Friday, November 22, 2013

Hadiahnya bikinku terharu




Aku jarang dapat hadiah. Bila dapat hadiah haruslah seronok kan... Alhamdulillah minggu lepas aku berkesempatan pergi kenduri Akikah Adib adik kepada My stj. Kebetulan kenduri buat dekat rumah mak lang My Stj at Felda Bukit Tangga yang sangat dekat dengan UUM, mengapa aku harus katakan tidak kepada nasi kenduri yang ku idamkan.

Berteman teman-teman tapi mesra lagi bahagia bersama suka dan duka. Siapa lagi semestinya Aein, Shima, Wani and Dira sebagai driver. Mujur mereka semua sudi temankan aku pergi kenduri. Dah lama bebeno aku tak jumpa my stj... rindu taw.



After kelas tanpa sempat tukar baju, tempek bedak mahupun mandi. Kami terus bertolak ke Felda Bukit Tangga. Masing2 sudah kelaparan, Aein sepanjang jalan nampak lauk ja. Shima sanggup tahan lapar sebab nak makan nasi kenduri... Alahai.. sweetnya kawan2 aku ni... bikin terharu betul.

Perjalanan tak sampai setengah jam sebab ikut jalan shortcut. Sampai ja rumah kenduri terus nampak my stj dah berdiri terpacak tunggu ketibaan kami semua.Waktu sampai tu aku terus cari Adib sebab teringin sangat nak jumpa Adib. Dari jauh nampak Adib terus ambil dukung, lupa dah tentang perutku yang lapar minta makanan. Tak sampai 5 minit dukung my stj terus ambil Adib sebab suruh aku makan dulu. Baru teringat perut lapar.

Lama tak jumpa... 
Banyak la cerita yang perlu dikongsikan..
Laptop ku bawa untuk tukar-tukar movie baru..he3..


Sesi tukar-tukar hadiah pula..
Sebab susah nak jumpa, hadiah besdayku bulan 4 and my stj bulan 10.. Bulan 11 baru sempat bagi hadiah.Biar lambat asal dapat.


Aku dah nak balik, tapi cerita still banyak lagi tak kongsi..hu3
Nanti kita jumpa lagi yea My Stj a.k.a Chipmoreku...


Excited sangat dapat hadiah dari My Stj. Aku dah siap buka waktu atas kereta lagi. Tak sangka My Stj bagi hadiah blouse and Mp3. Serius blouse cantik. My Stj ni macam tahu2 je kan aku tengah survey nak beli Mp3. Alhamdulillah, terima kasih sangat2 to My Stj untuk hadiah yang super awesome. Terharu bila buka hadiah tu tau, ingatkan 1 ja hadiah tapi 2. Nagis 3 hari 3 malam.



 Nota: Tak sangka pakai baju warna sama dengan My Stj, serius tak janji pun. Biasa la.. kita kan sehati dan sejiwa. ( My stj pun ada buat entry pasal hadiah aku bagi.. klik SINI kalau nak tahu aku bagi hadiah apa pada My STJ)


Tuesday, November 19, 2013

Night Of Fantasy and aku sebagai tetamu



Dinner semester ini aku paling semangat sekali nak pergi sebab first time aku pergi dinner sebagai tetamu. Semester sebelum ni iaitu 2 semester berturut-turut aku jadi ajk, so fell dinner memang tak ada. Pakai baju cantik-cantik berlari berkejaran ke sana sini, penat and muka pun letih tak bermaya.

Sem 1                                    Sem 2

Jadi ajk dinner memang 1 tugas yang mencabar sebab bukan sibuk pada malam kejadian sahaja tapi dari sebelum dinner lagi memang selalu meeting sampai 2 -3 pagi, setiap hari kena keluar untuk berurusan dengan pihak sponsor (2 semester berturut-turut aku jadi biro sponsor). Selepas dinner pun still sibuk kemas dewan, postmortem and report.

Namun, alhamdulillah banyak perkara yang aku belajar sepanjang terlibat sebagai ajk dinner. Untuk semester ni aku bagi peluang pada junior2 pula handle dinner.

Semangatnya aku dinner kali ini, 2 minggu sebelum dinner aku dah siap cari baju. Semester lepas2 sehari sebelum dinner pun pening lagi nak pakai baju mana.



Dinner kali ini bertemakan Fantasy, pening juga la nak pakai baju apa, mujurlah aku makku tersayang sudi tolong carikan baju dinner kite. Sayang mak ketat2.

Sem 3
Baju credit to Rafidah Rashid
Pashmina credit to Noriah Rashid

Pertama kali pergi dinner sebagai tetamu...

Dapat duduk makan di meja
Waktu jadi ajk aku makan bungkus jew... hu3


 Tangkap gambar banyak2..
macam cantik jew.. macam comel jew.. macam minta penampoar jew...



 Dapat duduk semeja dengan rumet..
Itew sayang rumet itew...



Makan berjemaah...

Cik Aein sweet ni nak sangat pakai selendang macam zara (Love you Mr. Arrogant).



Kami buddies tak kan terpisah...



Sebelum balik bilik tanggalkan make up... :)


Kesimpulannya, tahniah kepada ajk pelaksanaan Night Of Fantasy terutamanya kawan 1 course aku iaitu Fatin Zaki as pengarah dinner. Memang terbaik and best...














Saturday, November 09, 2013

Enactus Team Building at Royal Belum, Grik





Alhamdulillah aku berjaya mengharungi hari-hari yang padat lagi mencabar. Walaupun ada banyak agenda yang bertindih dalam masa sehari namun berkat kesabaran dan dorongan kawan-kawan, ya… now aku sedang menaip entry baru untuk blog aku. 

