Monday, October 14, 2019

Temuduga: Jangan Bagi Harapan Palsu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sebelum ramai tertanya-tanya ataupun mungkin tak ada sesiapa tanya pun, tapi aku nak bagitahu siap-siap, walaupun aku tulis dan kongsi berkenaan dengan kerjaya tapi aku bukan HR di mana-mana syarikat. Apa yang aku kongsi hanyalah berdasarkan pegalaman aku yang tak seberapa dan nak kongsi juga.

Baiklah, topik hangat sikit harini: Temuduga. Temuduga ni tak kisah lah temuduga kerja ka, temuduga praktikal ka temuduga calon suami/isteri ka ataupun temuduga dengan bakal mertua ka. Semua lebih kurang, kena ada persediaan mental dan fizikal. Tapi apa yang aku nak tekan kan di sini adalah berkenaan dengan soalan diri sendiri. 

Bila penemuduga tanya soalan tentang diri kita, janganlah p copy paste sejibik jawapan spot kat google, itu hanya sebagai rujukan. Tolong la olah balik jawapan tu ikut kesesuaian diri kita. Jangan jawab tentang diri orang lain dan berjanji bagai semata-mata nak dapatkan kerja tersebut. 

Jangan bagi harapan palsu, waktu temuduga cakap "I'm fast learner" (sedangkan dari kecil sampai besar mak ajar lepas mandi sangkut tuala kat hanger, tapi dah besar pun masih tinggal kat bucu katil lagi). 
Waktu temuduga cakap "I can work under pressure" (Masuk kerja, baru baca polisi syarikat dah pressure, belum start kerja lagi). 
Waktu temuduga cakap " I'm willing to learn" (Masuk kerja, suruh photostat "Ni tak ada dalam job scope").

Semak balik diri kita, apa kebolehan yang kita ada, boleh juga minta pendapat kawan-kawan atau ahli keluarga sebab kadang kita tak nampak apa kelebihan dan kekurangan diri kita sendiri. Jangan cakap atau berjanji yang kita tak pasti sama ada dapat tunaikan ataupun tak. Tolonglah jujur, sebab kalau kita dapat kerja daripada temuduga yang kita berbohong, macam mana dengan rezeki yang kita dapat nanti.

Sekiranya kita memberi harapan yang tinggi ketika temuduga, majikan pasti meletakkan expectation yang tinggi apabila kita diterima bekerja, dan andai kita tak mampu buktikan diri kita seperti yang dijanjikan, pasti kerja kita juga akan terjejas.

Waktu di Universiti adalah waktu yang sesuai untuk kita polish dan buat persediaan untuk kerjaya. Siapkan diri mental dan fizikal. Jangan hanya fokus akademik semata-mata tapi dedahkan juga diri dengan program-program universiti yang banyak mengajar kita untuk lebih kreatif dan critical thinking. Apabila kita aktif dan terdedah dengan banyak aktiviti dia Universiti, ianya dapat meningkatkan emotional intelligence (EQ) dimana ianya sangat penting dan perlu ada dalam diri setiap orang.

Berubah dari sekarang sekiranya tak mahu beri harapan palsu ketika temuduga. Jangan malu mengaku kelemahan diri, tapi malu lah bila tak jujur dengan diri sendiri.

Sekian.



Tuesday, October 08, 2019

Canva: Cara mudah edit resume cantik dan poster

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Seperti biasa aku nak berkongsi lagi harini, harap bermanfaat buat semua. Bidang kerja aku memerlukan aku untuk design dan kena creative, sebab aku bukanlah seorang yang expert menggunakan photoshop dan apa yang aku perlu design tu bukanlah yang complicated sangat jadi kebiasaannya aku memang guna power point untuk buat editing. 

Tapi sejak aku diperkenalkan dengan Canva melalui satu training yang aku pergi tahun lepas, Alhamdulillah, boleh dikatakan jatuh cinta pandang pertama aku terhadap Canva ni sebab banyak memudahkan kerja aku. 

Apa itu Canva?

Canva adalah laman web alat reka bentuk grafik mudah yang diasaskan pada tahun 2012. Ia menggunakan format drag-and-drop dan menyediakan akses kepada gambar, imej vektor, grafik dan fon. Ia digunakan oleh bukan pereka dan profesional. Alat ini boleh digunakan untuk reka bentuk dan grafik media web dan cetak.
*Aku dah tolong googlekan dah untuk hampa.

