Tuesday, June 03, 2014

Tak susah nak susah, Tak senang nak menang

Assalamualaikum....

Bertemu kembali aku dengan blog kesayangan yang selalu dipinggirkan. Apa khabar semua.....? Aku di hadapan lap top kesayangan masih sihat alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan liku-liku kehidupan yang masih panjang. 

Sekarang, saat ini dan detik ini alhamdulillah aku dah habis 2 paper exam. Ya, sekarang ini minggu exam plus cuti sekolah bahagi kenduri kahwin. Banyak juga undangan kenduri kahwin yang aku terpaksa tolak sebab sedang dalam mood exam bersama paper berderet-deret macam gerabak kereta api. Tapi apa pun sabtu ni nak lari juga kejap pergi kenduri kahwin kawan sekolah aku, sebab waktu tu ada gap sebelum next paper.

Tengok balik last entry aku cerita pasal bercuti ke Langkawi. Wooo... lamanya tak update blog. Realitinya banyak cerita yang aku nak tulis, tapi sebab banyak sangat nak tulis aku tak tau nak tulis apa. he3. Namun, demi blogku tercinta, ku perahkan juga otak untuk ingat balik cerita 1 semester yang dah berlalu. Semester 4 memang semester yang sibuk, aku tiap-tiap semester sibuk sebenarnya, tapi semester 4 ni super sibuk sebab aku ada lagi2 aktiviti yang aku lakukan. Jenis aku ni, setiap hari mesti berbeza dari hari-hari sebelumnya, jadinya semester 4 ni mestilah lain dari semester sebelumnya. Cewah...... tapi apa pun yang aku rancang dan aku nak lakukan, Allah s.w.t yang menentukan. Alhamdulillah, urusanku sentiasa di permudahkan. Sebelum aku cerita lebih lanjut apa yang sibuk sangat aku semester 4 ni, layan dulu gambar yow...





Ini semua gambar aku waktu pergi Enactus Malaysia National Cup (EMNC) at Shah Alam. Entry sebelum ni Enactus team building and Enactus member traning aku ada cerita tentang Enactus ( Entrepreneurial Action Us) yang aku join start tahun lepas. Hasil dari project yang kami jalankan, kemuncaknya ialah EMNC lah di mana kami bentangkan project terbaik Enactus UUM dan bersaing dengan project universiti lain. Project terbaik akan wakil Malaysia ke China untuk bersaing dengan negara lain pula. 

Secara ringkasnya tentang Enactus UUM ialah kami jalankan 4 project iaitu HOME, BACK2BAG, 4NATURE and ECHO. 2 project terbaik dipilih untuk dibentangkan di EMNC iaitu BACK2BAG and 4NATURE.

Aku salah seorang member project Back2bag di mana kami bekerjasama dengan OKU Centre untuk melahirkan usahawan di kalangan OKU. Project ini sudah 2 tahun dijalankan, untuk permulaan kami ajar OKU untuk hasilkan crochet product yang menggunakan plastik yang dikitar semula. Seterusnya, bimbing OKU untuk pasarkan product yang mereka hasilkan. Kalau nak tahu lebih banyak maklumat boleh lawat back2bag uum.

Untuk menjalankan project ni bukan semudah yang aku sangka, banyak pergorbanan dan kesabaran yang di perlukan. Saat itulah, aku di uji untuk memastikan time managment aku tak berterabur. Sibuknya tak tergambar dengan perkataan, letihnya tak dapat nak di ceritakan. Seminggu sekali meeting and 2 kali outing ke Penang. 

Star Cruise at Penang

Aku rasa macam Penang tu dah jadi negeri kedua aku, aku dah sebati dengan jalan yang sesak, bangunan tinggi-tinggi and rumah rapat-rapat.

Walaupun penat, ianya bukan penghalang untuk aku terus membantu Oku yang memerlukan.
Biarpun payah, ianya bukan penghalang untuk aku terus memberi ilmu kepada mereka yang kekurangan. Mungkin pada yang mendengar, melihat mahupun yang membaca akan merasa penatnya, susahnya, sibuknya dan sebagainya. Namun semua perkara itu ialah pengalaman yang amat bermakna bagi aku. Membantu mereka yang kelainan upaya itu kepuasan aku, melihat mereka mahir mengait itulah kegembiraan aku, dan melihat kesungguhan mereka itulah pengajaran hidup buat aku. 

Kita yang sempurna fizikal dan mental seringkali bosan dengan kehidupan, tak pernah cukup dengan apa yang ada, tak pernah bersyukur dengan kurniaan yang diberi, cepat berputus asa andai tak dapat capai sesuatu dan sewaktu dengannya. Tetapi mereka yang tak sempurna fizikal dan mental sentiasa ceria menjalani kehidupan, bersyukur dengan yang ada, gigih berusaha dan tak menyalahkan takdir yang Esa. Ya, mungkin tak semua mereka sama, tapi mereka tak tunjuk semuanya berbanding kita yang asyik merungut segala benda.

Hadiah untuk hilangkan kepenatan
Enactus UUM (CHAMPION)
Tembok Besar China dah melambai-lambai.

Back2bag Project
 

Kejayaan tidak pernah berakhir dan kegagalan tidak pernah musnah Perlu ada KETABAHAN. :)

 

 P/S : Selamat membaca, aku nak sambung balik menelaah buku. Doakan soalan exam aku susah bersama jawapan yang senang. Hi3... USAHA+DOA+TAWAKAL= Insha Allah Kejayaan milik kita.