Saturday, September 28, 2019

Jangan Memilih Kerja, Jangan Putus Asa!

Assalamualaikum,


Apa yang aku nak tulis hari ini agak sedikit sensitive sebenarnya, tajuk pun dah tau aku tujukan khas buat adik-adik tersayang yang baru selesai tanggal/lambung jubah konvo.

Mungkin aku kurang layak untuk buat teguran ni, but sebenarnya bukan nak tegur sangat pun tapi lebih pada kongsi pengalaman dan pendapat. So, jangan nak sensitive sangat but be positive.

Lepas habis belajar mesti semua orang nak kerja, cari duit bayar ptptn (Majoriti) mahupun nak balas jasa mak dan ayah. Tapi masing-masing ada rezeki masing-masing, ada yang sebelum konvo kerja dah tunggu, ada yang lepas 2 bulan dah dapat kerja dan ada yang 2 tahun baru dapat kerja. 

Bila ada yang nasihat "jangan memilih kerja", mesti ramai nak melenting. Dah usaha cari kerja sana sini, interview dari Utara hingga ke Selatan, resume berpuluh syarikat dah hantar, beratus kali dah apply kerja kat Job Street. It's ok dik, you did a very good job.

Apa yang akak nak tegaskan kat sini adalah kenapa kita mesti ikut jalan yang sama macam orang lain, apply kerja yang orang lain juga buru, interview company besar yang sememangnya ramai orang tuju. Why not ubah haluan permikiran, fikir balik nasihat "jangan memilih kerja", cari maksud tersirat.

Typical pemikiran sekarang, cari kerja yang sama bidang yang belajar, Yes Betul Tak Salah. Cari jawatan yang layak dengan tahap pengajian, Yes Betul Tak Ada Salahnya. Cuma apa hasil dari ikut jalan yang sama dengan orang lain? Yang dapat kerja Alhamdulillah, Yang belum dapat teruskan berusaha dan cuba ubah haluan permikiran yang lebih kreatif.

Kadang tu pedulikan apa orang nak kata, yang baik ambil sebagai kekuatan yang kurang baik jadikan bata buat laluan ke masa depan. Hidup kena ada pendirian, kena tahu apa yang kita mahukan dan jangan sesekali lupa berdoa pada Allah s.w.t minta diberikan kekuatan harungi setiap dugaan dan cabaran.


Satu kebanggaan dan juga satu tanggungjawab.



Yang baik itu selalunya datang lambat, terus berusaha dan bersabar. Jangan putus asa.





No comments:

Post a Comment