Secara ringkas dan mudah difaham Canva ini laman web yang sediakan template untuk segala jenis design. Antaranya:








Banyak gila kan, semua ada dari untuk personal sampai la yang profesional dan It's FREE geng!, Nak apa lagi? Marilah kita sama-sama bersyukur.

Kalau nak edit Resume, buka di bahagian dokumen dan select la resume:

Di bahagian kiri tu, ada:
i. Templates- Boleh pilih templates ikut kesesuaian atau ikut citarasa hampa lah.

ii.Photos- Boleh pilih macam-macam gambar, tapi ada sesetengah gambar tu berbayar.

iii. Elements: Bahagian ni ada banyak kategori yang boleh pilih, antaranya charts, lines, stickers, shapes dan boleh check sendiri nanti.

iv. Text: Kat Canva ni format susunan dan font pun boleh pilih, font pun ada banyak pilihan.

v. Background: Walaupun templates yang disediakan dah siap dengan background tapi Canva ada sediakan juga pilihan background lain untuk dipilih.

vi. Uploads: Kalau nak guna gambar sendiri boleh upload atau drag & drop ja kat canva. Semua gambar yang dah uploaded masuk memang akan terus save di bahagian uploads tu. Senang kan? ๐Ÿ˜


Bila dah siap editing semua, last sekali boleh download (Bahagian Kanan-Atas). 
Ada beberapa pilihan, ikut kesesuaian la. Tapi resume sebaiknya save PDF yea anak2 semua.


Cara register pun senang ja, cuma guna account gmail. Tunggu apa lagi yang tak sign up lagi p sign up cepat, nah Klik sini. 

Semoga bermanfaat. Kalau ada apa-apa soalan just comment down below๐Ÿ˜‰.

Monday, September 30, 2019

Tips: Baru Mula Kerja, Apa yang boleh dan tak boleh buat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, ๐Ÿ’–


Sejak akhir-akhir ni aku terpanggil untuk share berkenaan dengan kerjaya, aku share bukan sebab aku hebat ataupun pengalaman banyak cuma aku sejenis yang suka berkongsi sebab sharing is caring ๐Ÿ˜‰.

Aku dah pernah share berkenaan dengan "Jangan Memilih Kerja", yang tak baca lagi boleh Klik sini.
Harini aku nak share berkenaan dengan apa yang boleh dan tak boleh buat bila baru start kerja atau sewaktu tempoh percubaan (probation period). Tempoh percubaan ni depend on company, ada yang 3 bulan dan ada yang 6 bulan. Sewaktu tempoh percubaan sangat penting sebab waktu ni la HR atau majikan akan menilai kelakuan dan prestasi kerja kita (performance). Jadi, yang waktu temuduga hampa dah sembang gebang semua benda hampa boleh buat, waktu ni la hampa kena buktikan.

Daripada pengalaman dan pemerhatian aku sepanjang aku bekerja, aku kongsi sikit tips apa yang boleh dan tak boleh buat sepanjang tempoh percubaan kerja ni:


1. Datang kerja awal, Jangan datang lambat!

Ini adalah perkara yang paling terpenting sekali, sebab ianya menunjukkan disiplin seseorang. Sepanjang tempoh percubaan, cubalah datang kerja awal, lagi awal lagi bagus sebab banyak kelebihan datang kerja awal ni. (Nak kena listkan juga ka?)

2. Jaga kehadiran, Jangan asyik nak cuti!

Ini pun penting juga, majikan atau HR sangat ambil berat tentang kehadiran kita sebab itu menunjukkan kita ni komited ataupun tak dengan kerja. Elakkan daripada ponteng atau ambil cuti saja-saja bf/gf demam la, bakal mak mertua adik ajak pergi shopping la dan yang sama waktu dengannya.

3. Banyakkan tindakan, Jangan bagi banyak alasan.

Bila dah dapat kerja tu datanglah buat kerja, jangan la suruh buat apa semua tak boleh. Jangan dok bagi alasan "Oh ni kat U dulu lecture tak ajar" Aku cepuk kang!. Bila kerja ini lah masa untuk kita kutip pengalaman dan belajar sebanyak-banyaknya. Tak tahu belajar bukan terus bodoh sampai ke tua, tak tahu tanya bukan diam tunjuk terer. Apa saja pekerjaan yang diberi buatlah dengan sepenuh hati.

