Saturday, February 15, 2014

Pulau Langkawi Part-3

Assalamualaikum..

Aku punya last entry nak cerita tetang trip aku pergi Langkawi. Secara keseluruhannya memang percutian ni best sangat-sangat sebab dapat spend time with My Stj. Ye la, walaupun kami berdua ni satu negeri tapi sangat susah nak jumpa sebab masing-masing ada komitmen sendiri. Tapi disebalik kegembiran dan keseronokan itu berlakunya 1 tragedi yang menyedihkan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Macam seram ja kan tragedi tu.

Begini kisahnya......

Seperti biasa, aku with Tiqah pergi ronda-ronda tepi pantai sebelum berangkat pulang meninggalkan Pantai Chenang. Oleh kerana, kami berdua tak bawa kamera, so semua gambar kami just guna kamera handphone je la. Pakat-pakat gilir kami berdua bergambar. Sekejap aku ambil gambar Tiqah guna kamera handphone dia, lepas tu dia ambil gambar aku guna kamera handset aku. 

Nak dijadikan cerita waktu Tiqah nak snap gambar aku guna handphone aku, aku minta la handset dia sebab macam susah pula tengok dia pegang banyak handset sangat. Handphone tu aku letak dalam poket baju yang aku pakai.

Dalam poket baju ni la.
Ada 2 poket, kiri and kanan.

Lepas dah ambil gambar semua. Kami pun terus balik la bilik. Sampai bilik belum sempat aku nak duduk Tiqah minta handphone dia. Waktu tu aku rasa macam kena kejutan eletrik (terkejut sangat2)  and terus cari dalam poket baju. Dalam poket kiri and kanan baju aku kosong. Aku terus try call and Tiqah try cari sekitar bilik. Aku call dapat tapi tak ada bunyi phone sebab Tiqah memang tak silent dia punya phone.

Kami terus keluar and pergi cari balik sepanjang jalan yang kami lalu nak pergi pantai. Bila dah sampai dekat pantai aku try call lagi dah masuk mailbox. Memang waktu tu aku panik sangat, Tiqah dah semangnya risau la kan.

Dipendekkan cerita handphone Tiqah memang hilang sehingga hari ini tak jumpa. Memang aku rasa bersalah sangat dengan Tiqah sebab handphone tu jatuh waktu ada kat aku. Tapi sejujurnya aku memang tak perasan lansung handphone Tiqah jatuh. Tragis lagi menyedihkan kan?.

Tapi aku punya sahabat ini sangat cekal lagi tabah orangnya. Tiqah still cool, sabar and teruskan percutian seperti biasa. Allah s.w.t sedang menguji kami agar kami sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga.

Untuk hari terakhir kami di Langkawi, kami sempat melawat Underwater world. Harga tiket RM30.


Kami disambut dengan penguin yang comel.

Berangan berada di Gunung Everest. Sejuk air cond.

Ikan kegemaran Tiqah.

Belut laut..

Khusyuk bercakap dengan ikan comel. Cerita pasal handphone hilang la tu.

Jellyfish

Lebih kurang setengah jam jelajah dalam Underwater world. So, time to shopping. Sudah 3 hari aku di Langkawi tapi 1 barang apa pun tak beli lagi sebab malas nak usung ke sana sini, sebab tu la hari last baru nak shopping sakan, ianya juga sebagai langkah berjaga-jaga seandainya shopping awal confirm bajet akan lari sejauhnya, kang tak dapat bayar sewa motel tak ke susah. Di mana aku shopping? Shooping dekat mana lagi kan kalau bukan HIG, yang sangat famous dengan barang-barangnya yang sangat murah.

Penuh 1 troli barang-barang shopping, nasib baik tak kena cukai.
*Cukai akan dikenakan pada mereka yang stay di Langkawi kurang dari 3 hari dan juga 
barang-barang terkawal seperti rokok.


Masa untuk pulang.
tatatititutu Langkawi.

.
Tambahan : Tak sempat nak pergi Dataran Lang sebab shopping barang lama sangat. sob.sob.sob. Boleh dijadikan sebab untuk datang Langkawi lagi.hi3.

1 comment:

  1. 안녕하세요~ HI~ this is Twinscraftlife! please visit our blog shop! we sell various cool handmade stuff!! 꼭 오세요~~^^
    twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete