Wednesday, February 27, 2013

Snow White With Snow Black





Pada zaman sekarang di satu pelusuk dunia yang kecil tinggal 2 orang kawan baik. Seorang bernama Snow White (bukan nama sebenar) dan seorang lagi bernama Snow Black (pun bukan nama sebenar). Mereka berkawan rapat dan sering berkongsi masalah bersama. Walaupun masing-masing mempunyai komitmen yang besar sebagai seorang pelajar ianya bukan penghalang untuk mereka terus berhubung kerana pada zaman sekarang adanya FB, TWITER mahupun TELEFON yang sering digunakan oleh kedua-dua kawan ini untuk berhubung.

Pada suatu hari, Snow White (SW) telah mengajak kawannya Snow Black (SB) keluar ke pekan untuk membeli buku pelajaran. Pada awalnya, rancangan mereka hampir di tunda kerana cuaca hujan yang kurang mengizinkan. Namun, atas sebab buku yang ingin dibeli di perlukan ASAP, akhirnya mereka berdua bertekad untuk meredah hujan menuju ke Pekan.

Sampai di Pekan, Pustaka Union menjadi sasaran utama kerana di situ banyak menjual buku-buku pelajaran. Selesai membeli buku yang Snow W perlukan, seterusnya mereka bergerak ke kedai i luv Novel yang menjual novel-novel dan buku-buku motivasi.

Banyaknya buku Snow W....

Snow B yang bayar...

Selesai membeli beberapa buah buku, Snow W and Snow B terus ke Kopitiam kerana Snow W sudah sekian lama kempunan nak makan Banana Split yang terdapat di Kopitiam. Snow B yang tak banyak sangat kerenah ini hanya menurut sahaja kemahuan Snow W.
 Sementara tunggu Banana Split yang di order, Snow B belek buku-buku yang baru di beli.

Banana Split yang menjadi igawan Snow W

"Aipp...ini banana split Beta yang punya, jangan kacau ok"

" Ekeleh...ingat aku hairan sangat, aku pun ada la...walaupun hanya ice-cream double scoop, Alhamdulillah...aku syukur"

Selesai menjamu selera di musim hujan yang sejuk hingga ke tulang, Snow W dan Snow B terus bergerak ke gerai-gerai berdekatan membeli barang-barang yang tak perlulah nak di beri tahu.hahaha.. Apabila semua barang sudah dibeli mereka berdua terus bergegas pulang menyambung kembali komitmen mereka sebagai pelajar.

Walaupun Snow W dan Snow B dapat bersiar-siar di  pekan sambil membeli barang cuma seketika, namun mereka gembira kerana dapat meluangkan masa bersama-sama. Tamat.
SMILE...





No comments:

Post a Comment