4. Jaga percakapan, Jangan kurang ajar.

Hidup biar beradab jangan biadap. Bila kita bekerja, kita akan jumpa dengan banyak jenis orang dan pelbagai jenis perangai-perangai yang pelik bin ajaib, tapi kita jangan la nak ikut kepala sendiri. Kalau ada teguran atau sindiran daripada senior cuba untuk terima dengan terbuka, jangan dok p lawan cakap balik. Kadang tu ada senior yang suka bergurau kasar dan saja nak mengusik tapi kita jangan la terusik sekali, sedar diri masih dalam tempoh percubaan. Cubalah berbuat baik dan cakap baik2 walaupun pada orang yang kurang baik, nanti lama2 depa baik la.

5. Siapkan kerja yang diberi, Jangan banyak merungut.

Bila tak dapat kerja merungut tak dak kerja, bila dah dapat kerja merungut kerja banyak (Penumbuk nak?). Waktu tempoh percubaan ini kalau nasib baik, kerja yang diberi tu ikut fasa dan tak berat sangat tapi kalau nasib terlebih baik mungkin kerja akan datang tanpa diundang dan beranak cucu cicit. Walau banyak mana pun kerja tu cuba buat dan siapkan dengan baik, cuba minta nasihat dan tunjuk ajar dari senior, mana tau depa ada tips atau cara mudah buat kerja. Jangan jadi bodoh sombong, malu bertanya tak jumpa jalan.


Cukup dulu 5 tips dari aku untuk kali ini, bagi banyak2 sat g hampa lupa pula.

Kalau sakit, ambil MC. Jangan tiru budak ketegaq ni.๐Ÿ˜ท
(Apa motif minum kopi tapi pakai mask? ๐Ÿ˜ต)
Kesimpulannya di sini, jagalah perangai dan tunjukkan sikap yang baik bukan sahaja waktu tempoh percubaan tapi kalau boleh selama mana hampa kerja dan bukan just kerja actually dalam kehidupan seharian juga. 

Tak rugi kita buat baik, sebab Allah s.w.t hitung setiap kebaikan kita tu. ๐Ÿ˜„


Saturday, September 28, 2019

Jangan Memilih Kerja, Jangan Putus Asa!

Assalamualaikum,


Apa yang aku nak tulis hari ini agak sedikit sensitive sebenarnya, tajuk pun dah tau aku tujukan khas buat adik-adik tersayang yang baru selesai tanggal/lambung jubah konvo.

Mungkin aku kurang layak untuk buat teguran ni, but sebenarnya bukan nak tegur sangat pun tapi lebih pada kongsi pengalaman dan pendapat. So, jangan nak sensitive sangat but be positive.

Lepas habis belajar mesti semua orang nak kerja, cari duit bayar ptptn (Majoriti) mahupun nak balas jasa mak dan ayah. Tapi masing-masing ada rezeki masing-masing, ada yang sebelum konvo kerja dah tunggu, ada yang lepas 2 bulan dah dapat kerja dan ada yang 2 tahun baru dapat kerja. 

Bila ada yang nasihat "jangan memilih kerja", mesti ramai nak melenting. Dah usaha cari kerja sana sini, interview dari Utara hingga ke Selatan, resume berpuluh syarikat dah hantar, beratus kali dah apply kerja kat Job Street. It's ok dik, you did a very good job.

Apa yang akak nak tegaskan kat sini adalah kenapa kita mesti ikut jalan yang sama macam orang lain, apply kerja yang orang lain juga buru, interview company besar yang sememangnya ramai orang tuju. Why not ubah haluan permikiran, fikir balik nasihat "jangan memilih kerja", cari maksud tersirat.

Typical pemikiran sekarang, cari kerja yang sama bidang yang belajar, Yes Betul Tak Salah. Cari jawatan yang layak dengan tahap pengajian, Yes Betul Tak Ada Salahnya. Cuma apa hasil dari ikut jalan yang sama dengan orang lain? Yang dapat kerja Alhamdulillah, Yang belum dapat teruskan berusaha dan cuba ubah haluan permikiran yang lebih kreatif.

