Saturday, March 30, 2013

Kayak Jom...



 Ini cerita minggu lepas punya, sebab tunggu gambar dari handset wani cerita pasai aktiviti kayak ni aku tangguhkan dulu. Hari ini baru ada kesempatan and semangat nak cerita pengalaman aku berkayak.

Ini bukan pertama kali aku berkayak, dulu waktu at PLKN pun selalu ada aktiviti kayak, waktu sekolah dulu pun bila ada kem kepimpinan mesti banyak aktiviti lasak and tak terkecuali juga kayak la. Sebelum aku cerita and melalut dengan lebih panjang, cuci mata dulu dengan gambar di bawah.

Hua2... dari awal aku sampai at Tasik DPP MAS sampai la aku balik bilik aku tak perasan pula ada papan tanda ni, sehingga aku tengok gambar ni.

Al- kisah yang aku boleh join aktiviti kayak ni selepas Wani (My friend la) ajak sebab kawan dia yang handle program ni. Aku ni memang suka aktiviti air ni, tapi was-was juga nak join sebab aku sudah sedia maklum mak aku memang susah sikit nak bagi aku join aktiviti berkaitan dengan air ni, ye la aku kan tak pandai berenang kalau mandi at air terjun pun aku pura-pura pandai berenang ja, elok ja terapung dalam air, sedangkan tangan dalam air mengagau batu.(kantoi sudah)

Hari khamis balik rumah, asyik fikir ja macam mana la nak bagi tahu Mak aku ni, asal nak cakap ja mesti melencong sebut benda lain. Kalau aku join aktiviti kayak tu tanpa izin nanti kalau jadi apa2 kang susah la. Lepas fikir, fikir punya fikir last2 terkeluar juga apa yang aku nak cakap. Cuma ayat yang aku guna bukan nak minta izin tapi lebih kepada beritahu. 

Ayat minta izin:" Mak........... ceq nak p latihan kayak leh ark?" (jenis ayat yang aku selalu guna)
Ayat beritahu: " Mak, hari Sabtu ni ceq ada latihan kayak". (Cara terbaru yag aku guna)
-Ayat yang mana 1 lebih berkesan?- conpem2 la ayat kedua.

Selepas aku guna ayat kedua di atas, mak aku terus cakap " Ha, p la.. bek2... Kak Na (nama manja la) bukannya reti berenang". Aku jawab: " Tak pa, nanti mesti kena pakai jaket keselamatan". Fuhhh.... lega, lepas 1 dugaan. 

Seperti yang di janjikan hari sabtu Aku, Wani and Snow White (Mira) bergerak ke Tasik Dpp Mas. Kami ambil sesi petang sebab sebelah pagi kami ber3 ada KO-K. Oleh sebab ketiga-tiga kami ni pestime nak p Tasik Dpp Mas tu, kami pakai redah ja jalan sampai tersesat masuk blok asrama lelaki. Malu yang teramat sangat kot, nasib baik cepat-cepat cover and terus patah balik.

Selepas ja pendaftaran and bayar yuran penyertaan, kami di beri pendedahan tentang kayak and keselamatan di dalam air secara teori. Kemudian bergerak untuk latihan secara praktikal lak.

Belajar cara yang betul pengang paddle.

Kemaskan jaket keselamatan.( kena pakai betul-betul, keselamatan itu penting)

Selesai latihan asas di darat, seterusnya WATER CONFIDENT, seram sejuk aku waktu tunggu giliran nak lompat masuk dalam air.

Jelas terpancar muka orang ketakutan (Spek mata terpaksa di tanggalkan supaya ianya tidak menjadi milik ikan yang rabun dalam tasik sekiranya ia terjatuh).

Dalam keadaan mataku yang sememangnya rabun la kan, aku memberanikan diri terjun. begelen-gelen air tasik aku telan sebab mula2 timbul at pemukaan air aku tak boleh nak kawal diri. Lepas beberapa minit kemudian...

Mula tersenyum bahagia bagai puteri duyung

Sewaktu sesi water confident, kami didedahkan dengan cara2 untuk meyelamatkan diri, cara untuk bertahan lebih lama dengan life jacket, and cara nak tenangkan kawan yang panik sewaktu dalam air.


Settle water confident, kami semua di arahkan naik ke darat. (Aku and wani orang terakhir naik atas darat, mira yang pandai berenang dah jemu tunggu kami dua at tebing tasik). 

Masa yang di nanti-nantikan tiba juga, excited aku angkat kayak yang entah berapa kilo beratnya, tapi yang pasti sangat berat. Mendarat ja aku dalam kayak, terus aku nak Wani dayung keliling tasik sampai lenguh tangan. ( Ha..mik ko nak kayak sangat kan).

 After 5- 10 minit macam tu la, semua kayak dapat arahan untuk berkumpul di tengah-tegah tasik.

Kami diberi pendedahan bagaimana nak selamatkan diri sekiranya kayak terbalik and cara nak tukar buddy kayak masing2.

Cara tukar Buddy: Rapatkan kayak and orang yang di pilih akan jalan pijak atas kayak untuk bergerak and tukar dengan buddy kayak lain. (Fuhhh....Nasib baik aku bukan antaranya di pilih)

Selesai semua latihan, aku, Wani and Mira terus gerak ambil barang and makanan yang disediakan. Benda pertama yang aku cari sebaik sahaja sampai atas darat ialah: SPEK MATA, susah tul kalau tak pakai. Malu kot bila aku salah panggil orang, aku ingat orang tu Mira sebab warna tudung sama, bila alih muka tengok dekat2.. alamak... salah orang da.

Oleh kerana, waktu dah petang and susah nak dapat bas, kami putuskan untuk balik jalan kaki dengan keadaan yang masing2 basah kuyup dan semua student UUM tahu jarak antara Dpp Mas and Dpp Sime Darby memang tersangatlah jauh.

Waktu malamnya, aku mula kelaparan walaupun petang tu aku dah makan nasi ayam sebungkus. Lokerku selongkar cari makanan, biskut-biskut yang ada aku telan sampai habis. KELAPARAN YANG MELAMPAU.
Best juga ni... ayat macam mana lak la aku nak guna untuk minta izin mak tersayang???? Hu3










No comments:

Post a Comment