Saturday, October 19, 2013

Kelahiran yang di nanti-nantikan



Aku belum ada anak buah a.k.a anak saudara or anak menakan (bak kata orang kedah). Dalam family aku baru 2 orang yang sudah kahwin iaitu kakak sulung and abang yang ke-2 ( mak aku cakap kawen kena ikut turutan, so kakak aku nombor 3 belum kawen jadinya aku yg keempat ni tak payah gedik nak kawen just fokus my study...anak solehah katakan).

Sejak aku kerja as a cikgu taska sifat sukakan baby, kanak-kanak and yang sama waktu dengannya memang makin menebal. Ke mana saja aku pergi kalau jumpa baby mesti aku nak dukung and main, sama juga la dengan adik perempuan aku, Dayah. Kami berdua ni memang suka sangat dengan baby. Oleh sebab, aku tak punya anak saudara lagi, aku hanya mampu menumpang kasih anak saudara jiran aku je la iaitu Anas yang comel and kiut miut...

Rindunya....

And Alhamdulillah... coming soon aku pun bakal menimang anak saudara. Kakak aku yang sulung dah mengandung, almost 7 month i think. Selepas 5 tahun menanti dengan penuh sabar. Itulah yang di namakan rezeki. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa dan bila yang terbaik untuk kita. So, jangan sesekali mengeluh.

Akulah yang paling excited sekali nak dapat anak saudara.
Semoganya semuanya selamat. Amin...



Subhanallah....
 
Kemuliaan dan Keistimewaan Wanita Hamil Dalam Islam:
  • Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
  • Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
  • Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. (ni azam Sally untuk kali ni...)
  • Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah.


 





2 comments:

  1. mesti excited nk tggu anak buah kan ;) semoga semua nye dipermudahkan ;)

    ReplyDelete
  2. yap.... excited sgat, tak sabar nak dukung, peluk n cium...he3.. amin...smoga dprmudhkan.... :)

    ReplyDelete