Kadang tu pedulikan apa orang nak kata, yang baik ambil sebagai kekuatan yang kurang baik jadikan bata buat laluan ke masa depan. Hidup kena ada pendirian, kena tahu apa yang kita mahukan dan jangan sesekali lupa berdoa pada Allah s.w.t minta diberikan kekuatan harungi setiap dugaan dan cabaran.


Satu kebanggaan dan juga satu tanggungjawab.



Yang baik itu selalunya datang lambat, terus berusaha dan bersabar. Jangan putus asa.





Wednesday, February 21, 2018

Jatuh Cinta dengan Salam Browser (Laman Web Beradab)

Assalamualaikum...


Pernah dengar dak Salam Browser?  Mungkin ada yang pernah and ada yang apa benda la tu dan mungkin ada yang rasa dah lapok, aku tak kira, aku nak share juga berkenaan dengan Salam Browser yang aku guna since waktu internship lagi (2016) dan masih setia guna sampai sekarang. Sebelum aku guna Salam Browser ni, aku selalu guna Mozilla Firefox ataupun Google Chrome dan yang seangkatan dengannya.

Hampa selalu dak, ada masalah bila guna browser yang sedia ada macam Mozilla and Chrome akan naik pop-up ads ataupun muncul new page yang berdouble2 bila tersalah klik?. Kalau ya, Give me 5! kita geng. Masalah ni since waktu dekat u lagi, tapi sebab aku ni bukan budak IT, buta sikit bab2 IT, dan malas nak bertanya dan hadap ja masalah2 tu semua yang selalu ganggu tumpuan aku nak buat kerja. Kalau ada budak IT yang terer share la sikit tips atau apahal browser selalu jadi macam tu? 

Semua masalah tu berlanjutanlah hingga aku lapor diri internship department marketing. Supervisor aku tanya ada Photoshop tak, sebab salah satu tugasan aku dalam department marketing kena design email shot, brochure, dan sama waktu dengannya. Aku baru ja format laptop, so banyak benda yang tak ada termasuklah Adobe Photoshop. Sebagai budak intern yang baru nak up dan nak target markah full, so aku pun cari la software kat internet, supervisor aku ada suggest GimpShop. Tanpa berlengah dan demi markah penuh aku terus download. Alhamdulillah. GimpShop tak jauh beza macam photoshop, senang la aku nak design email shot semua.

Selesai satu masalah dan muncul masalah baru, pop-up ads punya galak makin menjadi-jadi, dengan iklan yang tah apa2 Kasino la, games la, saham la dan macam-macam lagi. Aku tanya geng department IT kenapa jadi macam tu, lepas tu jawapan yang aku dapat satu pun aku tak dapat nak hadam sebab bahasa IT tinggi sangat, hinggalah satu hari tengah asyik scroll down instagram, aku nampak satu post kat instagram tentang Salam Browser ni. Aku terus google cari maklumat pasal Salam Browser dan tanpa ragu-ragu terus install semudah A,B,C.



Apa yang paling buat aku jatuh cinta adalah:

1. Setiap kali buka Google Search akan ada quotes or Hadis.
    Perkara pertama yang aku tertarik dengan Salam Browser ni.


2. Selesai masalah pop up ads yang menghantui laptop aku.


Sekian perkongsian ringkas aku untuk kali ini.

Makan lepat di siang hari,Semoga bermanfaat pada saudara dan saudari.


Nak tahu lebih lanjut or nak download boleh KIik Sini.

Saturday, October 24, 2015

Langkawi lagi (Pengalaman ikut trip)

Assalamualaikum...

Setelah selamat bergelar kakak super Senior a.k.a budak final sem, baru lah rasa nikmat masa lapang dan terluang. Tapi aku tak mahu la masa lapang aku terbuang, so memang dah rancang nak spend time masa pergi melancong dengan kawan-kawan. Kekononnya, nak ada kenangan melancong bersama la.

Sebenarnya, setiap sem merancang nak melancong ke sana sini, tapi dalam mimpi ja, buka mata masih di sini. Setelah merancang dengan penuh teliti, siap meeting kira budget, set tempat, survey chalet dan yang sewaktu dengannya, balik bilik masing-masing diam menyepi. Tak tahu bila nak pergi sebab masing-masing dah start busy dan duit ptptn pun menyusut turun laju sekali.

