Thursday, February 24, 2011

Hati Ini......

Bagaimana bisaku melupakanmu......
Pemilik wajah yang meruntun kalbu.....
Sekali ttersenyum berzamanku rindu.....
Dalam lena juga termimpikanmu......

Namun tak mampuku luahkan padamu......
Kerana cintaku milik yang Maha Satu....
Perasan ini ku sembunyi di kalbu.....
Ku kunci kemas tiada yang tahu.....

             MUNGKIN AKU TAK TERCIPTA UNTUK DIA......
             TETAPI UNTUK SESEORANG YANG ALLAH CIPTAKAN UNTUKKU.....

Saturday, February 05, 2011

Masa semakin suntuk.........

Balik Asrama..........Bermulalah
*Peraturan ketat
*Jadual padat
*Kepala otak berat
*Bikin penat
*Letih sangat
*sampai tak larat

ADUH LAMBAT LAGI NAK TAMAT.........

Plkn Bukit Besar,Kulim Kedah

Kenangan terindah aku dekat PLKN BUKIT BESAR.

Waktu aku dapat tau aku terpilih sebagai pelatih PLKN, rasa tak seronok sangat sebab dekat sekolah aku, budak perempuan aku sorang ja yg dapat....lebih-lebih lagi bla tau aku dapat PLKN dekat Kulim.Nyaris juga aku tak p PLKN sebab aku bagi alasan kat mak aku kta aku nk masuk giatmara.Tapi hampeh mak aku tk terima alasan aku.Namun aku tak putus asa, aku kasi alasan kedua kt mak aku iaitu nk smbung STAM dekat Maktab Mahmud Pokok Sena.Hampeh juga mak aku tetap ngan keputusannya.Akhirnya,oleh kerana tiada sebab dah aku nak bagi  dekat mak, aku pun setuju saja la.
Semasa hari pendaftaran, mak, abang aku n kakak aku yang hantar p Dewan Wawasan.Nak di jadikan cerita waktu sampai dekat Sekolah Tamil sebelah Dewan Wawasan Kereta  pulak tayar pancit. Terpaksalah aku,mak n kakak aku usung beg yang sarat ngan kelengkapan 3bulan di PLKN. Malu la juga, sementara nak sampai dekat tempat pendaftaran, lepas daftar aku terus cari bas n masukkan beg dalam bas. Rasa sedih,gementar n takut semua bercampur. Fuh, rasa macam nak lari pun ada waktu tu, tapi sabar ja la.
Pesan mak waktu aku nak p "anggaplah 3 bulan tu macam 3 hari". Aku terfikir " kan seronok kalau PLKN 3 hari ja....".Jahat aku ni. Dengan kekuatan yang masih ada aku langkah naik juga bas PLKN tu. Waktu atas bas aku dapat  sorang kawan nama dia mimi, dia belajar dekat Sekolah Teknik.Perjalanan ke Kem PLKN Bukit Besar makan masa lebik kurang 2 jam 30 minit. Sewaktu dalam bas macam-macam aku fikir (kebanyakannya perkara negatif). Rombongan bas yang aku naik di sambut oleh seorang guru perempuan, selepas ambil barang-barang seperti cawan,pinggan macam banduan penjara,selimut n kelambu, kami semua di suruh usung beg masing-masing ke tempat spot chek beg. Mak oiiiiii........tingginya bukit,macam nk tercabut tangan aku usung beg, memang tinggi bukit yang aku kena panjat tu,(patut la kem ni nama kem plkn bukit besar).Habis chek beg n serah barang terlarang seperti handfon,peralatan tajam n sewaktu dengannya, kami di bawa ke dorm masing- masing(aku dapat dorm PP4 N Company Bravo).Mulalah hidup aku sebagai seorang pelatih Plkn.Sepanjang aku di PLKN, baru aku tahu semua firasat aku tentang Plkn salah. Aku ingatkan masuk PLKN kena uat latihan macam askar, tapi aku silap, memang aku enjoy waktu PLKN.
Dekat PLKN aku dapat ramai kawan termasuklah daripada kaum lain, antaranya ialah Khave (budak india yang cute n baik hati), khuan (budak cina yang suka usik orang), Tan ( Budak cina yang jelita) n Siek yee (Budak Cina yang comel).Yang istimewanya dalam dorm aku ada sorang budak OA (orang asli) dari kaum semelai nama dia L (Haslinda Binti Osman).Jadual aku dekat PLKN bermula pada pukul 5 pagi, selepas solat subuh secara berjemaah di surau, kami akan berkejar ke Padang Kawad pada pukul 6.45pagi untuk PT pagi, selepas itu barulah kami akan bersarapan dan bersiap-siap untuk ke kelas CB pada pukul 9 pagi.
Dalam banyak-banyak aktiviti di PLKN, aku paling suka sekali kelas CB, kerana aku dapat pelbagai ilmu yang berguna seperti cara menjadi pendengar yang baik, cara untuk berani mengutarakan pendapat masing-masing dan banyak lagi.Selepas tamat kelas CB, kami akan makan tengah hari dan bersiap sedia untuk aktiviti lasak seperti kayak,flying fox, tempuh halangan, cara membaca peta dan cara menggunakan kompas.Habis aktiviti lasak kami di beri waktu rehat. Pada sebelah petang pula di isi dengan riadah yang menyeronokkan seperti poco-poco, chicken dance dan tarian 1 Malaysia.Selepas penat beriadah, kami akan makan malam dan bersiap untuk solat magrib berjemaah di surau. Selepas solat magrib, akan diadakan Kuliah yang di sampaikan oleh Ustaz Syakirin sehinggalah masuk waktu insya'.Pada pukul 10 malam pula akan diadakan rocall untuk memastikan bilangan pelatihh mencukupi. Selain jadual harian, ada juga aktiviti-aktiviti lain yang diadakan seperti teater,koir,perlawanan sukan, merentas desa, kelas kenegaraan, peperiksaan fardu ain, pertandingan kawad dan banyak lagi.
DAN BARU KINI AKU SEDARI KENAPA PLKN DIADAKAN SELAMA 3 BULAN TIDAK 3 HARI........... : )
    Bagi aku adalah satu kerugian kalau sesiapa yang mendapat tawaran PLKN, memilih untuk menolak atau menangguhkannya.

PLKN.........
SATU HASRAT,SATU SEMANGAT,SATU TEKAD

Thursday, February 03, 2011

Kertas Peperiksaan

Hebatkan kertas peperiksaan....
Ramai pelajar yang belajar untuk lulus peperiksaan...
Ramai pelajar yang baca buku untuk lulus peperiksaan...
Ramai pelajar berjaga hingga larut malam untuk study supaya lulus dalam peperiksaan...
TAPI.....
Bila dah habis peperiksaan.....
Otak kosong....
Mana Ilmu yang di pelajari....
Mana ilmu yang di baca...
Mana ilmu yang di kaji sewaktu study....

                         TANYALAH DIRIMU WAHAI SAUDARA DAN SAUDARI

Cinta....senang untuk di lafazkan tapi susah untuk di buktikan

Cinta......
kepada ALLAH....
Cinta ...
kepada Rasul...
Cinta.....
kepada ibu bapa....
Cinta....
kepada umat....
Cinta...
kepada kecemerlangan......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...