Tuesday, February 11, 2014

Pulau Langkawi- Part 1

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, selain kerja sambilan as kakak fotostat, aku dapat isi cuti sem kali ini dengan melancong ke Langkawi. Aku memang sangat-sangat suka melancong, tapi selalu tak berkesempatan. Nak pergi tempat yang jauh-jauh pun bajet ciput ja. Kira dapat pergi Langkawi ni pun memang dah sangat menggembirakan aku. Terima kasih juga pada STJ aku yang tersayang sebab ini semua dia punya plan la. Katanya dah lama bebeno kami tak spend time bersama. Sweet betul Stj aku ni. Selepas bersms, whatsapp,  and chat at fb. Akhirnya menjadi juga kami nak melancong sama-sama.

Dengan penuh kegirangan bertolaklah kami berempat ke Langkawi menaiki feri di Jeti Kuala Perlis dengan harga tiket sebanyak RM18. Eh, Kenapa berempat? he3 aku tak salah taip, memang kami berempat. Aku, Tiqah, kawan Tiqah (Solehah) and suami  kawan Tiqah (Faiz). Kebenarannya di sini Suami Solehah (Faiz) ada urusan di Langkawi selama 1 hari and alang-alang tu nak bercuti sekali,  so Solehah ajak Tiqah teman dia sebab mesti la boring kan 1 hari duduk sorang-sorang,  manakala Tiqah pula ajak aku. Boleh nampak tak rantaian penyebab berlakunya trip pergi Langkawi ini?

Jeti Kuah

Kami sampai di Jeti Kuah dah nak masuk waktu Magrib. Bagi mereka yang pergi Langkawi last minute punya plan jangan risau tentang pengangkutan sebab dekat Jeti kuah ni ada banyak pilihan kenderaan sewa yang  boleh pilih, ada kereta, van and bas pun ada.

We stayed at HIG HOTEL (Harga 1 malam RM190-ikut jenis bilik). Rasanya inilah pertama kali aku tidur hotel. Memang sangat jakun tapi masih terkawal. HIG Hotel ni memang best, selesa and harga berpatutan. Tapi tak berpatutan untuk aku kalau stay lebih dari 1 hari sebab lari bajet. So, tidur guling-guling atas tilam empuk just for one night.

Tempat lepak aku and Tiqah, chit chat sampai bosan...

Bangun pagi baru perasan dari tingkap boleh nampak laut.

Sarapan sambil sambung chit chat yang tergendala semalam.

First day tak ada aktiviti apa sangat just pergi cuci mata at Komplek HIG (sebelah hotel ja pun) lepas tu balik bilik layan cerita Narnia sampai Lunch. Lepas lunch balik bilik sambung pula tengok cerita Mr. Labuci. Memang aku manfaatkan masa betul-betul dalam bilik hotel sampai rasa berbaloi-baloi dengan harga yang aku bayar. Petang check-out terus gerak ke Pantai Chenang. Percutianku baru bermula. Tunggu next entry yea untuk gambar-gambar and cerita percutianku.

Promo untuk entry kedua:
Kami stayed at Motel Pantai Chenang.
Setiap hari aku pergi mandi pantai sebab jarak bilik motel aku dengan Pantai Chenang lebih kurang 30 meter (Aku agak,sebab memang dekat sangat)




No comments:

Post a Comment