Thursday, October 10, 2013

Apa yang aku sibuk sangat??



Menjadi seorang mahasisiwi tak semudah dan sebahagia aku sangka. Dulu-dulu selalu berangan bila tengok drama dalam TV macam best ja masuk U. Mula pendaftaran mak ayah hantar, seminggu kuliah pergi library pinjam buku, keluar dari library sambil bawa buku and terlanggar someone, bermulalah cinta dari mata turun ke hati, lepas tu couple sampai 2 tahun, ada halangan orang ke-3, putus jap and final year sambung couple balik sebab tak serasi dengan orang ke-3, lepas tu konvo, kerja and terus kahwin. Drama yang selalu aku tengok kt TV, 2 jam dah habis 1 cerita. Tapi itu drama 2 jam hokey, realitinya hidup aku ni bukan begitu.



Hari-hariku padat dengan kuliah, assignment, program, and macam-macam lagi lah. Di UUM ini, semua pelajar perlu aktif join program untuk kumpul mata Sira a.k.a merit bagi memastikan diri tidak diapung atau bahasa kasarnya dibuang ke another kolej kediaman. Mata sira juga penting untuk buat pemohonan sticker kereta mahupun motosikal. So that, untuk memastikan diri aku ini tidak diapung ke kolej kediaman yang lain since sem 1 lagi aku dah start join pelbagai program and Alhamdulillah aku masih kekal di kolej kediaman yang sama, blok yang sama, bilik yang sama and rumet yang sama.

Sebenarnya, sira tu mungkin salah satu sebab aku aktif join program, tapi antara sebab lain aku mengaktifkan diri join program ialah sebab aku nak timba pengalaman. Bagi aku,kalau boleh aku nak setiap hari aku tak sama seperti hari lain dan mesti ada something yang baru akan aku belajar dari setiap program aku join. Bila join program ni juga la melatih aku agar lebih berdikari dan lebih bersabar. Serius join program memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, ye la dalam 1 organisasi program ada pelbagai ragam perangai manusia yang kena hadapi, tanpa kesabaran yang tinggi memang boleh kucar-kacir program.

Sejujurnya, semester ini aku nak slowdown dari join pelbagai program sebab semester lepas pointer aku jatuh. Aku bukan nak salahkan join program yang menyebabkan pointer aku jatuh tapi maybe aku sendiri yang tak pandai nak arrange my time table. Tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Aku memang dah bajet elok dah masa aku iaitu kumpul mata sira banyak2 waktu awal semester and lepas tu fokus study, sebab itulah minggu pertama aku sibuk dengan 2-3 aktiviti semata-mata tak mahu ganggu waktu exam. Apa yang terjadi?? tengok jadual aku ni....

Esok: Kelas crochet with Enactus member for Back2bag Project.
Lusa : Ko-k
Lepas cuti Raya Haji
22/10: Outing with Enactus Member pergi rumah OKU and Beat The House Of Pentomen.
23/10: Metting Enactus and Islamic Festival (I-Fest).
24/10 : Start Program I-fest
25/10 : Pagi handle sukan siswi program I-Fest and malam exam mid-term.
26/10 : Sukan siswa and pertandingan mewarna I-Fest.
29/10 : Exam Mid-term.
30/10 : Exam Mid-term


Bukan setakat padat tapi bertindih pun ada.  Aku pun confuse macam mana boleh jadi macam ni. Apa yang terjadi jauh berbeza dari apa yang dirancang.Aku mengaku mungkin sikap aku yang tak tetap pendirian and cepat kesian pada orang antara faktor yang di rancang tak menjadi. Namun,... Kan KITA MERANCANG, NAMUN ALLAH YANG MENENTUKAN, mungkin ini yang terbaik untuk aku, bersusah dahulu and bersenang-senang kemudian.

Solution: I try my best to arrange my time table wisely. So, cuti hari raya haji ini akan aku manfaatkan untuk study. Insya Allah, amin.


Note: Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh, Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.


8 comments:

  1. Salam..
    Goodluck for ur study .
    By the way,sy datang singgah dan follow :)

    http://beyondtotheinfinity.blogspot.com/

    Jom follow saya juga ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...... ;)
      Done Follow Mahirah..... 8)

      Delete
  2. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 241
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. good luck yea yunk.. moga success .. aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....... good luck for u to.....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...