Satu hari aku nampak ada student Uum buat trip pergi Langkawi dengan harga super berpatutan, menjimatkan dan mengikut kemampuan. Cepat-cepat aku suruh Aein call, book 2 tempat untuk kami. Memang waktu tu tak fikir panjang, call mak minta izin pun mak on ja.

Walaupun baru awal tahun lepas ja pergi Langkawi dengan my Stj, tapi kali ni semangat juga nak pergi sebab pergi dengan Aein and first time aku ikut trip. Depart from UUM 7.45 pagi, kos pengangkutan dari Uum memang dah termasuk dalam pakej, tiket feri pun dah termasuk dalam pakej, tiket mangrove pun dah masuk dalam pakej, penginapan dan pengangkutan bersama driver pun dah masuk dalam pakej(Harga Pakej RM 150.00). Aku dengan Aein memang betul2 bawa baju and diri ja tak perlu runsing nak fikir apa-apa just enjoy every single moment kat sana.

 Atas feri aku nak tidur tapi Aein ajak selfie (Kalau Aein tak ajak pun memang aku nak)


It's doesn't matter where you're going, It's who you have beside you.
#dianaaeingholiday

Sampai ja Jeti Kuah tak sampai 15 minit driver dah sampai, total semua yang join trip 23 orang (Semua perempuan) so kenderaan 1 van and 1 avanza, ke mana saja bersama. Driver memang tersangat sporting, tak pernah nak mengeluh tunggu geng gegirls shopping berjam-jam and the best part bawa kami semua pergi makan tempat murah and sedap (save lagi bajet aku).

First place yang kami pergi Kilim Geoforest Park, round pulau naik boat. Sebenarnya waktu pergi round pulau tu aku rasa macam sedar tak sedar ja sebab baru naik darat dah nak masuk air balik tapi aku enjoy ja sebab dah bayar lagipun tak kan aku nak duduk tepi jeti sampai lambai tangan byebye dekat geng lain yang enjoy pergi tengok ikan pari la, pulau kasut, guar kelawar, guar buaya and ambil gambar banyak-banyak memang idok le.

Muka aku yang sedar tak sedar, Aein muka dia kalau ambil gambar memang tak berubah, senyum memanjang.

Tempat wajib ambil gambar.

 Gua Kelawar.

Lampu tu Aein sewa RM 1 ja, Aein bagi aku pegang untuk suluh dia bukan suluh kelawar sebab dia cakap takut Batman culik dia. (Aku malas nak cakap kat dia yang Batman suka perempuan tinggi macam aku ;).

Mendarat balik.

Lepas habis round semua pulau, abang driver bawa kami pergi makan. Aku lupa nama kedai mak cik tu tapi area Pekan Kuah tak silap. Lauk memang pelbagai dan murah sangat, aku punya makanan (Nasi+lauk+sayur+ air oren = RM5.00). 


Kami check in Pukul 3ptg. Ketua trip bagi 1 jam untuk solat and rehat. 1 bilik kongsi 4 orang, sangat selesa tapi aku tak pasti harga berapa sebab dah masuk dalam pakej.

Pukul 4ptg gerak balik ke next destination, Pelabuhan kapal mewah.

Bagitahu Aein nanti nak beli kapal layar and nak parking kat sini, Aein lansung tak peduli  dia lebih pedulikan kamera.

Aein cakap berangan tu free,
Tapi aku takut nak berangan tinggi-tingi,
So, harap dapat beli boat yang dlam gambar sebelah kiri depan sekali,
Boleh la parking dekat sini.
Berangan ja lah.

Tempat seterusnya Cable Car. Dari Uum lagi aku dah bagitahu dengan Aein yang aku tak nak naik Cable Car sebab waktu datang dengan Tiqah dulu dah naik dan lagipun Aein pun memang tak nak naik juga sebab dia gayat. So, kami plan nak round ja kawasan Cable Car tu. Ternampak la plak 3D Art Museum ni, memang antara sebab utama aku dengan Aein datang Langkawi. Mula-mula ingat memang tak dapat pergi dah 3D art museum ni sebab tak ada dalam senarai tempat dalam trip pun dan kami tak tahu la pula yang 3D Art Museum ni dekat dengan Cable Car. Beriya-riya Aein tarik tangan aku pergi beli tiket. Harga tiket RM37 tapi lepas tunjuk kad pelajar dapat RM20 (jimat lagi).


Budak excited.

Bagi Kwang Soo minum air tangan aku.


