Wednesday, October 02, 2013

Kesibukkanku



Sambutan Hari Malaysia,Malam Penghayatan Kemanusiaan, Perang Kuali and Open Darbians. 4 Program serentak dalam masa seminggu, bayangkan bagaimana hidupku, bertapa kelam bin kabutnya, berkejar ke kelas dari pagi sampai petang, balik kelas tak sempat tukar baju keluar pekan Changlun beli barang program, malam mesyuarat and siapkan assignment.

Sambutan Hari Malaysia

Untuk sambutan hari malaysia tahun ni aku join pasukan sorak (sebenarnya wajib huahuahua...), Ini pertama kali aku join pasukan sorak, ye la suara tak kuat, mana la sesuai bersorak bagai. Tapi dah wajib kan pergi je lah.
 Bersorak nye idak.... bergambo je lebih...

Haruslah ada Dieyra...

Go...Go... DPP SIME DARBY
 

Malam Penghayatan Kemanusiaan.....

Selang 2 Hari Kemudian Program Malam Penghayatan Kemanusiaan anjuran Biro Kerohanian. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya banyak masalah yang timbul namun pada malam program semua berjalan dengan lancar.

Untuk Program Malam Penghayatan Kemanusiaan ni Artis Jemputannya ialah Salima Habibi a.k.a Salima AF. Memang best perkongsian cerita dari Salima, tentang bagaimana pengalaman beliau sewaktu menjadi sukarela ke negara yang di tindas.

Barisan Ajk Penajaan...
 R4BIA

Perang Kuali.....

Program Perang Kuali pula keesokkan harinya selepas Malam Penghayatan Kemanusiaan. Bayangkanlah aku tidur hanya beberapa jam ja, program malam tu pun habis dah waktu pagi and pagi tu pula lepas subuh dah nak kena prepair barang and tempat.

Apa itu Program perang kuali?
Sejujurnya first time aku dengar aku terbayang orang pegang kuali and baling sesama sendiri. Lepas tanya pengarah program, hm... memang tak ada kena mengena lansung dengan imaginasi aku. Perang kuali ni ialah pertandingan memasak, macam ala-ala Master Chef gitu.

Dalam program ni aku bertanggungjawab sebagai Bendahari, so memang aku pegang duit and ikut pengarah bersama ajk lain pergi beli barang. Semua tu kami kena settle sebelum hari pertandingan. Fuh..... Bukan setakat bertindih tapi memang terhimpit la aku sebab nak kena fikir program Malam Penghayatan Kemanusiaan (MPK) lagi, kelas lagi, assignment lagi, and macam-macam lah. Mujurlah aku punya kawan-kawan yang banyak menyokong dan meringankan beban aku. Seandainya Shima and Aein tak ada untuk bantu aku settle tugasan untuk MPK memang pasti aku rebah and demam berhari-hari sebab kena maki coz tugas MPK tak siap lagi aku dah lari keluar pergi beli barang untuk pertandingan perang kuali. Huhuhuhahaha...

Untuk Pertandingan Perang Kuali ni Aein, Shima and Dieyra pun join juga. Dan memang tak di sangka-sangka diaorang Juara Perang Kuali DPP Sime Darby. Bangga seketika.


Khusyuk memasak...



Terengganu+Kedah+Perak = KARI UTARA

Presentation slot

Juara Perang Kuali DPP Sime Darby 2013

Selesai Pertandingan Perang Kuali, We all gerak ke Alor Setar for Steamboat.

 Nda Steambot again...

P/s: Hidup itu INDAH..

          Jika kita tahu MENGHARGAINYA....












No comments:

Post a Comment