Sunday, February 17, 2013

cuti-cuti ceria, gembira, bahagia

Mata belum mengantuk....so.... nak mgadap blogku sayang yang hmpir sbulan tdak dpedulikan akibat cuti sem. Kesian blogku.. apa boleh buat kat rumah tk ada line intrnet, tk ada intrnet mmg tk boleh la nk update blogku ini sbb intrnet satu-satunya pghubungku with my blog.(apasal bebelit ayat ni)

Oleh kerana sebab dan akibat sudah lama ku tak update, jadinya banyak le citer yang nk dkongsikan. Cewah... bajet bzy plak... (sdangkan lepak kt umah with kak ipaq trsayang ja). Disamping mlepak with kak ipaq trsyang smbil mnonton citer yang di siarkan di Tv1,2,3,9(ntv7 n tv8 tk ada siaran) ada juga aktiviti lain yang aku buat seperti menyembang ngan mak aku (cover balik crita2 keluarga yang ak trlepas spnjang aku brada at U sdgkan aku blik tiap2 mggu kot.. kuang2), mengkait (Hobbyku), Siswa Bersama Rakyat (SEMARAK), Reunion Memorial Puteri Mmpt 92.

Mengkait

Seperti yang sedia maklum, tk sedia mklum ni aku nk mklum... Mengkait ini sudah mnjadi hobbyku sjak aku tgktan 4 setlah brguru with my teacher (credit to teacher Rodiah). Untuk cuti sem ini ada la juga tmphan yg aku prlu siapkan antaranya 4 beg silang besar, 3 sarung hanset (sikit je, tapi oleh krana aku ni agak lembab mgait dan tmbh tolak bahagi dgan aktviti2 lain... so untuk siapkan smua tmphan ini cuti sem aku wajib dlnjutkan sbulan lagi. Sememangnya amat mustahil la cuti dlnjutkan, so.. aku smpat siapkan 2 beg silang n 3 sarung hnset.


Ini aku pos kepada Blogger Cahaya Hati Nazieqa, sarung handset krim hitam tu aku sponsr GA blog tetapi tak sure lak blog siapa yang aku sponsr sbb smua tu di uruskan oleh Blogger CHN.

Ini untuk adik aku di Terengganu, kawan dia tempah.

Hasil selama sebulan


 SEMARAK

 Ini kali pertama aku join aktiviti yang di anjurkan MPP UUM. Aku memang tringin nk join aktiviti pelajar bersama masyarkat. Biasa la... banyak paidah yang aku dapat seperti Sira, Baju free, makan free, kenal kawan2 baru, berbakti pada masyarakat dan yang sama waktu dgannya.

Semarak ni cuma 1 hari ja, yang terlibat hampir 400 orang. Semua peserta dbhagikan mgikut kawasan yang dtetapkan. Aku sewaktu daftar awal-awal lagi dah maklumkan yang aku nak kawasan yang sama dgan Mira Halim (my friend) klau tak dapt tmpat yang sama ngan Mira Halim aku tk mau join ( Cewah ugut2). Alhamdulillah, sesungguhnya pgnjur memahami dan aku dapt tmpat sama with Mira Halim iaitu Kuala Sala, Kedah ( semua kawasan yang trlibat hanya skitar Negeri Kedah).

Walaupun ceq ni oqang kedah tapi ni la first time ceq sampai Kuala Sala yang juga merupakan pkampungan nelayan. Penduduknya memang sporting tersangat-sangat.

Aktivi pagi kami semua ialah gotong-royong. Aku yang sememangnya ter xcited ni memang terus caqi penyapu dan mop. Seronok buat kerja ramai-ramai walaupun letih tapi memang puas.

Semangatkan... sedangkan kat rumah penyapu pun kadang-kadang pegang sbb aku suka vakum.

Khusyuk Cik Mira kita menyental

Aktiviti di dapur

Sebelah petang kami adakan sukaneka untuk penduduk kampung. Tempat sukaneka tu dekat dengan laut memang terbaik la bagi aku yang sukakan laut ni.


Rasa macam nak lompat naik atas kapal and pergi tangkap ikan. lalalala..

Sesi pendaftaran

Sukaneka yang tak di telan zaman


Untuk dewasa=  Basikal lambat

Makan buah tembikai paling cepat ( pertama kali jumpa sukaneka macam ni.. pun boleh)

Pada sebelah malam pula, ada ceramah yang di sampaikan oleh penceramah jemputan. Waktu ni mata aku memang sudah terpejam rapat di buai mimpi indah jangan tanya la apa yang penceramah cakap kat aku. Bukan niat tak hormat penceramah tapi macam2 cara aku buat supaya mata tak terpejam tapi apa kan daya memang badan dh terlampau letih. Huuhuhuhu...Sabo je la ngan aku ni...

Reunion Memorial Puteri Mmpt 92

Reunion ini memang aku dah rancang sewaktu mula-mula start cuti lagi, pada mulanya nak buat awal bulan 2 tetapi atas permintaan ramai ditangguhkan pada hari raya cina sebab ramai yang cuti waktu ni. Aku and My STJ (Sahabat till jannah) Tqah zul memang pening kepala nak menguruskan persiapan. Tempat yang pada awalnya di tetapkan di Tasik Darul Aman terpaksa di ubah saat-saat akhir iaitu malam sebelum reunion atas sebab ramai yang tak ada transport untuk ke Jitra. Iye le.. majoriti semua tinggal dan menetap di Kuala Nerang. Terpaksa la aku and My STJ berkorban, 1 jam perjalanan menaiki motosikal memang menguji ketahanan mental dan fizikal, jalam yang berlopak sememangnya yang amat aku tak gemari dan tak suka ei. Demi sahabat yang tersayang ku redahi jua perjalanan yang beronar, berduri, beranjau, dan berliku-liku.

Walaupun tak semua yang dapat hadir, Alhamdulillah aku hargai sahabat yang datang meluangkan masa. 
Garden Pekan Kuala Nerang menjadi saksi gelak tawa, kejar-mengejar dan gurau senda antara kami semua. Jelas terpancar kerinduan di wajah masing-masing hampir 4 tahun berpisah.

Terima kasih juga sahabat-sahabatku yang pemurah menaja makanan dan minuman. Tak lupa juga My STJ yang sediakan hadiah kenang-kenangan untuk semua yang hadir.

Stop jiwang-jiwang and ayat-ayat sedih... jom bergembira with gambo-gambo sepanjang Reunion Memorial Puteri Mmpt 92.

Orang kaya jelita taja kek= Wan Nur Esalina

 
 hidangan lain


Kembali ke zaman kanak-kanak

Cebisan kenangan yang akan ku genggam erat dalam ingatan,
Tak akan ku biar ianya pudar...
Ukhuwah Fillah abadan abada... Amin...

Itulah sedikit sebanyak aktiviti cuti sem aku yang ceria, gembira dan bahagia yang dapat aku kongsikan... Shukran sudi luang masa membaca cerita ku yang tk seberapa ini. Hokalooh... Smile.....































2 comments:

  1. he3..
    Terima Kasih...
    Kalau berminat boleh la buat tempahan di AtiDia Blogspot...
    http://atidiakraf.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...