Saturday, September 07, 2013

Life Update : Semester Baru



Pertama kali nak mohon maaf sebab dh lama aku tak update blog. Dulu bajet waktu kerja part time sempat la update blog selalu. Tapi hampeh, sebab ku sangka kerja Kakak Fotostat ni kerja yang paling rilex and cool di dunia, namun sangkaanku meleset. Asal ja buka blog taip new entry tiba2 ada budak datang fotostat, dah sekerat aku taip entry cikgu pula datang fotostat soalan percubaan UPSR 40 copy ada 4 salinan, siap fotostat tengok jam dah Pukul 1 ptg, kemas barang tutup lap top and balik. Tengah jalan balik terfikir, Eh! tadi entry aku tulis pasal apa ek?. Balik rumah buka lap top padam entry yang tulis tadi sebab tak tau nak sambung tulis apa. Berulang-ulang la perkara tu sehinggalah tamat perkhidmatan aku at KEDAI FOTOSTAT SKDWK.

My last day 

Isma, Fatin and Diana With adik-adik comel

Last day kerja, Isma and Fatin datang, kebetulan nak cop borang dekat Guru Besar. Kami bertiga sekolah rendah sekali and kelas pun sekali cuma bila dah tingkatan kami sekolah lain-lain. Mereka berdua ni datang cop borang kejap ja, tapi sanggup tunggu aku habis kerja sebab nak round 1 sekolah tangkap gambar. Bergambar sampai habis bateri kamera, sambung guna kamera handphone. Kami bertiga memang gila bergambar lagi2 la dengan keadaan sekolah yang hampir 70% berubah, lebih cantik, lebih ceria dan lebih bersih dari waktu aku sekolah dulu.

Waktu aku sekolah rendah dulu tak ada kata-kata nasihat macam ni, sekarang jarak tak sampai 2 langkah mesti jumpa dengan kata-kata nasihat ni. Setiap pagi aku pergi kerja mesti diri ini termotivasi dengan kata-kata perangsang sepanjang jalan aku ke kedai fotostat.

Jalan ke Koperasi sekolah



 Surau pun dah makin cantik lagi berseri-seri


 Yang ini ceruk mana ntah diorang tangkap gambar sebab waktu ni aku tak habis kerja lagi, sekali tengok macam dekat Lee Huat Garden, tapi yang pastinya salah 1 tempat dalam sekolah la.



Sebenarnya aku, berhenti kerja seminggu sebelum balik U sebab aku ada join Biro Keusahawanan jual barang-barang untuk adik-adik semester 1. Hari ahad memang aku dah rasmi menginap di DPP Sime Darby. Jualan tu sehari ja, waktu hari pendaftaran tapi walaupun sehari memang terasa letihnya. Gerai barang start waktu susun barang hingga waktu kemas barang tak putus2 pelanggan. Nampak tak bertapa laku and larisnya gerai kami... Cewah...

My Geng yang Sempoi... 
Yang depan sekali pakai spek mata tu Our Lady Boss (Kak Hanuna).

Seharian berniaga, keesokkan harinya aku pulang ke kampung halaman kembali, rindu mak sehari tak jumpa.sob.sob.sob. Sehari, 2 hari, 3 hari, malam hari ke-4 aku kembali semula ke Sintokyo bersiap sedia untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai mahasiswi.

Semoga semester ini lebih baik daripada semester sebelumnya. Tanamkan Azam, Teguhkan Tekad di Hati... Allah s.w.t sentiasa bersama.

Usaha+Doa+Tawakal+Dengan Izin Allah= Berjaya Dunia dan Akhirat


P/s: Kuliah belum start tapi sudah ada program yang bakal menyusul... Insya Allah... MALAM PENGHAYATAN KEMANUSIAAN -19 September 2013.









1 comment: