Saturday, October 05, 2013

Tak Suka Shopping?



Perempuan and shopping memang tak dapat di pisahkan. Aku perempuan, tapi shopping bukan kegemaran mahupun kegilaanku. Kalau ramai yang boleh terlompat-lompat bila tengok ada Mega Sale yang discount hingga 70% hingga 90%, aku hanya tengok tanda discount dan berlalu pergi tanpa ada perasaan. Entah kenapa la aku ni kan? sob3.

Kalau aku temankan kawan-kawan aku pergi shopping aku hanya akan jadi penasihat or mungkin hanya pemerhati. Tapi aku tak adalah tak pernah shopping lansung, teruk sangat la pula kalau macam tu kan. Aku ni setiap kali keluar shopping aku akan senaraikan barang penting yang aku nak beli, memang selalunya aku akan beli barang lebih dari barang yang aku senaraikan, tapi selalunya barang yang aku terlebih beli tu barang yang juga penting, tapi aku terlupa nak masukkan dalam senarai barang. (Ayat apakah ini?)

Memang inilah perangai aku, kalau orang cakap perempuan gila shopping and boleh habis beratus ringgit untuk shopping, aku memang terkecuali dari golongan ini. Aku setiap kali nak beli sesuatu barang terutamanya barang-barang yang mahal mesti aku akan fikir beratus kali sama ada nak beli or tidak. Bagi aku yang berstatus pelajar barang RM50 pun dah sangat mahal.

 Ambil-Pegang-Tengok Harga- Letak Balik

Mungkin antara faktor sikap aku bergini sebab aku ini bukan dari keluarga yang kaya raya, duit berkoyan-koyan dan tak tahu nak buat apa. Aku dari kecil lagi memang dah belajar hidup susah sebab tu aku tak kisah seandainya apa yang aku suka, aku tak dapat sebab aku percaya tak semestinya apa yang kita suka baik untuk kita dan tak semestinya apa yang kita tak suka tak baik untuk kita.

Faktor lain aku tak suka shopping maybe sebab aku ini masih lagi student. Nak berbelanja pun terhad sebab hanya bergantung dengan PTPTN ja. Memang boleh ja nak minta dengan big bos a.k.a mak aku, tapi aku ini pemalu sikit walaupun dengan mak sendiri, bukan apa aku ni dah besar panjang so kena lah berdikari. Cewah... tapi kalau big bos hulur ku ambil juga, he3... bak kata pepatah rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari......gitu.

Hidup ini kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, jangan asyik memandang or melihat apa yang bukan milik kita. Setiap orang ada nafsu dan keinginan tapi jangan biarkan semua itu mengawal diri kita. 

NOTE: Aku hanya terlompat-lompat hingga tembus bumbung bila tengok Mega Sale The Big Bad Wolf   Books.... 

Mohon tak hujan sebab bumbung dah bocor.










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...