Tuesday, June 07, 2011

Perak, Kelantan Dan Terengganu....

Cuti penggal kali ini aku berpeluang ikut family aku pergi hantar adik perempuan aku (Dayah) ke Unisza Terengganu. Perancangan yang pada mulanya cuma sebuah kereta sahaja yang akan hantar adik aku ke Terengganu, berubah saat-saat akhir apabila mak aku berubah fikiran untuk pergi ke Terengganu dengan 2 buah kereta, merasa juga la aku melancong cuti kali ini.
     Rombongan familyku yang seramai 10 orang termasuklah sepupu dan abang ipar aku bertolak ke Terengganu pada pukul 9.00 pagi (Ahad-5/6/2011) dan kemudiannya berhenti rehat di Banjaran Titiwangsa pada pukul 1 tghri untuk lunch. Walaupun tgahari tetapi cuaca di Banjaran Titiwangsa sangat sejuk dan pemandagannya memang cantik dan menenangkan.




Makan beramai-ramai.....


                                          gedik santai..

Selepas berhenti rehat di Banjaran Titiwangsa, kami meneruskan perjalanan ke Terengganu, di sepanjang perjalanan kami sempat singgah di beberapa tempat termasuklah gerai keropok losong yang menyediakan keropok losong yang enak. Kami tiba di rumah adik-beradik mak yang tinggal di sungai tiang untuk tumpang berehat pada waktu magrib hampir menjelang. Adik-beradik Mak ( Mak Cik Timah) menyambut kami sekeluarga dengan baik.






















Mak with Mak Cik Timah


 Keesokan harinya ( Isni-6/6/2011) aku sekeluarga bertolak ke Unisza pada pukul 8.00 pagi untuk pendaftaran adik kesayangan aku (dayah). Selesai pendaftaran dan hantar adik aku ke asrama penginapannya, kami sempat bergambar sebelum meniggalka adik aku untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmunya di Unisza. Memang agak sedih untuk meninggalkan adik aku keseorangan di Unisza maklumlah ini kali pertama adik aku tinggal berjauhan dengan keluarga walaupun sebelum ini adik aku tinggal di asrama yang berlainan daerah tetapi kali ini asrama yang belainan negeri. Semoga adik aku tabah meneruskan kehidupannya sebagai seorang siswi.


me n dayah


                                   dayah n azerul



                                     dayah n ba at


                                           dayah n kak yang

Selepas selesai menguruskan pendaftaran dayah, aku sekeluaraga bertolak pulang ke Kedah. Dalam perjalanan pulang kami sempat melawati Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.















































Sepanjang di Terengganu aku juga sempat merasa beberapa jenis kuih Terengganu seperti kuih sata...