Pinjam jap tajuk sinetron Indonesia. Kelmarin lepas kerja
aku terus pergi Taska Ummiku nak melawat anak-anakku yang bukan anakku. He3.
Xcelly, aku tak pernah cerita tentang kisah aku kerja at Taska di blog ni
sebab biasa la sibuk jaga anak waktu tu di tambah pula dengan internet tak ada.
Aku start kerja at Taska Ummiku bulan 1 tahun lepas iaitu 2
minggu selepas exam STPM. Mula-mula bajet nak duduk rumah ja jadi suri rumah
sepenuh masa tapi kerja tu memang tak ngam dengan aku. So, mulalah aku call
sana sini mencari kerja. And kebetulan mak kawan aku ni tengah cari pekerja
untuk kerja at Taska kepunyaannya. Kiranya akulah yang memenuhi kekosongan itu.
Nak cerita tentang pengalaman menjaga anak-anak kecil memang
aku terkecuali la. Sifar mengenai penjagaan budak-budak ni terutamanya yang
masih bayi. Jangan katakan dukung nak bancuh susu pun tak pernah. Ye la, adik
aku dua2 dah besar, anak saudara tak ada lagi. Walaubagaimanapun, aku tetap
terima kerja sebagai Cikgu Taska.
Mula-mula kerja memang kekok sikit , tapi lama-lama ok la.
Anak-anak at taska umur dari lepas pantang (3bulan) hingga 4 tahun. Baby ada
bilik khas and pekerja khas yang jaga. Aku jaga budak 2 -4 tahun. Memang
mencabar kesabaran jaga budak-budak ni sebab apa yang kita cakap diaorang tak
faham and apa yang diaorang cakap kita tak faham,kedegilan dan pergaduhan tak
payah cakap la tiap-tiap hari aku jadi pengadil yang baik lagi cantik untuk
leraikan pergaduhan. Selalunya anak-anak aku ni suka gigit kawan (terutamanya
yang gigi baru tumbuh) kadang-kadang aku pun kena juga, yang suka cakar kawan
pun ada, memang melatih aku untuk bersabar. Nak marah tak boleh, senyum je
lah..
Jom berkenalan jap dengan anak-anakku yang comel2 belaka
Afif Zuhri suka main lego and makan nasi goreng
Arfan & Rayyan rajin tolong buat cucur
Azim Daniel & Rafiq sahabat baik
Izzah yang kiut
Irsyad yang baik hati
Kerja as Cikgu Taska memang mengajar aku banyak perkara
terutamanya perkara yang lebih bersifatkan keibuan. Cewah… Lepas ni kalau ada
anak sendiri memang tak kekok dah ler…
Penyejuk mata
Lepas aku behenti kerja sebab dapat tawaran U, memang rindu
sangat2 dengan anak-anak aku di Taska. Sampai tak boleh nak tidur, serius rindu
yang aku tak tahu nak gambarkan.
Penawar Hati
And kelmarin aku berkesempatan melawat mereka semua. Dah
besar anak-anak aku, yang dulu tak boleh jalan dah boleh berlari, yang cakap
aku tak faham sekarang dah boleh berdebat dengan aku. Lega rasanya dapat jumpa
kelmarin walaupun majority dah ramai yang tak kenal aku, huhuhu sedih2.
Anak-anakku
Hm… besarkan pengorbanan seorang ibu,
mengandung, melahirkan, menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang. Apalah
sangat aku yang hanya jaga mereka untuk separuh hari.
Wah, bestnya jaga budak2..
ReplyDeleteMemang best.... memang penat.... memang terbaik... memang rindu mereka semua sangat2...
Delete