Saturday, November 09, 2013

Enactus Team Building at Royal Belum, Grik





Alhamdulillah aku berjaya mengharungi hari-hari yang padat lagi mencabar. Walaupun ada banyak agenda yang bertindih dalam masa sehari namun berkat kesabaran dan dorongan kawan-kawan, ya… now aku sedang menaip entry baru untuk blog aku. 

Kalau aku nak cerita apa yang aku sibuk sangat sepanjang minggu ni memang aku tak larat nak tulis, korang pun tak larat nak baca. So, di sini aku nak kongsi pengalaman aku join camping a.k.a Enactus Team Building. Semangat ark nak baca pengalaman aku? Tak semangat??? Suka hatilah, yang penting aku semangat nak menulis.

Aku baru ja join Enactus UUM ni, rasanya baru sebulan lebih dan aku tak sangka project manager pilih aku untuk join Team Building, 1 project hanya 2 orang member ja yang terpilih dan Alhamdulillah aku antara yang terpilih. Mula-mula tu aku agak berat sikit nak join sebab ye la kan aku ni baru nak kenal apa itu enactus macam mana flow enactus ni, tiba-tiba terpilih join team building with Core Team Enactus UUM pula tu, rasa diri ini begitu kerdil. Selepas kena brainwash + motivation with my project manager akhirnya aku terima dan bertolaklah aku pada tanggal 1 november ke Royal Belum, Grik.

Selamat tiba di Royal Belum.


 Houseboat... First time naik, serius memang pengalaman yang best tersangat-sangat, tak pernah terbayang pun dapat peluang naik houseboat.

Untuk destinasi pertama yang kami akan pergi ialah Rafflesia Site iaitu tempat pembiakan bunga Rafflesia. Hampir 2 jam juga perjalanan ke Rafflesia Site dengan menaiki Houseboat. Sepanjang perjalanan 2 jam, masa kami di isi dengan ice-breaking dan sesi perkenalan sebab kebanyakan yang join member baru dan dari lain-lain projek.

 My Enactus Family... :)


Warming up sebelum jungle trekking melawat tempat pembiakan bunga rafflesia.

Lebih kurang 20 minit jungle trekking melawat bunga rafflesia, perjalanan diteruskan lagi menuju ke campsite yang kami akan berkampung selama 3 hari.

 dangling feet on board the houseboat and enjoy our journey.

 Dari jauhku pandang, hati sudah berbunga riang... Cantiknya.. KEM SUNGAI TIANG.

Apa yang penting? Kerjasama... nama pun Team Building..
Berganding bahu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Oleh kerana, waktu sampai campsite dah nak malam, so lepas bahagi chalet. Semua diberi masa rehat sehingga pukul 8 malam.

Chaletnya memang tip top teko la.. memang selesa and sangat cantik.

Pada sebelah malam di isi dengan slot motivasi dan games. Ye lah, masing-masing dah penat so perlu rehat yang cukup untuk aktiviti esok hari.

Start morning call pukul 6.30 pagi, mandi, solat and siapkan diri.

 Wajah-wajah segar menanti member yang lain untuk aktiviti seterusnya.

Jungle trekking yang ke-2.. kali ini lebih mencabar dan sasarannya adalah Air Terjun.

Perjalanan yang mencabar, rehat sebentar sambil bergambar.

Akhirnya.... penat lelah berbaloi.. 

Keriangan jelas terpancar..

Hari 3 iaitu hari terakhir. Kami berpeluang melawat perkampungan Orang Asli.

15 minit perjalanan menaiki boat....

Akhirnya sampai ke Kampung Aman Damai.

 Majoriti yang tinggal di kampung ini terdiri daripada kaum Jahai.


Kanak-kanak Orang Asli kaum Jahai.

 With them... :)

Kenangan Terindah...

Enactus UUM.

 Melawat perkampungan orang asli merupakan aktiviti terakhir sebelum berangkat pulang ke UUM. Terima Kasih kepada Team Belum Outdoor Advanture yang sangat2 sporting, very easygoing and sempoi gila. Mereka bergitu sabar melayan kerenah kami dan cuba memberikan perkhidmatan terbaik.

En. Hilmi, En. Hisham, En. Shukri and Abg Janggut.

Sepanjang 3 hari camping, NO HANDPHONE, ONLY SPEAK IN ENGLISH AND FOR 1 WORD ANOTHER LANGUANGE PAY RM5. Dengar je syarat-syarat  terus mataku berhenti berkelip, aik.. dah macam nak pergi PLKN. Aku memang tak setuju la dengan syarat-syarat tu, tapi nak menentang.. siapalah aku? Tapi selepas program baru aku boleh nampak bertapa perlunya syarat sebergitu di buat. Tabik springgg pada yang wujudkan syarat tu. Serius… bayangkan kalau handphone available.. mesti bila masa lapang semua asyik merenung sayu pada handphone masing-masing macam mana nak wujud semangat berpasukan, tapi bila no handphone.. bila ada masa lapang main game sama-sama, chit chat sama-sama sambil kenal lebih rapat. Boleh nampakkan kesannya yang ketara.


 Together we achieve our goal..

Note: Banyak lagi aktiviti yang ada, tapi aku just tulis aktiviti2 utama  ja. he3.. After mid-term break jadual aku still padat.

Wish me luck...
12/11/2013: Beat The House Of Pentomen ( Sepatutnya sebelum cuti tapi ditunda)
13/11/2013 : Meeting Back2bag (Enactus)
15/11/2013: Latihan Mengait Back2bag (Enactus), G2E , and malam Darbian Night V.
16/11/2013: Integrasi Ko-k. 
22/11/2013: Mid-term Exam Consumer Behaviour.




 

2 comments: