Wednesday, February 12, 2014

Pulau Langkawi- Part 2

Assalamualaikum..

Entry part 2 ini baru la aku nak cerita percutian aku di Langkawi. Entry Part 1 tu just mukadimah pendek saja. Thank you sebab sabar tunggu.

Seperti yang aku gembar-gemburkan di Entry Part 1 untuk second night, we stayed at Motel Pantai Chenang. Oleh kerana, Motel tu kepunyaan keluarga angkat  Faiz ( suami Solehah) so harga yang kami dapat memang sangat menjimatkan aku punya bajet. Shukran Jazilan Mak and Ayah angkat Faiz yang sangat baik hati, semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Aku tak boleh nak share motel apa yang kami stay sebab ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan motel keluarga angkat Faiz tu terpaksa di tutup dalam masa terdekat (selepas kami balik dari Langkawi). Nanti kalau aku share detail motel tu and korang baca entry aku ni and try contact motel tu dah tak ada pula kan, buat hilang mood bercuti saja. So, lebih baik keep calm and terus baca.

Setiap pagi aku and Tiqah akan jalan-jalan tepi pantai sambil main air. Memang tenang jiwa.



Sampai tepi pantai Tiqah bergayut sakan.


Kesian Diana jalan sorang-sorang..hi3

Konon nak tengok matahari terbit. Pokok pula lindung.


 Muka segar nak start melawat tempat-tempat menarik.


Budak yang segar tadi. 

Tempat pertama yang kami pergi ialah Taman Lagenda. 

Budak yang segar tadi baru bangun nampak pantai terus berlari nak pergi mandi.



Tapi dihalang oleh sahabatnya sebab takut ditelan jerung. Tukar fikiran, patah balik.

Tempat kedua kami pergi ialah cable car.


Before naik cable car jalan-jalan dulu at Oriental Village.


Muka terlebih excited

Berangan sedang berada di Korea.


 Sembunyi yang kelihatan.


Perhentian Cable Car yang terakhir.
Pemandangan memang Subhanallah... Cantik sangat.
Tapi aku tak sanggup nak duduk lama-lama atas tu sebab rasa tak selamat. 5 minit ja ronda-ronda smabil makan ais krim dekat atas tu and terus straight turun bawah.

Third place yang kami pergi ialah Bird Paradise


Aku bukanlah pecinta binatang and aku tak pernah pergi zoo. Tapi aku ada juga la keinginan nak menjenguk binatang-binatang at Zoo, sebab tu bila yang lain cadang next place Bird Paradise, aku terus setuju ja. Harga tiket RM15.00.


 Pandai flamingo kat belakang tu tengok kamera.

Couple Parrot..

 Nak sangat bergambar dengan buaya darat. ;)

Menjadi inspirasi kepada geng punk. Aku ada, kau ada?


Menjadi inspirasi untuk nama Langkawi. 

Lan todak.. eh silap-silap.. LANDAK.

Tempat ni nama saja Bird Paradise tapi binatang lain pun banyak and sangat luas. Mohon manfaatkan 1 jam untuk ronda- ronda sambil snap picture, kalau tidak rugi bayar mahal-mahal.

Keldai yang sporting.
Tiqah : Ready... 1,2,3 krikk..

Semuanya berpusu-pusu nak ambil gambar dengan aku.


Yang paling aku suka, walaupun aku tak faham apa yang tertulis di batu besar itu.
(tapi ada 1 papan yang translate perkataan di batu tu)

Sebelum balik rehat..

Untuk last day aku at Langkawi tunggu entry ke-3 yea.

Promo entry ke-3
Berlakunya tragedi yang akanku ingat sampai bila-bila.
-SEDIH-

No comments:

Post a Comment