Thursday, December 19, 2013

Kenapa mesti UUM?




Setiap kali jumpa kawan baru atau introduce myself, mesti kena tanya asal mana? Kedah... Kedah area mana? Changlun.... (muka terkejut) tanya sekali lagi... mana? Changlun? Yes... Changlun yang ada c-mart, ada pizza hut, secret recepi, kfc dan jalan akan sesak setiap petang.

Kenapa aku pilih UUM untuk sambung belajar? Banyak sebab.
1. Dekat dengan family.
2. Dapat kurangkan bajet tambang bas.
3. Kalau ada kecemasan senang nak balik rumah.
4. Aku tak suka naik bas atau kederaan 4 tayar lebih dari 4 jam.
5. Sebab tak boleh bagitahu....


Waktu aku isi borang UPU pun memang Uum pilihan utama,ketiga and keempat aku. Dan alhamdulillah aku ada rezeki sambung belajar sini.

Bila rumah dekat boleh balik selalu?
Aku kurang setuju dengan statement ni, mungkin orang lain tapi bukan aku. Memang rumah aku dekat tapi aku tak pernah balik tiap-tiap minggu dan sebulan sekali nak balik pun susah. Malahan aku adalah orang terakhir yang balik setiap kali cuti sem dan orang terawal datang bila buka sem.



Sebab aku jarang balik rumah?
Di UUM ni memang setiap minggu penuh lagi padat dengan program-program. Dan aku pula jenis yang mahukan hari-hariku berbeza setiap hari. Asal sahaja ada program yang menarik dan buat aku tertarik memang aku akan pergi. Bagi aku waktu dekat U ni la nak timba pengalaman sepuas-puasnya. Memang letih dan sangat letih tapi semua itu berbaloi. Kalau lepas kelas ramai yang suka rehat di bilik, aku pilih untuk hadir meeting enactus. Kalau ramai suka tidur hari selasa sebab tak ada kelas, aku suka pergi program anjuran Dpp. Kalau ramai yang ponteng GCB or G2E hari jumaat sekali sebulan, aku suka bangun awal bersiap sedia ke GCB or G2E.



Sayang UUM...
 Dulu waktu nak daftar masuk Uum yuran memang mahal ( lbh kurang RM2K). Bila tanya kawan-kawan U lain semua yuran tak terlalu mahal sangat. Adik aku dulu pun daftar Unisza tak sampai pun 2k. Tapi bila dah start belajar di UUM baru aku faham kenapa yuran 2k.
1. Bilik sangat selesa (2 org 1 bilik)
2. Internet laju (ikut time juga la)
3. Ada perkhidmatan bas ke bilik kuliah and ke Changlun (untuk outing)
4. Bilik komputer di setiap DPP. (Sangat membantu sebab mula2 masuk U aku tak ada laptop sendiri lagi)
5. Ada go-cart, golf, sauna, kolam renang, kuda, Pusat Kesihatan (mini hospital).
6. Dan banyak lagi.......

Bila tanya balik kawan-kawan U lain, yuran tu tak termasuk tempat tinggal ataupun tempat tinggal hanya waktu sem 1, bila sem seterusnya kena sewa rumah. Di UUM, alhamdulillah pointer rendah macam mana sekalipun tak kan kena buang Dpp and kena cari rumah sewa, just kalau tak aktif ja kena ampung or pindah ke asrama lain.

And now, Alhamdulillah aku masih di UUM yang 15 minit perjalanan dari rumah aku, jarak lebih kurang 20km and tambang bas cuma RM2.50.




9 comments:

  1. Sis tak sia-siakan masa yang ada..harap dpt menjadi macam sis suatu hari..swmoga berjaya dunia dan akhirat..(:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank You Fiqah sudi lawat blog sis... Insya Allah... tiada yang mustahil selagi adanya usaha... :) Stop saying i wish, Start saying i will... Caiyok...... ;)

      Delete
  2. Best nyer dgr citer sis..saya mmg teringin nk bljar kt sini..mohon upu uum letak pilihan utama ketiga keempat..harap2 dpt sini:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Izaty baru perasan ur comment... Kalau dapat Uum leh calling2 (fb) mna tau leh lepak sesama and peturun ilmu hidup di hutan sintokyo.... ;)

      Delete
  3. salam.saya dapat uum.payah le kalau nak balik umah sebulan skali pon sbb tiap2 mggu ada koko en?

    ReplyDelete
  4. Salam nak tanya. Yuran setiap sem 2k jugak ke ? Bercadang nak pilih uum tapi yuran macam mahal je hmm

    ReplyDelete
  5. Salam nak tanya. Yuran setiap sem 2k jugak ke ? Bercadang nak pilih uum tapi yuran macam mahal je hmm

    ReplyDelete
  6. assalam kak. entry ni banyak membantu saya dalam iv di UUMKL. terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Syukran. Entry awk sngat mmbantu utk Iv saya esk. Wish me luck😂

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...