Hari ini genap seminggu aku pegang gelaran kakak fotostat. Insya Allah gelaran ini akan aku pegang sampai habis cuti sem. Huahuahuahua...
Macam mana aku boleh terjebak dengan pekerjaan yang famous ini?
=Sebenarnya, aku ganti adik aku yang tersayang, DAYAH. Cuti sem dia dah habis dan kebetulan dia habis cuti sem aku lak start cuti sem dan kebetulan lagi cikgu yang jaga koperasi ni memang minta adik aku tolong cari penganti dia dan adik aku pun cadangkan aku tuk gantikan dia. Oleh sebab aku seorang kakak yang amat mithali lagi baik hati, setuju je la.And now i'm here.... yay...yay...
Antara sebab lain aku setuju terima tawaran kerja ni :
~Kedai Fotostat terletak di sekolah rendah aku dulu, so dapat la aku bebakti pada sekolahku di samping dapat jumpa cikgu2 yang mengajar aku ABC, 123 hinggalah sekarang dah bergelar Mahasiswi. Siapalah aku tanpa mereka semua.
~Isi masa lapang, aku ini jenis yang tak suka buang masa walaupun hakikatnya masa aku banyak terbuang. So, daripada aku nganga sambil melepas batuk di muka pintu rumah, hokhokhok... lebih baik aku kerja kan2.
~Boleh On9, ini yang best..... kedai fotostat aku kerja ni ada wifi, itu yang aku boleh update blog ini, klau tidak ka jangan harap la, tunggu habis cuti semester ini pula baru aku nak update.
~Pengalaman baru- Sejujurnya aku memang tak tahu lansung nak guna mesin fotostat, yang aku tahu pergi kedai " Akak nak fotostape ". Sekarang aku pula yang dengar budak2 sekolah guna ayat aku. First day aku kerja Cikgu Wan (Cikgu yang jaga kedai fotostat) memang ajar cara2 nak fotostat. Pertama kali aku fotostat, serius kertas lansung tak keluar, mesin lansung tak fungsi, tak tahu la apa yang aku silap tekan, budak dah tunggu lama, memang gelabah juga la waktu tu, cepat2 ambil handset and call DAYAH, ok... fine lupa pagi tu dia ada kelas. Last2, aku tertekan butang apa tah, terus boleh fotostat. Sekarang ni semakin mahir la guna mesin fotostat," ye nak fotostat 2 in 1, A4 depan belakang, atas bawah, kiri kanan...just tell me 0k..." ;)
Selain dipanggil kakak fotostat aku juga turut dipanggil MAK CIK, nampak sangat la kan aku ni tua dari umur sebenar. Kalau setakat sorang yang panggil Ok la kan, nie dari tak terkira dek jari dah ni budak panggil aku MAK CIK. sedih ase...sob...sob..sob.. redho je la, budak-budak...
Seminggu kerja di kedai fotostat ini, Alhamdulillah aku semakin dapat menyesuaikan diri.
P/S: Insya ALLAH, minggu depan aku and My STTJ, Atiqah akan buat G.A untuk blog A&D Kraf, hadiah menarik, syarat senang... jemput join nanti yea...
Timba pengalaman :)
ReplyDeleteBetul tu...
Delete