Friday, August 12, 2011

Kelip-kelip dan Lilin


Kelip-kelip dan lilin kedua-duanya bercahaya namun berbeza dari segi penggunaan cahayanya. Kelip-kelip cuma mancarkan cahaya untuk dirinya sahaja dan terbang bebas dengan bangga menunjukkan kemegahan,kecantikkan dan keunikkannya. Sifat kelip-kelip ini amat sesuai dengan orang yang pentingkan diri sendiri dan kedekut. Sebagai contoh seorang pelajar yang bijak tetapi tak mahu kongsi ilmu dengan rakan-rakannya kerana bimbang kawannya kan menjadi lebih bijak daripadanya. Hal ini samalah seperti kelip-kelip yang takut untuk berkongsi cahaya yang di anugerahkan padanya kerana bimbang akan ada yang lebih cantik daripadanya. Berlainan pula dengan lilin yang rela membakar dirinya untuk menerangi orang lain yang sifatnya ini boleh disamakan dengan insan bernama guru yang banyak bekorban demi melihat kejayaan anak didiknya. Walaupun akhirnya lilin akan habis namun jasanya amat dikenang, di ilhamkan dalam lagu, sajak, pantun dan sebagainya, bagaimana pula dengan kelip-kelip? kelip-kelip yang pada mulanya terbang megah menunjukkan kesombongan diri akhirnya akan di tangkap lalu di kurungkan di dalam balang dan akhirnya mati dan di lupakan, hal ini samalah dengan pelajar yang bijak tetapi sombong yang akhirnya akan kecundang dalam pelajaran kerana sikapnya yang mengikut sikap kelip-kelip.Dan pada ketika itu sudah telambat untuk di kesali kecuali hanya dengan berubah dan menginsafi kenaifan diri.

No comments:

Post a Comment