Monday, May 20, 2013

Diana Amir Lagi....




Semalam jumpa Diana Amir lagi. Program kali ini anjuran DPP EON lak (depan DPP aku je), ramai juga artis undangan yang di undang seperti Fitri Haris, Imam Muda Najdi, and In-team. Asalnya aku dah tak jadi pergi Islamic Music Fest 2013 ni sebab ada mesyuarat program bengkel keusahawanan. Namun, alhamdulillah.... mujur mesyuarat habis awal, waktu aku sampai di Dpp Eon konsert baru ja start dengan persembahan dari kumpulan nasyid Uniutama (kumpulan nasyid UUM).

Pengacara semalam Fitri Haris, serius best dengan lagak dia yang bersahaja dan seorang yang kelakar rupanya dia ni. Fitri Haris pun turut mempersembahkan beberapa  buah lagu. Tapi lagu yang paling aku suka ialah lagu Sonata Seorang Kekasih- Untukmu Rasulullah s.a.w. (memang terbaik).

                                       

Semalam juga pertama kali aku tengok Imam Muda Najdi, dia selalu juga di jemput untuk program2 at UUM, tapi semalam baru berkesempatan jumpa dia secara live sebab selalu tengok kat poster je. Dia pun kelakar juga, tapi dalam kelakar dia tu ada ilmu yang di sampaikan secara tak lansung. Santai dan bermanfaat. Dia pun menyanyi juga semalam lagu Aku tanpa Cintamu lepas tu berduet lak dengan Fitri Haris lagu Hambamu- Imam Muda.

Selepas Imam Najdi buat persembahan Diana Amir pula naik ke pentas, tapi dia tak la menyanyi tetapi lebih kepada perkongsian tentang penghijrahan beliau, cabaran yang di hadapi selepas penghijrahannya dan macam2 la. Yang paling menarik apabila Diana Amir buka soalan untuk di tanya, ada seorang student ni tanya, lebih kurang macam ni la soalannya : " Bagaimana Kak Diana berhadapan dengan peminat apabila filem dan drama lakonan Kak Diana sebelum penghijrahan masih di tayangkan?". Jawapan Diana Amir: Untuk pengetahuan semua, setiap kali kita tengok filem atau drama lakonan saya dulu2, ranting akan meningkat dan drama akan terus di ulang mengikut ranting, so janganlah tengok cerita lakonan saya sebelum penghijrahan saya. (lebih kurang macam tu lah ayatnya, mungkin aku ada tokok tambah sikit2 tapi maknanya lebih kurang ja). Oleh itu, kita janganlah asyik nak menonton cerita lakonan artis2 yang dah berhijrah ke arah kebaikan sebab mereka semua dah tandatangan kontrak dan dari segi undang2 mereka tak dapat buat apa2, mereka hanya mampu bersuara tapi suara individu itu terlalu lemah untuk melawan industri seni Malaysia 
(bukan lawan tu bermaksud untuk menjatuhkan industri seni ye), So.. apalah salahnya kita menyokong mereka dengan tak menonton cerita2 mereka semua sebelum penghijrahan dulu. Cewah macam berkempen lak..Hi3..

Balik pada konsert. Selepas pekongsian Diana Amir seterusnya ialah persembahan dari kumpulan nasyid In-team. Ini kali kedua aku tengok konsert kumpulan In-team secara live, kali pertama waktu hari kokurikulum kat sekolah dulu. Persembahan Kumpulan In-Team pun the best, mereka turut mempersembahkan lagu baru mereka iaitu Jatuh Bangun. Lepas tu, sebagai penutup semua artis naik ke atas pentas untuk sama-sama berkhasidah Ya hana na.
                                          
Ya hana na by In- Team

Fitri Haris: "Gagal itu perkara biasa, tetapi bangun dari kegagalan itu menjadikan kita manusia luar biasa".

















No comments:

Post a Comment