Tak perasan pula aku anjing hitam tu.

Ratu pecut yang dah pencen.


Maaf Tun...
Tun cuma bapa pemodenan Malaysia,
Bukan bapa saya,
Jadinya, haram bersalaman tangan,
Tapi saya hormat Tun.
(Senyum kita sama la)

Ni gambar dekat luar, kalau rasa macam harga tiket mahal sangat kat luar pun ada juga gambar 3D tapi tak la sebanyak kat dalam yang 1 jam pun tak cukup nak ambil semua gambar.

Pekena pasemboq and cendol tepi pantai dulu.

Aktiviti malam, lepas makan and shopping dekat Pasar Kemboja abang driver tinggal kami semua dekat Pekan Kuah. 

Tercapai juga hasrat aku nak bergambar dengan Lang. Walaupun hanya nampak sisinya ja. Ok la dari tak ada lansung. Kaki aku nak melangkah pun tak larat dah, just lepak ja dengan Aein sambil tengok orang tengah practice menari sampai ketua rombongan keloi panggil balik. Sampai bilik, terus mandi, solat and melayari bahtera mimpi indah.

Hari ke-2 Pukul 9 pagi dah bertolak pergi breakfast. Ikut trip ni rasa berdisiplin sikit sebab aku rasa kalau pergi sendiri Pukul 10 pgi belum tentu nak gerak lagi. So, nampaknya di sini banyak kelebihannya join trip ni.


Lepas breakfast, abang driver bawa pergi kilang gamat and pemborong batik jawa. Aku tak fokus sangat shopping, so just beli yang terbekenan ja.

 Singgah Kota Mahsuri jap, tak masuk pun just ambil gambar kat pintu masuk ja. 
Last destination, Kompleks HIG- Shopping cekelat.
Feri Pukul 2.30 ptg.
Sampai UUM Pukul 5.30 ptg.
Esok hari kelas seperti biasa.

Sekian, cerita  #dianaaeingholiday ikut trip. Sangat bebaloi, sesetengah orang tak suka ikut trip sebab tak ada privacy and sebab2 yang sama waktu dengannya. Tapi bagi ikut itu hak dan bajet masing-masing lain orang lain citarasa. Bagi aku untuk student macam aku yang bajet ciput ok la ikut trip sebab tak perlu serabut otak fikir nak book tiket feri, penginapan and pengangkutan plus tak tahu  jalan kat sana. Kalau guna Waze pun tapi tak rancang betul tempat and perjalanan silap-silap habis minyak kereta sesat jalan ja. Ok la untuk orang yang suka challenge, tapi aku nak pergi release tension.

Tapi kalau nak ikut trip, aku tak galakkan yang trip ramai sangat 40 orang ke atas, sebab takut tension balik, nak tunggu hang aku. Macam trip aku ni 23 orang, sweet2 ja semua tak ada masalah.

......Next destination? Tahun depan, Insha Allah..... 








Wednesday, July 09, 2014

Semester 4, Apa ceritanya?

Assalamualaikum....


Perasan tak setiap hujung semester aku akan update pasal aktiviti aku sepanjang semester? tak perasan pun? tak pa2.. Aku perasan. So, di waktu lapang lagi terluang ni aku nak remind balik apa yang aku buat sepanjang semester 4. Mungkin tak semua aku ingat, tapi bila buka balik folder gambar, yey memang semua memori datang balik.

Semester 4 aku lebih fokus pada aktiviti Enactus, pergi outing (melawat OKU), meeting and hasilkan product baru. Walaubagaimanapun, aktiviti-aktiviti lain pun aku tetap join, ya lah selain tambah ilmu and pengalaman, kena kumpul sira juga agar tak kena tukar ke kolej kediaman lain. 

Antara aktivitinya ialah.... jeng...jeng.... (apa yang suspen sangat pun aku tak tau la)

Kegiatan luar kampus (klk pengucapan awam)

Semester 4 merupakan semester last yang aku ada ko-k. Start semester depan, hari sabtu aku free dari pagi sampai malam. Tak sabar sebenarnya nak rasa cuti seminggu 2 hari sebab selalu hari sabtu memang dah peruntukkan untuk ko-k, lagi2 semester ni ko-k aku start petang memang sangat-sangat mengganggu jadual hari sabtu. Apa pun dah tak payah fikir dah semua tu semester depan.

