Wednesday, May 22, 2013

Dugaan+Cabaran= Hikmah


Assalamualaikum,

Hidup ni setiap hari pasti ada dugaan and cabaran yang kita tempuh, dan semua itu mematangkan kita. Dan janganlah kita mengeluh mahupun menyesal dengan setiap dugaan yang kita hadapi, kerana ada hikmah disebaliknya.... :)... Tak percaya??? ini buktinya...

22/5/2013 bersamaan hari Rabu..
Pagi2 lagi aku dah diuji apabila pensyarah Ecom awalkan test Role Play, kumpulan aku serius tak sempat praktis lagi sebab masing2 sibuk dan ingatkan Role Play tu minggu depan, so cuti wesak nanti sempat la praktis. Kumpulan aku kumpulan kedua yang kena buat Role play, sekali lagi ujian tengah kumplan aku asyik buat perbincangan last minute, pensyarah ecom panggil kumpulan aku buat Role play dulu sebab kumpulan 1 ahli tak cukup. Ok... fine... kumpulan aku yang terdiri daripada 5 orang ahli terus bergerak ke depan kelas prepair tempat and ACTION!!!. Bayangkan tanpa latihan, tanpa skrip semua belasah ja, dialog pun semua spontan. Dalam hati ni sebenarnya syukur sangat2 sebab walaupun buat spontan tapi sekurang-kurangnya lepas sudah satu beban. Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Role Play kumpulan aku kena reject sebab tak cukup masa yang ditetapkan iaitu 15 minit, role play kumpulan aku hanya 12 minit kurang 3 minit. Pensyarah suruh kumpulan aku keluar kelas and belatih dekat luar. Ok... fine... Beberapa minit kemudian kumpulan 3 pula kena reject dan selepas beberapa minit kemudian kumpulan seterusnya pun kena reject juga. Dugaan2.. Hikmahnya: Role play kena buat semula selepas cuti wesak, so aku and my group ada la masa untuk berlatih. Alhamdulillah...

Selepas habis kuliah, aku, Aein, Dira, Shima and Murni gerak ke Jitra sebab aku nak kena pergi butik pengantin yang sponsr hiasan dewan waktu Darbian's Night iv untuk ambil resit bayaran. Bergeraklah kami berlima ke Jitra menaiki kereta sewa. Dugaan pertama: belum sampai Pekan Changlun kereta sewa kehabisan minyak. Sebelum ini selalunya, sempat ja sampai pekan Changlun namun apakan daya benda dah nak jadi. Mujurlah, kereta berhenti dekat dengan kebun sorang Pak cik ni. Minta jasa baik dia tolong belikan petrol, nasib baik dia sudi tolong. Settle segala urusan at Jitra, terus bergerak balik Uum, sekali lagi Allah s.w.t. mahu menguji kami semua apabila buat kali kedua minyak HABIS!!! Tersemput-semput kereta  gerak ke tepi jalan.

Sila tolak balik UUM yea... Terima Kasih... ;p
Nasib kami agak baik sebab 100 meter dari tempat kami berhenti tu ada stesen minyak. Mula-mula tu bajet nak jalan kaki dengan Shima pergi beli minyak, tapi last2 minit tiba2 ada sorang abang ni naik moto dengan anak dia... Hahahaha... apa lagi, minta tolong dia je la, selamat LEMAK aku.Hihihi...

Hikmah 2 kali kereta habis minyak: Jeng...jeng...jeng...

 Rojak...... ;)

Waktu kereta habis minyak dekat kebun. Pak cik tu bagi buah nanas 4 biji (lagi 2 biji Dira dah culik bawa balik Terengganu)...Rezeki2...

Pengajaran: Kalau Sewa kereta tu jangan kedekut sangat nak isi minyak!!! ok...peace yoo..

22/5/2013 SELASA juga last kelas tutorial Marketing Managment aku ..

My Group with Dr. Mahanat From Yaman..

Set!@p 0r@ng ad@ m@saLah... 0r@ng y@ng t@k n0rm@L ja t@k ad@ ma$al@h...

 






















1 comment:

  1. JOM JOIN GIVEAWAY INI SEKARANG ! HADIAH UTAMA YANG BERNILAI RM 300 UNTUK DIMENANGI !!!!

    http://sitinurazwanizalife.blogspot.com/2013/05/suprise-awesome-giveaway-by-sn.html

    NAK TENGOK HADIAH ?
    KLIK LINK DI BAWAH INI:
    http://sitinurazwanizalife.blogspot.com/2013/05/senarai-sponsor-dan-hadiah-giveaway.html

    terima kasih ..

    ReplyDelete