Tuesday, May 14, 2013

Aku Yang Bertuah....

Assalamualaikum,


Alhamdulillah....masih diberi nikmat iman dan ihsan untuk terus menghirup udara segar di bumi barakah ini .... diriku masih sibuk dengan pelbagai program under Uum walaupun final exam semakin mendekatkan diri denganku..
Kesian la blog aku ni di biar penuh habuk and debu2 suci he3...

Hari ini seperti hari2 lain jadualku full dari pagi hingga ke malam (Wah2 bajet macam MPP). Pagi dengan program Bengkel Keusahawanan yang saat-saat akhir aku terpilih untuk jadi Biro Cenderahati, mujur tak terlalu banyak perkara yang perlu di bereskan.

Pendaftaran...


Biro Protokol & Biro Cenderahati

Barisan Ajk yang sporting and happy alwaysssssssss......

Memang best Bengkel Keusahawanan ni macam-macam ilmu perniagaan yang aku dapat contonhnya cara nak buat Rancangan Perniaagaan, cara nak buat loan bank untuk mulakan perniagaan dan yang paling best Slot bersama pengusaha Sempoii Oblong Burger yang sememangnya famous di Malaysia ni, pelbagai tip berguna di kongsikan yang dapat membantu para pelajar untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan.

 Sempat bergambar with owner Sempoii Oblong Burger (FB), penceramah jemputan and penasihat kelab keusahawanan UUM

  Sebaik sahaja selesai uruskan program Bengkel Keusahawanan terus bergegas siap-siap untuk ke kelas EEP (baju pun tak sempat tukar). At kelas EEP pula asyik betul aku berborak dengan my lecture (DR.AHMED RAGEH FROM EGYPT). Cerita pasal makanan la, travel la (siap buka google map lagi nak tengok tempat2 yang Dr.Ahmed pernah travel). Sampai waktu Asar kami borak, and oleh sebab asyik cita pasal makanan tiba-tiba Dr. Ahmed ajak makan dengan dia and yang paling best dia nak belanja (Jimat duit aku untuk hari ini). Lepas solat asar, kami terus gerak ke Kafe Dpp EON sebab aku cakap dekat Dr.Ahmed nasi lemak dekat situ sedap, habislah aku kalau tak kena dengan selera dia. Opsss.... aku tidak hanya berdua dengan dia, kalau berdua itu di namakan Dating tetapi kami berempat iaitu Aku, Dr. Ahmed, Aein and Dira. Waktu tengah makan tu sambung balik cerita yag tergendala sebentar tadi, macam-macam aku, aein n dira tanya hinggakan harga tiket flight ke Egypt pun kami tanya. (Ramah yang melampau-lampau kan? tampau sekali... Pap...

Cerita punya cerita punya cerita punya cerita....hai... berapa banyak cerita la... hi3... hinggalah waktu sudah senja, matahari pun dah sembunyikan diri sepenuhnya. Kami semua minta diri untuk pulang sebab malam harinya kami ada 1 lagi program at Dpp TM iaitu program bersama Diana Amir.

 Selesai sucikan diri and tunaikan kewajipan pada yang Esa.. bergeraklah aku, Aein (wajib ada nama ni), Shima and Wani ke Dpp TM. Masing2 semangat nak jumpa Diana Amir tanpa mempedulikan Diana Rashid yang sentiasa bersama ni (tisu sekotak habis lap air mata kepoyoan).

Waktu program yang tepapar pada Banner yang disangkut di board tepi jalan menunjukkan waktu program start pukul 8 mlm. Tapi biasa la kan nak tunggu peserta datang, Vip datang, Diana Amir datang, and Diana Rashid datang agak mengambil masa sikit.

 Sementara menunggu...

Namun, Alhamdulillah... para peserta tak ada la kena tunggu hingga 2,3 jam cuma setengah jam selepas itu majlis pun bermula. Syukur...syukur...

 
Cantik kan Diana Amir... ada macam Diana Rashid?? (anda dibenarkan abaikan ayat ini)

Selesai Diana Amir bicara santai, ada sesi tangkap gambar dengan dia. Tapi aku tak sempat nak tangkap gambar sebab ramai sangat kot di tambah pula mood aku mula start hilang kerana badan sudah keletihan kesan dari rehat yang kurang (Alasan!!!). 5 minit kemudian semua masih penuh atas pentas nak tangkap gambar dengan Diana Amir, aku memenuhi tempat duduk yang kosong. 5 minit selepas itu, pentas masih penuh dan mc majlis dah start warning sebab ada acara lucky draw lagi. Biasa la budak perempuan kan (budak laki pun ada juga yang menyelinap di celah2, nak juga tangkap gambar), cakap sekali tak faham , bila banyak kali cakap tak dengar last2 ajk keselamatan terpaksa leraikan manusia2 yang sudah mengelilingi Diana Amir.

Tiba masanya untuk lucky draw. Number lucky draw aku (085) Diana Amir cabut 5 number bertuah yang akan dapat hadiah (tak kisah sangat tentang hadiah, yang kisah dapat tangkap gambar dengan Diana Amir). Number pertama: 286, number kedua: 077, number ketiga: aku lupa, number keempat: pun aku lupa, number kelima a.k.a terakhir : 085 tengok balik angka di atas. Eh2!!   number aku kan tu?... dengan semangat melangkah dengan separuh keyakinan (sebab keyakinan separuh lagi hilang angkara keletihan) bersama senyuman sepanjang langkah aku menuju ke pentas. Salam and cium tangan Kak Diana Amir and tangkap gambar. Wa... seronok2.... Alhamdullillah... ini pertama kali aku dapat lucky draw di UUM ini. Syukur2 kerana  AKU YANG BERTUAH......

 "085"

Alhamdulillah... Ini hadiahnya...... -bekas pelbagai guna-


::Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ~ ::




















4 comments:

  1. Replies
    1. He3.... kan2... tak ada masa nak rehat...
      tapi best join program..
      walaupun penat tapi bebaloi...
      8)

      Delete
  2. Aein 2 mesti kecoh dan penyibuk kan...huhuhuuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hu3.... Btoi2...
      tapi dia tu rajin and suka tolong orang...
      (Kembang la Aein kalau baca komen ni) hi3 ;)

      Delete