Sunday, March 10, 2013

Buku Lagi....






 Buku...buku...buku....
Bila dengar orang sebut tentang buku dah buat aku teruja...
Inikan pula bila my lovely roomate bagi tahu ada pesta buku at foyer library, agak-agak boleh ka aku duduk diam tanpa mempedulikan pesta BUKU besar-besaran yang sedang berlansung? Sememangnya tidak la kan..

Berbekalkan Baucer Buku yang masih berbaki beberapa ringgit aku melangkah laju di temani Aein yang sentiasa di sisi. Dari 1 booth ke booth yang lain aku jelajah, macam2 buku ada. Memang best yang tersangat-sangat.

Bertambah best bila aku jumpa buku yang selama ini memang aku cari iaitu.......
---
--
-
jENG..jENG
ini la buku yang aku tercari-cari tu...


Teruja tak terkata waktu tengok buku ni, oleh sebab harganya murah cuma RM14 ditambah pula dapat less 10% di tolak dengan baucer buku aku RM50, sama dengan ada baki lagi RM36. Boleh beli buku lain lagi... Wa...best2...

Inilah buku yang berjaya menambat hatiku hari ini...

1. Laws of Universal Attraction- Zuhairi Nopiah/ Amin Idris
2. Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf- Ainon Mohd.
3. Chicken Soup For The Soul- Jack Canfield/Mark Victor Hansen/ Amy Newmark

Menang membeli tapi kalah membaca, tapi tak apa semua buku2 ni boleh di simpan and dibaca waktu cuti sem nanti kalau tk sempat baca sekarang. (Perlu dahulukan buku akademik....) Pentingkan apa yang lebih penting dari perkara yang penting.

Seronok ja tengok... tersusun cantik di rak bukuku...

Esok nak pergi lagilah Pesta Buku Utara 2013, dah ketagih dah ni...
Nak beli buku apa lagi yea lepas ni? ada sesiapa nak cadangkan buku yang best lagi menarik? Boleh tinggalkan komen anda.
 
"Believe with all of you heart that you will do that you were made to do"
SMILE ...











1 comment: