Monday, June 17, 2013

NDA Steamboat



Erk............ Alhamdulillah.... kenyang makan steamboat. Hihihi....
Sempena meraikan cuti sem bakal tiba and exam yang sudah berlalu, seperti biasa aku and my buddies AEIN, SHIMA, DIRA and WANI decide nak makan steamboat at Alor Setar. Selalunya kami makan steamboat at Perlis tapi kali ni saja nak try steamboat at Alor Setar lak.

Oleh sebab Steamboat ni selalunya orang makan waktu malam, so petang lepas asar barulah kami semua bertolak and kebetulan Wani pun habis exam last paper petang. Sampai Alor Setar, kami tak terus pergi Restoran Steamboat tapi singgah Pacific jap sebab Dira nak cari kasut sukan, almaklum la orang nak wakil U pergi lawan hoki dekat Segamat. Round punya round 1 pacific tu, lansung tak ada 1 pun kasut yang bekenan di mata Dira, taste tinggi betul la cewek Terengganu ni.

Teman je... nak beli tak ada pitih $$$$

Puas round 1 pacific, semua kedai dah masuk. Waktu magrib pun dah masuk, apa lagi.... tak baik kan lambatkan solat. Terus gerak ke surau. Selesai solat semua, tengah siap-siap touch up bedak, tiba-tiba aku tertarik tengok seorang budak perempuan ciut ngat, umur area 2 or 3 tahun macam tu la, cakap dekat mak dia yang dia nak sembahyang, mak dia pun terus bentangkan sejadah untuk dia. Serius agak tegamam tengok tingkah laku dia. Walaupun cakap pun tak petah lagi tapi telatah dia buat aku kagum.

Gambar tak berapa jelas sangat sebab ambil pun curi-curi ja ni.

Adik kiut tu duduk antara 2 sujud and jari telunjuk dia memang terangkat macam betul-betul dia sembahyang. Jarang la aku jumpa budak umur adik kiut ni yang pandai duduk antara 2 sujud dalam solat, yang kebanyakkan selalu aku jumpa cuma ikut ajuk sujud and takbir yang diaorang tengok orang buat. Alhamdulillah, seandainya anak-anak seusia ini sudah didedahkan dengan asas2 sembahyang.

Wajib begambar... 8)

Selesai sembahyang Maghrib, kami pun terus bergerak ke Restoran Steamboat. Restoran tu berhadapan dengan Hospital Sultanah Bahiyah so memang mudah sangat la nak cari. Nama restoran tu NDA Steamboat.


Ramai juga orang waktu kami sampai

Jeng.... jeng..... sruuuph..... sedap Oooooo....

Macam-macam pilihan ada...

Untuk pelajar yang ada kad siswa, akan dapat discount. Harga untuk pelajar yang ada kad siswa :RM15. Memang berpatutan sebab macam-macam makanan yang tersedia seperti: Mee goreng, Kuew Tiaw Goreng, Nasi Goreng, Ayam Goreng, Ais Kacang, Ais Krim, Wedges, Kentang Goreng dan untuk makanan steamboat ada danging ayam, daging lembu, makanan laut pula ada sotong, udang, ketam yang memang segar. Rambang mata aku, tak tau nak ambil yang mana satu sebab semuanya sedap2. Untuk kuah boleh pilih nak kuah tom yam or kuah sup.

Kami suka kuah TOM YAM.... yummy.....

Pencuci mulut: Ice Cream

Waktu aku ambil ice cream ni aku ingatkan ice perisa pandan, semangat aku ambil satu gelas besar, suap dalam mulut terus tergamam sebab dalam fikiran set rasa lain tapi mulut pula rasa lain. Sekali rasa PUDINA, telan je la, kalau tak habis kang nanti kena charge tambahan lak. Lepas tu, belahak pun bau PUDINA. 

Bila perut mula keyang, terus kutip duit and Shima selaku bendahari Geng The Buddies ni gerak ke kaunter bayaran. Settle bayar, perut pun dah keyang, senang hati balik bertolak balik U. Alhamdulillah, sampai dengan selamat.


Itulah serba sedikit ceritaku.....

p/s: Barang dah kemas, xcited nak balik rumah walaupun sebenarnya tadi sebelum pergi Alor Setar sempat singgah rumah aku sekejap hantar barang. Hm..... apa la aku nak buat cuti ni yea??? CER BAGI CADANGAN....
























2 comments:

  1. Bestnya dapat pergi jalan-jalan

    ReplyDelete
  2. hihihihi... jalan-jalan release tension....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...