Tuesday, March 05, 2013

Sebelum Aku Bernikah

 

Wa...wa.... tajuk pun dah gempak habis. Biasa le bab-bab nikah, kahwin ni kan famous untuk remaja dewasa yang seusia dengan aku.

Tapi hari ini buka nak cerita tentang sesiapa nak nikah or kawen or tunang or yg sama waktu dengannya. But today i want to share with you all about a book i have finished reading (Cewah bajet cakap omputih lak)he3.

Tajuknya " Sebelum Aku bernikah" karya Hilal Asyraf. Owh...................... (mesti ramai yang dah baca buku ni kan? aku ja yang agak ketinggalan zaman..hua2).

Walaupun dah ketinggalan zaman tapi aku nak cita and kongsi gak apa yang menarik tentang buku ni, walaupun ramai yang dah baca mesti ada juga segelintir yang belum baca kan..kan?
Sebelum aku berleter panjang jom tengok dulu cover buku Sebelum Aku Bernikah (Tak kenal maka tak cinta)

1. Sebelum Aku Bernikah - Hilal Asyraf (Dah Habis Baca)
2. Rich Dad, Poor Dad- Robert T.Kiyosaki (Sedang baca)
3. Smile-Irma Hasmie (Akan datang)

Ha...inilah antara buku-buku yang aku beli menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia. Memang semua buku di atas ni sudah lama ada dalam list buku yang aku nak beli. Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga beli.

Ok2...balik kepada buku Sebelum Aku bernikah. 
Tengok cover ja aku dah teruja nak baca, he3. Bila dah habis baca... wow...serius best and memang membuka minda dan fikiranku yang selama ini sempit dalam memahami erti cinta.

Gaya penulisan yang ringkas tapi padat dengan maksud yang tersirat. Memang santai saja bila baca buku SAB ni. Banyak perkongsian pengalaman yang boleh di jadikan contoh dan teladan.

Pengenalan menjelaskan tentang kesedaran cinta iaitu faham sebelum bercinta : Apa itu cinta? Bagaimana patut bercinta? Mengapa perlu mencari pasangan yang ciri-cirinya sedemikian? Mengapa penting membentuk diri sebelum pernikahan? ( Persoalan yang sering bermain di minda para remaja). Kesedaran apa itu cinta penting sebelum kita merasai cinta itu.

Bab 2 memang membuka mata dan minda aku seluas-luasnya. Kebanyakkan isu yang di sentuh memang kena pada batang hidung aku sendiri. Isu penyakit cinta masyarakat seperti couple antara yang dihuraikan. Penerangan tentang tajuk Terlalu Islamik menyentap hati kecil aku, bagaimana Saudara Hilal melontarkan pandangannya tentang mereka yang terlalu islamik.Contohnya diberi memang sudah sinonim dengan diri aku iaitu ayat islamik yang selalu digunakan : " Saya menanti dia yang tertulis untuk saya di loh mahfuz sana." (Mesti korang pun selalu dengar ayat ni kan?). Saudara Hilal menghuraikan satu persatu ayat di atas berserta dalil ayat Al-Quran ( Rujuk: Surah al-Baqarah, ayat 221)  yang menunjukkan Allah s.w.t sendiri memberi isyarat supaya kita memilih bukan 'menanti'.

Selain itu, turut di kongsikan antara persediaan yang perlu dilakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan yang dibahagikan kepada 3 iaitu Persediaan Rohani, emosi dan material.

Saudara Hilal juga berkongsi definisi cinta beliau yang boleh kita jadikan contoh iaitu "Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersam hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta namanya" (Definisi yang simple tapi penuh bermakna)

Itulah sedikit sebanyak yang dapat di kongsikan. Jika mahu lebih faham bolehlah dapatkan buku SAB di toko-toko buku berdekatan dengan anda dengan harga yang berpatutan iaitu RM20.

Bukan nak promote or apa-apa cuma sekadar perkongsian. Sebarang silap dan salah mohon teguran, sesungguhnya saya insan yang melakukan kesilapan dan masih belajar.

Sekarang tengah menelaah Rich Dad, Poor Dad. Walaupun sebenarnya penulisnya Robert T.Kiyosaki sudah bankrupcy tapi apa salahnya baca buku dia. Banyak ilmu yang boleh di manfaatnya terutamanya tentang pendidikan kewangan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Kalau berkesempatan aku akan kongsikan juga manfaat yang aku dapat daripada buku ini.

Khusyuk membaca, manfaatkan masa terluang sementara tunggu masuk kelas

"It is never too late to be what you might have been"
-SMILE-




 














No comments:

Post a Comment