Hilangkan sakit bahu,
Sekarang Drama "Sebenarnya Saya Isteri Dia" layan......

Muka lepas habis jawab last paper
Lihatlah mukaku yang pucat, tak bermaya and senyum yang hilang menawannya.
 Macam senyum aku sebelum ni menawan lak kan.


 

---++=Esok gerak ke Bandaraya Alor Setar menikmati Steamboat yang semakin famous diperkatakan tentang kelazatannya. Huahuahua.....

p/s: Jangan kedekut nak hadiahkan sesuatu kepada diri sendiri atas sesuatu pencapaian.... peace y000...