Friday, October 04, 2013

Sambutan Hari Asean Ke-46



Minggu lepas aku berpeluang pergi Sambutan Hari Asean(SHA). Alhamdulillah tahun ini UUM terpilih menjadi tuan rumah untuk Sambutan Hari Asean yang ke-46 peringkat Jabatan Penerangan Malaysia. Pada mulanya aku tak ada keinginan pun nak pergi SHA tu, tapi oleh kerana untuk semua pelajar ko-k Pengucapan Awam wajib pergi, sebab itulah pukul 9.00 pagi aku dah terpacak depan bus stop tunggu bas ke Dewan Muazam Shah atau nama glamornya DMAS.

Sebenarnya aku bukan tahu sangat tentang ASEAN ni. Just ingat2 lupa ja apa yang belajar Pengajian Am waktu Form 6 dulu. Join Sambutan Hari Asean ke-46 ni memang banyak mendedahkan aku apa itu Asean. Banyak ilmu baru yang aku dapat sewaktu SHA, sememangnya tak rugi lagi bermanfaat. Sebelum aku cerita tentang pengalaman aku turut serta di Sambutan Hari Asean... Meh kita kenali ASEAN dulu.



Sejarah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand ialah pengasas ASEAN melalui Perisytiharan ASEAN yang ditandatangani di Bangkok pada 8 Ogos 1967.

ASEAN ditubuhkan bagi mengikat negara yang menandataganinya untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial, pembangunan kebudayaan, serta keamanan dan stabiliti serantau.

ASEAN mempunyai 10 negara anggota iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.





Selain banyak ilmu yang aku timba dari program ini, layanan yang diberikan oleh pihak penganjur memang terbaiklah. Sewaktu aku sampai dekat pintu masuk, aku and kawan-kawan yang lain disambut dengan senyuman manis urusetia beserta Goodies Beg. Nak tahu apa ada dalam goodies beg tu? Botol air, pamplet, buku nota and pen. Aku sememangnya pengumpul tegar pen-pen percuma...ha3.

 Goodies Bag :)

Walaupun aku tunggu bas agak awal, namun bila masuk DMAS majlis dah pun bermula dengan Forum Asean. So, aku masuk, duduk and jadi pendengar setia ahli panel di atas pentas menyampaikan forum yang moderatornya Dr. Muhammad Fuad Bin Othman dari UUM COLGIS. Tengah aku duduk dan setia mendengar tiba-tiba ada orang edarkan beg Jabatan Penerangan kepada semua yang hadir. Dalam beg tu ada pen dan buku nota. Alhamdulillah... bertambah koleksi pen aku.

Selesai forum dan sesi soal jawab, ada hadiah untuk sesiapa yang di bawah goodies bagnya ada pelekat kertas warna. Aku antara yang tak bertuah, just tepuk tangan tumpang gembira je. Yang lagi bestnya ada antara yang bertuah tu dapat hadiah misteri iaitu Notebook jenama Lenovo sumbangan SKMM, memang bertuah sangat-sangatlah.

Selepas tamat majlis, aku tak terus balik tapi aku, Wani and Mira melawat booth2 di sekeliling dewan. Seronoknya lagi, ada boot yang buat kuiz tentang Asean and siapa boleh jawab dapt ganjarannya. Ha, ini aku antara yang bertuah, macam-macam hadiah aku dapat antaranya T-shirt Asean, Pen, buku, and payung.

 Semua booth telah di lawat, hadiah pun semua dah dapat and beg pun berat hingga tak terangkat. Cepat2 keluar dari DMAS menuju ke khemah jamuan. Makan sampai perut kenyang, dan hati pun banyak senang.

Hasil shopping tanpa duit.... 8) 

P/s: Blog Ajaibnya Cinta Diana telah di anak tirikan!!!. huhuhaha... Jemput lawat blog baru aku  
Life In colors, blog ini aku buat khas untuk assignment STID semester ni. Alang-alang melawat follow le sekali, leh tambah markah assignment...hi3... Terima Kasih... :D















2 comments:

  1. haiii singgah jap blog u....stdy kat uum ya..salam kenalan.....senang2 folow kan sy ya

    ReplyDelete
  2. Hai.... Tima kasih sudi singgah sini... yap... kite study at Uum... salam pekenalan juga,... Done follow u.... ;)

    ReplyDelete