Monday, September 30, 2019

Tips: Baru Mula Kerja, Apa yang boleh dan tak boleh buat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 💖


Sejak akhir-akhir ni aku terpanggil untuk share berkenaan dengan kerjaya, aku share bukan sebab aku hebat ataupun pengalaman banyak cuma aku sejenis yang suka berkongsi sebab sharing is caring 😉.

Aku dah pernah share berkenaan dengan "Jangan Memilih Kerja", yang tak baca lagi boleh Klik sini.
Harini aku nak share berkenaan dengan apa yang boleh dan tak boleh buat bila baru start kerja atau sewaktu tempoh percubaan (probation period). Tempoh percubaan ni depend on company, ada yang 3 bulan dan ada yang 6 bulan. Sewaktu tempoh percubaan sangat penting sebab waktu ni la HR atau majikan akan menilai kelakuan dan prestasi kerja kita (performance). Jadi, yang waktu temuduga hampa dah sembang gebang semua benda hampa boleh buat, waktu ni la hampa kena buktikan.

Daripada pengalaman dan pemerhatian aku sepanjang aku bekerja, aku kongsi sikit tips apa yang boleh dan tak boleh buat sepanjang tempoh percubaan kerja ni:


1. Datang kerja awal, Jangan datang lambat!

Ini adalah perkara yang paling terpenting sekali, sebab ianya menunjukkan disiplin seseorang. Sepanjang tempoh percubaan, cubalah datang kerja awal, lagi awal lagi bagus sebab banyak kelebihan datang kerja awal ni. (Nak kena listkan juga ka?)

2. Jaga kehadiran, Jangan asyik nak cuti!

Ini pun penting juga, majikan atau HR sangat ambil berat tentang kehadiran kita sebab itu menunjukkan kita ni komited ataupun tak dengan kerja. Elakkan daripada ponteng atau ambil cuti saja-saja bf/gf demam la, bakal mak mertua adik ajak pergi shopping la dan yang sama waktu dengannya.

3. Banyakkan tindakan, Jangan bagi banyak alasan.

Bila dah dapat kerja tu datanglah buat kerja, jangan la suruh buat apa semua tak boleh. Jangan dok bagi alasan "Oh ni kat U dulu lecture tak ajar" Aku cepuk kang!. Bila kerja ini lah masa untuk kita kutip pengalaman dan belajar sebanyak-banyaknya. Tak tahu belajar bukan terus bodoh sampai ke tua, tak tahu tanya bukan diam tunjuk terer. Apa saja pekerjaan yang diberi buatlah dengan sepenuh hati.

4. Jaga percakapan, Jangan kurang ajar.

Hidup biar beradab jangan biadap. Bila kita bekerja, kita akan jumpa dengan banyak jenis orang dan pelbagai jenis perangai-perangai yang pelik bin ajaib, tapi kita jangan la nak ikut kepala sendiri. Kalau ada teguran atau sindiran daripada senior cuba untuk terima dengan terbuka, jangan dok p lawan cakap balik. Kadang tu ada senior yang suka bergurau kasar dan saja nak mengusik tapi kita jangan la terusik sekali, sedar diri masih dalam tempoh percubaan. Cubalah berbuat baik dan cakap baik2 walaupun pada orang yang kurang baik, nanti lama2 depa baik la.

5. Siapkan kerja yang diberi, Jangan banyak merungut.

Bila tak dapat kerja merungut tak dak kerja, bila dah dapat kerja merungut kerja banyak (Penumbuk nak?). Waktu tempoh percubaan ini kalau nasib baik, kerja yang diberi tu ikut fasa dan tak berat sangat tapi kalau nasib terlebih baik mungkin kerja akan datang tanpa diundang dan beranak cucu cicit. Walau banyak mana pun kerja tu cuba buat dan siapkan dengan baik, cuba minta nasihat dan tunjuk ajar dari senior, mana tau depa ada tips atau cara mudah buat kerja. Jangan jadi bodoh sombong, malu bertanya tak jumpa jalan.


Cukup dulu 5 tips dari aku untuk kali ini, bagi banyak2 sat g hampa lupa pula.

Kalau sakit, ambil MC. Jangan tiru budak ketegaq ni.😷
(Apa motif minum kopi tapi pakai mask? 😵)
Kesimpulannya di sini, jagalah perangai dan tunjukkan sikap yang baik bukan sahaja waktu tempoh percubaan tapi kalau boleh selama mana hampa kerja dan bukan just kerja actually dalam kehidupan seharian juga. 

Tak rugi kita buat baik, sebab Allah s.w.t hitung setiap kebaikan kita tu. 😄


Saturday, September 28, 2019

Jangan Memilih Kerja, Jangan Putus Asa!

Assalamualaikum,


Apa yang aku nak tulis hari ini agak sedikit sensitive sebenarnya, tajuk pun dah tau aku tujukan khas buat adik-adik tersayang yang baru selesai tanggal/lambung jubah konvo.

Mungkin aku kurang layak untuk buat teguran ni, but sebenarnya bukan nak tegur sangat pun tapi lebih pada kongsi pengalaman dan pendapat. So, jangan nak sensitive sangat but be positive.

Lepas habis belajar mesti semua orang nak kerja, cari duit bayar ptptn (Majoriti) mahupun nak balas jasa mak dan ayah. Tapi masing-masing ada rezeki masing-masing, ada yang sebelum konvo kerja dah tunggu, ada yang lepas 2 bulan dah dapat kerja dan ada yang 2 tahun baru dapat kerja. 

Bila ada yang nasihat "jangan memilih kerja", mesti ramai nak melenting. Dah usaha cari kerja sana sini, interview dari Utara hingga ke Selatan, resume berpuluh syarikat dah hantar, beratus kali dah apply kerja kat Job Street. It's ok dik, you did a very good job.

Apa yang akak nak tegaskan kat sini adalah kenapa kita mesti ikut jalan yang sama macam orang lain, apply kerja yang orang lain juga buru, interview company besar yang sememangnya ramai orang tuju. Why not ubah haluan permikiran, fikir balik nasihat "jangan memilih kerja", cari maksud tersirat.

Typical pemikiran sekarang, cari kerja yang sama bidang yang belajar, Yes Betul Tak Salah. Cari jawatan yang layak dengan tahap pengajian, Yes Betul Tak Ada Salahnya. Cuma apa hasil dari ikut jalan yang sama dengan orang lain? Yang dapat kerja Alhamdulillah, Yang belum dapat teruskan berusaha dan cuba ubah haluan permikiran yang lebih kreatif.

Kadang tu pedulikan apa orang nak kata, yang baik ambil sebagai kekuatan yang kurang baik jadikan bata buat laluan ke masa depan. Hidup kena ada pendirian, kena tahu apa yang kita mahukan dan jangan sesekali lupa berdoa pada Allah s.w.t minta diberikan kekuatan harungi setiap dugaan dan cabaran.


Satu kebanggaan dan juga satu tanggungjawab.



Yang baik itu selalunya datang lambat, terus berusaha dan bersabar. Jangan putus asa.