Monday, April 22, 2013

Volkswagen Beetle




Percaya atau tidak aku boleh histeria bila nampak kereta volkswagen beetle lalu depan mata aku terutamanya yang warna merah hitam. Aku tak pasti sejak bila aku minat ngan kereta volkswagen beetle ni, mungkin lepas baca novel "Manisnya cinta" kot.... sebab cover novel tu ada gambar kereta volswagen beetle.


Aku punya fanatik sehingga la tahap termimpi-mimpi di siang hari. Bila nampak kereta idaman aku ni mesti cepat2 ambil handphone snap gambar (tapi selalunya tk sempat la nak snap sebab mata terlalu asyik tengok kereta idaman aku tu meluncur megah di jalan raya).

Kereta warna macam ni la yang selalu aku jumpa at My Hometown (kereta siapa la agaknya yea?)


Aku ada 1 koleksi kereta volkswagen beetle ni iaitu my Volkswagen's keychain pemberian Tiqah (My STJ). Keychain ni memang menjadi peneman and sahabat setia My Asha ( handset aku).

 Merah+hitam=Pilihanku

 Pernah sekali keychain tu tercabut and kereta volkswagen tu hilang, satu U aku cari, hampir menangis juga la. Dan yang best tu, entah kenapa  My Asha pun buat hal juga waktu tu, tak boleh hantar sms la, sms tak sampai la, macam2 la. Seharian pening juga la aku melayan kerenah kedua2 kawan baik si Asha and volkswagen ni. Aku meneruskan usaha mencari volkswagen yang hilang (buka senang nak pujuk Asha ni). Balik dari kuliah tu sampai at bilik baru terfikir nak selongkar beg, habis semua barang aku keluarkan, memang tak ada. Beg aku lempar atas meja study (dah putus asa dah).Tiba-tiba aku terfikir semua barang aku dah keluarkan tapi kenapa beg masih berat? Beg aku ambil semua, tangan aku laju ja meraba dalam beg. Ha..... rupanya kain bhagian dalam beg terkoyak,(beg dah nazak...faham2 je la) macam2 barang aku jumpa lepas puas selongkar bahagian beg yang selapis lagi tu. Antara yang aku jumpa: Lip balm, kerongsang, jam tangan (bateri dah habis) and......... Kawan baik My Asha. Asha pun lepas aku ikat balik si volkswagen tu terus ja Ok, kawan setia la katakan (Tapi sekarang asyik HENG lak Asha ni... hm.... minta tukar baru la ni).


Gambar yang sempat aku snap waktu on the way nak pergi program luar kampus. Versi warna putih (Tapi saye minat warna merah+hitam!!!!)

Minggu lepas aku outing nak cari baju untuk dinner hujung bulan ni (bajet macam duit berkoyan-koyan,sedangkan teman orang ja pun). Tengah ronda-ronda cari baju tu aku histeria lagi... sebab aku nampak Volkswagen Beetle warna MERAH+HITAM....MERAH+HITAM OK...lip lap lip lap...paking elok ja depan restoran. Nak tahu apa aku buat untuk ubatkan histeria aku yang menyerang secara tiba-tiba??? tengok bawah...
-
-
-
-
-

Ingat aku nak tengok sahaja....No..no..no..(perhatikan betul2 ada berapa kereta volkswagen beetle yg kiut dalam gambar di atas?)

Terpaksa pura-pura cakap phone sebab nak control malu.

Aku tak tahu di mana pemilik kereta yang ciut ni ni, sama ada dia berada dalam restoran tengah menikmati chicken chop with orange juice sambil melihat aksi aku bergambar dengan kereta kiutnya ataupun dia berada jauh-jauh dan lansung tak sedar dan tak tahu yang aku sedang beromantika with si kiut-miut ni.

Ini kereta idaman aku, tapi aku sedar agak mustahil juga la untuk memilikinya, ia la mahal kot... mana aku mampu, lain la ada orang yang baik hati and pemurah nak hadiahkan aku kereta ni kan. Walaupun begitu aku tetap bebahagia dan bersyukur with keta kodok merah pemberian Tiqah.

Tak semestinya apa yang kita impikan akan menjadi milik kita...
Tapi tak mustahil selagi kita berusaha dan terus berusaha untuk memilikinya...












4 comments:

  1. Replies
    1. Tu la.... hanya mampu bermimpi ja..
      tk mampu untuk memiliki.... huhuhuhuhu...

      Delete
  2. #Suka ayt nih...Hoho..
    Walaupun begitu aku tetap bebahagia dan bersyukur with keta kodok merah pemberian Tiqah...nantikan hadiah bufday dari aku yer....*Suprise*

    ReplyDelete
    Replies
    1. He3..... wa....ada hadiah... tak sabaqnya....
      Lompat tinggi2 keseronokan smpai tembus syiling...huahuahuahua...

      Delete