Aku ada 2 orang adik, seorang perempuan dan seorang lelaki, tapi nak cita pasai adik
perempuan aku nama dia Hidayah a.k.a Dayah. Oleh kerana beza umur aku dan adik
aku Cuma setahun, so muka kami seiras nak kata kembar pun boleh. Aku ni memang
dari kecil2 lagi teringin nak ada kembar, wktu aku sekolah rendah dulu aku
pernah Tanya mak aku “ Mak, cek tak ada kembar ka? Kot2 la cek terpisah ngan
kembar cek ka?” ( gara2 terpengaruh dengan drama indon). “ Dayah tu kembar k.na(nama
panggilan) la” mak memang suka layan soalan pelik2 yang aku Tanya. “ Cek tak
mau kembar ngan Dayah” Jawapan jujur. Itulah serba sedikit dialog aku dulu2.
Oleh kerana muka kami berdua ni seiras, so memang ramai la
yang keliru. Kadang2 mak aku pun terkeliru juga. Cikgu2 sekolah dulu pun memang
selalu tersalah panggil nama kami, sampaikan aku dah keluar dari sekolah pun
cikgu2 masih panggil adik aku Diana ( kami sekolah sama dari sekolah rendah
hingga sekolah menengah). Lagi bertambah mengelirukan cikgu2, kami berdua pengawas sekolah.
Banyak sungguh la persamaan, sehinggakan result periksa kami
pun sama UPSR n PMR, Cuma SPM ja tak sama, sebab adik aku dapat Anugerah
Pelajar Cemerlang boleh naik stage. Aku ni naik stage tu memang la selalu tapi
naik angkat pokok bunga hias stage ja la ( kira ok la tu naik juga).
Dan ke mana sahaja kami pergi mesti orang akan Tanya, mana 1 kak? Mana 1 adik? (memang soalan wajib la)
dan majority semua soalan yang di tanya, akan di jawab sendiri. “ Mesti yang ni
kak” sambil tunjuk ke arah……… adik aku.
Aku pun mula la perasan aku ni muda, kuang2. Mula2 ingat adik aku nampak lebih
mature sebab dia pakai spek mata, but now I dah berspek mata pun orang akan
cakap Dayah kakak dan aku adik. Apa la nasib.
Aku mula buat eksperimen…….
Dari segi raut wajah
Diana : muka comel (perasan)
Dayah : manis n ayu (ya ka?)
Betul ark? Aku: comel / Dayah: manis dan ayu
Dari segi pakaian
Diana : memang out bab berfesyen bedal ja apa yang boleh di
pakai
Dayah : Up to date
Dari segi perangai
Diana : Kalau sekali tengok macam sombong + Kasar ( Bila dah kenal=
lowyer buruk rupanya)
Dayah : friendly dan sopan
Aku sambil cekak pinggang : " Budak ni memang cari nahas dengan aku"
Dayah adik aku : " Habis la ko budak"
Hish….aku ni kutuk diri sendiri ke? Hm….memang ini lah
realitinya. (Pengakuan berani mati). Kesimpulannya di sini, adik aku lebih
mature dari aku…( AKU? Tak kan nak duduk diam ja?)
So, aku pun tak tahu la nak kata apa dah…..Sapa yang kenal
aku dan Dayah mesti faham, yang tak kenal tu buat2 faham ja la…malas plak nk
explain banyak2… lagi banyak aku explain lagi banyak tembelang aku pecah….hua3
No comments:
Post a Comment