Saturday, March 09, 2013

Rich Dad, Poor Dad



Senaman sekejap...
Tarik nafas.....
Lepas....
Sekali lagi....Tarik nafas.....tahan....................... lepas...
Fuh.......

Alhamdulillah kita semua masih diberi nikmat iman dan islam terus menghirup udara segar. Syukur juga aku sudah habis baca buku karya Robert T. Kiyosaki, Rich Dad, Poor Dad. So, nak kongsi sikit la manfaat yang aku dapat daripada buku ni.

Jom tengok lu penulisnya yang handsome....

 smile....

Buku ni banyak mengajar tentang pendidikan kewangan. Robert T. Kiyosaki juga turut berkongsi pengalaman dalam menguruskan kewangannya. Di mana dia berpendapat " Orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk wang, Orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka". Tapi sekarang Robert T. Kiyosaki ni dah bankruptcy namun aku tetap baca buku RD,PD sebab aku ambil yang baik sebagai tauladan dan yang buruk itu jadikan sempadan dan jangan jadikan amalan.

Meh tengok dulu cover Buku RD,PD....



                                                               
Sebelum start baca buku ni, aku tetanya-tanya juga kenapa buku ni tajuknya Rich Dad, Poor Dad? Setelah baca pengenalan baru la aku tau Robert T. Kiyosaki ni ada 2 orang ayah, seorang yang miskin, berpendidikan tinggi dan bijak, manakala seorang lagi merupakan ayah angkat beliau yang kaya dan hanya belajar setakat tingkatan 2. Pelik kan? yang berpendidikan seorang yang miskin, yang kurang pendidikan seorang yang kaya. Itulah bezanya antara orang bekerja untuk wang dan orang yang wang bekerja untuknya.

Robert menceritakan bagaimana kehidupannya yang membesar dengan 2 insan yang berpendapat berbeza dalam menguruskan kewangan. Bagaimana seorang mengatakan " Cintakan wang adalah akar kejahatan" manakala seorang lagi mengatakan " Kekurangan wang adalah akar kejahatan". Peningkan?. Robert T.Kiyosaki ada huraiannya, dan semua itu ada tertulis dalam buku yang aku baru habis baca.

Robert T. Kiyosaki banyak menceritakan bagaimana dirinya diajar cara pengurusan kewangan yang betul oleh Rich Dad iaitu ayah angkatnya yang kaya. Memang unik cara Rich Dad mengajar Robert tentang pengurusan kewangan. Di mana Rich Dad mengajarnya secara praktikal tidak seperti cara pembelajaran di sekolah seperti Rich Dad mengajar beliau membezakan antara aset dan liabiliti
 (Orang kaya mengumpul aset. Orang miskin mengumpul liabiliti).

~Aset menambah wang dalam poket kita= Hartanah, Saham, Bon, Sijil Simpanan, Harta Intelek.
~Liabiliti mengambil wang dalam poket kita= Pinjaman Rumah, Wang Pinjaman, Kad kredit.

Ramai masyarakat hari ini salah faham antara aset dan liabiliti. Contohnya, jika seseorang itu baru tamat pengajian dan mendapat pekerjaan, perkara pertama yang ingin dimiliki mungkin kereta kemudian rumah. Bagi mereka ianya merupakan aset bernilai yang mereka perlu kumpul sedangkan sebenarnya mereka sedang mengumpul liabiliti yang mengambil wang dalam poket mereka iaitu melalui cukai, faedah pinjaman dan yang sama waktu dengannya. Betul tak? renung-renungkan.

Wah...dah macam pakar kewangan pula aku ni.He3.. Itu sahaja sedikit sebanyak perkongsian saya untuk buku RD,PD ini. Bukan berniat mengangung-agungkan buku ini dan bukan juga mengatakan semua yang ditulis oleh penulis semuanya benar. Setiap orang punya pendapat masing-masing dalam menguruskan kewangan.

Sekadar perkongsian yang tidak seberapa, maaf sekiranya ada kekurangan atau kesalahan (mohon teguran) he3...

Masa depan kita ditentukan dengan pilihan yang kita buat pada hari ini, bukannya esok.

Lepas ni nak baca buku apa pula?
Hm....Smile- Irma Hasmie? Opsss....tak kot, behenti rehat jap untuk buku2 ini, mungkin hanya akan jeling2 di waktu lapang sbb now aku nak mengadap buku akademik yang sudah sekian lama menanti belaian dan perhatian aku!!! Wish me luck....

Study! Study! Study!



Jadual kuliah pun dah dibuat cantik and menarik..
Dah tertampal elok di board meja study...
Semangat! Semangat! Semangat!

Nothing is impossible, the world itself says " I'M POSSIBLE"
SMILE....














2 comments:

  1. .JOM JOIN SEGMEN NI PULAK http://penaislam2u.blogspot.com/2013/03/segmen-jalan-maya-dan-tambah-followers.html

    ReplyDelete
  2. Wa.... macam best... Insya Allah... tunggu lawatan saya..

    ReplyDelete