Setiap semester kami memang diwajibkan buat kegiatan luar kampus. Untuk semester ni aku bersama 14 orang member yang lain decided nak buat di Sekolah Rendah Sultan Ahmad Tajuddin, sebenarnya jurulatih kami yang bagi cadangan sebab dia cikgu sekolah tu, jadi senanglah nak berurusan. Setelah berkali-kali tangguh, bermacam-macam dugaan dan berbagai-bagi ragam akhirnya menjadi juga klk untuk yang terakhir kalinya ini. Untuk mudah faham aku biarkan gambar yang main peranan untuk bercerita.

Kosongnya bas boleh main aci ligan.

Adik-adik comel yang sangat bersemangat

Barisan kakak cantik yang semangat marketkan diri masing-masing.

Mulakan dengan bengkel tentang perucap unggul.

Aku biro makanan, so just make sure makanan ada untuk dimakan. Cepat atau lambat. :)

Sebelah petang aktiviti luar.
(bahagi 2 kumpulan: berlatih and lawan)
Pertandingan Bicara Berirama

Macam mana pun kita mesti menang!!!
(semangat tak kakak, sebenarnya kakak pun first time nak belajar and ajar bicara berirama adik oii..)

Nasib baik kakak pernah masuk koir waktu tadika. 
(ada juga pengalaman walaupun tak berapa nak ada kena mengena)

Tak sempat hafal lirik.
Tak apalah, janji buat yang terbaik.

Kumpulan lagi satu.
(Bukan nak menyerah kalah, tapi memang mereka pemenangnya)

Semua yang terlibat.

Bersama jurulatih kami yang kacak lagi baik hati.



Ok, sedih nak ucap good bye, apa pun kalau umur panjang Insya Allah kita jumpa lagi yea.
Belajar rajin2... :D

NEXT

Love and care my dear little siblings 

Ini program yang last minute aku join, sebab waktu tu majoriti semua student sibuk siapkan assigment. Aku pun ada banyak assigment juga, tapi jenis aku ini kalau aku stress otak akan tepu seterusnya apa pun aku buat tak kan menjadi. (pernah juga rasa macam tu?) aku selalu. Jadinya, untuk hilangkan stress aku kena bagi ruang pada otak and badan aku rehat, tapi bukan bermakna rehat tu tidur sebab kalau tidur bukan hilang stress tapi add penyakit pening kepala pula. Dengan join program lah aku rehatkan otak sambil bantu insan yang memerlukan.

Terima kasih pada my cute friend Aishah kecik sebab susah payah sms ajak join sehari sebelum program. Kalau dia tak ajak mesti aku dah kemerengan dalam bilik mengadap assigment. Program yang aku join bersama kanak-kanak OKU at Changlun. 

Sampai ja at Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Taman Tradisi Changlun kami semua disambut dengan wajah ceria adik-adik Oku. First aktiviti ialah senaman pagi. Next aktiviti indoor, aku ditugaskan untuk bercerita kepada adik-adik semua. Mujurlah aku dulu waktu sekolah rendah selalu masuk pertandingan bercerita and sikit pengalaman waktu jadi cikgu tadika, tak adalah boring sangat aku punya gaya penceritaan. Bolehlah setakat buat bunyi binatang sikit-sikit, gaya pengembala kambing sikit dan ajak adik-adik istimewa ni bercerita sekali dengan aku. (Tak la malu sangat, aku sorang kat depan semua orang)


                                      Aku       : Adik... Akak baca adik cerita yea....
                                     Adik Ain: Baiklah Akak



Semua yang sudi luangkan masa...

NEXT 

Ada lagi aktiviti lain yang aku join, tapi tak ada gambar plak. Bila tak ada gambar ni macam tak best lak nak bercerita kan. Jadinya itu sajalah kot aktiviti yang aku boleh kongsikan.

Nota kuku kaki :Program ni macam panadol, kalau ada masalah boleh lupakan sebentar dengan sibukkan diri join program (lupakan bukan selesaikan masalah). Tapi kalau join terlalu banyak sampai terabai segala perkara, boleh bagi kesan buruk. Macam tu la panadol, pening kepala hilangkan dengan makan panadol (hilangkan bukan sembuhkan), tapi kalau ambil secara berlebihan boleh memudaratkan. Faham tak ayat berbelit aku ni? Kalau tak faham abaikan saja..