Kalau aku nak cerita apa yang aku sibuk sangat sepanjang minggu ni memang aku tak larat nak tulis, korang pun tak larat nak baca. So, di sini aku nak kongsi pengalaman aku join camping a.k.a Enactus Team Building. Semangat ark nak baca pengalaman aku? Tak semangat??? Suka hatilah, yang penting aku semangat nak menulis.

Aku baru ja join Enactus UUM ni, rasanya baru sebulan lebih dan aku tak sangka project manager pilih aku untuk join Team Building, 1 project hanya 2 orang member ja yang terpilih dan Alhamdulillah aku antara yang terpilih. Mula-mula tu aku agak berat sikit nak join sebab ye la kan aku ni baru nak kenal apa itu enactus macam mana flow enactus ni, tiba-tiba terpilih join team building with Core Team Enactus UUM pula tu, rasa diri ini begitu kerdil. Selepas kena brainwash + motivation with my project manager akhirnya aku terima dan bertolaklah aku pada tanggal 1 november ke Royal Belum, Grik.

Selamat tiba di Royal Belum.


 Houseboat... First time naik, serius memang pengalaman yang best tersangat-sangat, tak pernah terbayang pun dapat peluang naik houseboat.

Untuk destinasi pertama yang kami akan pergi ialah Rafflesia Site iaitu tempat pembiakan bunga Rafflesia. Hampir 2 jam juga perjalanan ke Rafflesia Site dengan menaiki Houseboat. Sepanjang perjalanan 2 jam, masa kami di isi dengan ice-breaking dan sesi perkenalan sebab kebanyakan yang join member baru dan dari lain-lain projek.

 My Enactus Family... :)


Warming up sebelum jungle trekking melawat tempat pembiakan bunga rafflesia.

Lebih kurang 20 minit jungle trekking melawat bunga rafflesia, perjalanan diteruskan lagi menuju ke campsite yang kami akan berkampung selama 3 hari.

 dangling feet on board the houseboat and enjoy our journey.

 Dari jauhku pandang, hati sudah berbunga riang... Cantiknya.. KEM SUNGAI TIANG.

Apa yang penting? Kerjasama... nama pun Team Building..
Berganding bahu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Oleh kerana, waktu sampai campsite dah nak malam, so lepas bahagi chalet. Semua diberi masa rehat sehingga pukul 8 malam.

Chaletnya memang tip top teko la.. memang selesa and sangat cantik.

Pada sebelah malam di isi dengan slot motivasi dan games. Ye lah, masing-masing dah penat so perlu rehat yang cukup untuk aktiviti esok hari.

Start morning call pukul 6.30 pagi, mandi, solat and siapkan diri.

 Wajah-wajah segar menanti member yang lain untuk aktiviti seterusnya.

Jungle trekking yang ke-2.. kali ini lebih mencabar dan sasarannya adalah Air Terjun.

Perjalanan yang mencabar, rehat sebentar sambil bergambar.

Akhirnya.... penat lelah berbaloi.. 

Keriangan jelas terpancar..

Hari 3 iaitu hari terakhir. Kami berpeluang melawat perkampungan Orang Asli.

15 minit perjalanan menaiki boat....

Akhirnya sampai ke Kampung Aman Damai.

 Majoriti yang tinggal di kampung ini terdiri daripada kaum Jahai.


Kanak-kanak Orang Asli kaum Jahai.

 With them... :)

Kenangan Terindah...

Enactus UUM.

 Melawat perkampungan orang asli merupakan aktiviti terakhir sebelum berangkat pulang ke UUM. Terima Kasih kepada Team Belum Outdoor Advanture yang sangat2 sporting, very easygoing and sempoi gila. Mereka bergitu sabar melayan kerenah kami dan cuba memberikan perkhidmatan terbaik.

En. Hilmi, En. Hisham, En. Shukri and Abg Janggut.

Sepanjang 3 hari camping, NO HANDPHONE, ONLY SPEAK IN ENGLISH AND FOR 1 WORD ANOTHER LANGUANGE PAY RM5. Dengar je syarat-syarat  terus mataku berhenti berkelip, aik.. dah macam nak pergi PLKN. Aku memang tak setuju la dengan syarat-syarat tu, tapi nak menentang.. siapalah aku? Tapi selepas program baru aku boleh nampak bertapa perlunya syarat sebergitu di buat. Tabik springgg pada yang wujudkan syarat tu. Serius… bayangkan kalau handphone available.. mesti bila masa lapang semua asyik merenung sayu pada handphone masing-masing macam mana nak wujud semangat berpasukan, tapi bila no handphone.. bila ada masa lapang main game sama-sama, chit chat sama-sama sambil kenal lebih rapat. Boleh nampakkan kesannya yang ketara.


 Together we achieve our goal..

Note: Banyak lagi aktiviti yang ada, tapi aku just tulis aktiviti2 utama  ja. he3.. After mid-term break jadual aku still padat.

Wish me luck...
12/11/2013: Beat The House Of Pentomen ( Sepatutnya sebelum cuti tapi ditunda)
13/11/2013 : Meeting Back2bag (Enactus)
15/11/2013: Latihan Mengait Back2bag (Enactus), G2E , and malam Darbian Night V.
16/11/2013: Integrasi Ko-k. 
22/11/2013: Mid-term Exam Consumer Behaviour.