Sunday, September 08, 2013

Ganjaran



 Tadi baru je lepas pergi ambil Sijil Dean's Award dekat COB UUM (College Of Business). Alhamdulillah...syukur kepada Allah s.w.t.


Hasil USAHA+DOA+TAWAKAL+IZIN ALLAH=BERJAYA.

Aku ni bukanlah jenis yang bijaksana, cerdik pandai yang selalu dapat straight A+ dalam exam. Aku biasa-biasa sahaja. Ada masa datang mood malas study, ada masanya malas nak ke kuliah, dan ada masanya aku tertidur dalam bilik kuliah. Tapi selagi ada kemahuan di situ ada jalan, kan usaha tangga kejayaan. Cewah...cewah...

Terima kasih pada Mak yang tersayang selalu mendoakan aku siang dan malam. Restu seorang ibu memang sangat penting bagi aku. Bukan setakat Syurga di bawah telapak kaki ibu, tapi Redho Allah pun terletak pada keredhoaan kedua ibu bapa kita. So, janganlah kedekut sangat kredit nak call mak n ayah kita setiap kali nak masuk dewan exam.

Terima kasih juga kawan-kawan yang selalu mendoakan aku, sentiasa ada tika aku susah mahupun senang.

P/S: Just sharing je. Mohon diriku di jauhkan rasa riyak mahupun bajet bagus. Amin.
      
















No comments:

Post a Comment