Tuesday, February 19, 2013

Bila waktu lapang...

Untuk semester kali ini hari selasa tak ada kelas, so aku hanya memerapkan diri dalam bilik with my roomate (mungkin kami ni jenis yang sama iaitu menghabiskan masa dalam bilik yang kecil dan comel ini). Ikut perancangan sebenarnya hari ini aku nak keluar g jalan-jalan at Alor Setar with kawan-kawan aku. Tapi tterus dibatalkan sejurus aku call mak aku, and mak cakap " Tak payah pergi la, duduk U tak sampai seminggu dah nk keluar, jimat-jimat la sikit duit, jangan boros sangat" lebih kurang macam tu la bunyinya.

Oleh kerana, aku ini sememangnya anak yag baik mustahil aku akan ingkar larangan mak aku (Cewah, sebelum ni degil sebenarnya, apa yang dilarang itu yang aku nak buat). Lagipun, bila di fikir-fikirkan balik betul juga, aku tak ada barang sangat nak beli di tambah pula duit ptptn belum masuk so kena jimat cermat (tapi tk bermaksud aku ni bros bila duit ptptn masuk).

Seharian di bilik, cuma pagi tadi keluar bilik jap, pergi ambil Baucer Buku 1 Malaysia. Alhamdulillah, rezeki.... Ini kali pertama aku dapat, mungkin ramai yang dah masuk kali kedua dapat kan. Dulu waktu edaran yang pertama aku exam STPM so tak tersenarai la aku untuk dapat Baucer Buku tu, hanya mampu tumpang Baucer Buku adik aku ja. Insya Allah, aku akan manfaatkan pemberian ini sebaiknya. Banyak juga buku yang aku dah senaraikan (banyak novel dalam senarai), tapi yang utama buku akademik la, selebihnya baru boleh beli novel or buku-buku lain.

Lepas ambil Baucer Buku terus pergi makan with Mira Halim. Bersembang+makan+bergosip+makan+gelak+minum+sambung gelak= Happy.

Balik bilik meneruskan aktiviti memerapkan diri dalam bilik. Dalam bilik= Ambil lap top~buka fb~lawat blog orang~edit gambar.

Lepas ni aku nak mengkait pula, ada lagi 2 beg yang aku perlu siapkan.

Nak kongsi sikit gambar yang aku baru edit menggunakan Adobe Photoshop.

Tak la cantik mana. Alamaklum la... baru berjinak-jinak dalam edit mengedit ni....
Ok....nak start mengait... dada didi dudu...Smile..






No comments:

Post a Comment