Monday, March 18, 2013

Nombor, Number, Digit, Angka



1,2,3 Do Re Mi, apa nak jadi Alif, Ba, Ta.... ABC...

Siapa minat subjek Matematik? Angkat tangan.....
Siapa tak minat? ZzzzzZZZzzz..... geng aku... ha3..


Sejujurnya Mate bukan subjek kegemaran aku,
Sebetulnya Mate pernah menjadi Subjek kegemaran aku waktu darjah 4, (Sekarang tidak lagi)
Sepantasnya aku cuba mengelakkan diri untuk ambil subjek berkaitan pengiraan. ( Waktu STPM ambil Ekonomi yang ada banyak pengiraan.. hi3)
Sekarangnya aku belajar Subjek Asas Statistik yang sememangnya all about pengiraan la kan.
 ( Semakin aku lari semakin dekat pula di hampiri) Hmm.... ada hikmah di sebalik yang terjadi..

Entah apa yang pantangnya aku dengan nombor ni, asal ja kelas Statistik mesti mata aku seperti di ikat dengan bata 10kg, mulut mula menguap seluas mulut singa saat di luar kelas lagi. Penyakit apakah yang aku hidapi ini? Huahuahua....

Bila ada kuiz mula la gelabah, mata terus segar bugar, pantas nota di ambil pura-pura menyelak walaupun apa yang terkandung dalam nota pun aku tak faham. Aein kat sebelah rileks jeer... Oqang terer la katakan. Dapat soalan kuiz terus buat-buat baca dan faham soalan yang aku tak akan faham walaupun 100 kali aku ulang baca. Huhuhu... tersangat la padan muka aku sebab tersengguk-sengguk faham sewaktu Mr. Eriz M yang kacak bergaya mengajar di depan.

Mujur ada penyelamat iaitu pengapit aku kiri dan kanan,  Aein dan Ummi yang tak jemu tunjuk ajar, tak lokek kongsi ilmu dengan Ratu Tidur ini. Kalau orang lain memang dah biar dah aku terkapai-kapai keseorangan mencari jawapan yang aku sendiri tak pasti kerana soalannya pun aku tak mengerti. Itulah sahabat sejati, sehidup semati dalam kelas Statistik di pagi hari.

Hasilnya, aku mula faham sikit-sikit simbol and formula. Lepas ini nak cuba semai balik minat terhadap nombor-nombor seksi yang selama ini asyik menari dan menyanyi sampai aku tertidur. Kepada Aein dan Ummi pula, nak pesan kat korang berdua make sure kejutkan aku sekiranya aku terlelap ( Malu kot kalau Mr. Eriz nampak aku tersengguk-sengguk dalam kelas dia) he3. Special pesanan untuk Aein yang sentiasa di sisi dalam setiap kuliahku hadiri, kejutkan aku sekiranya aku terlelap di lain hari, terutamanya kelas pagi dan tengah hari, kalau hang yang terlelap aku siram dengan air mineral aku. Hahaha... (Mustahil la kan)


 
Yang ini aku suka....
I love You Elementary Statistik.....
SMILE....




3 comments:

  1. A'salam. want to say thanks because joined my giveaway and congratulation! You're one of the lucky. :)

    http://nikainaa.blogspot.com/2013/03/pemenang-2nd-ina-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. Waalaikumslam...
    Wa... bestnya...
    Terima Kasih....

    ReplyDelete