Sebelum ramai tertanya-tanya ataupun mungkin tak ada sesiapa tanya pun, tapi aku nak bagitahu siap-siap, walaupun aku tulis dan kongsi berkenaan dengan kerjaya tapi aku bukan HR di mana-mana syarikat. Apa yang aku kongsi hanyalah berdasarkan pegalaman aku yang tak seberapa dan nak kongsi juga.
Baiklah, topik hangat sikit harini: Temuduga. Temuduga ni tak kisah lah temuduga kerja ka, temuduga praktikal ka temuduga calon suami/isteri ka ataupun temuduga dengan bakal mertua ka. Semua lebih kurang, kena ada persediaan mental dan fizikal. Tapi apa yang aku nak tekan kan di sini adalah berkenaan dengan soalan diri sendiri.
Bila penemuduga tanya soalan tentang diri kita, janganlah p copy paste sejibik jawapan spot kat google, itu hanya sebagai rujukan. Tolong la olah balik jawapan tu ikut kesesuaian diri kita. Jangan jawab tentang diri orang lain dan berjanji bagai semata-mata nak dapatkan kerja tersebut.
Jangan bagi harapan palsu, waktu temuduga cakap "I'm fast learner" (sedangkan dari kecil sampai besar mak ajar lepas mandi sangkut tuala kat hanger, tapi dah besar pun masih tinggal kat bucu katil lagi).
Waktu temuduga cakap "I can work under pressure" (Masuk kerja, baru baca polisi syarikat dah pressure, belum start kerja lagi).
Waktu temuduga cakap " I'm willing to learn" (Masuk kerja, suruh photostat "Ni tak ada dalam job scope").
Semak balik diri kita, apa kebolehan yang kita ada, boleh juga minta pendapat kawan-kawan atau ahli keluarga sebab kadang kita tak nampak apa kelebihan dan kekurangan diri kita sendiri. Jangan cakap atau berjanji yang kita tak pasti sama ada dapat tunaikan ataupun tak. Tolonglah jujur, sebab kalau kita dapat kerja daripada temuduga yang kita berbohong, macam mana dengan rezeki yang kita dapat nanti.
Sekiranya kita memberi harapan yang tinggi ketika temuduga, majikan pasti meletakkan expectation yang tinggi apabila kita diterima bekerja, dan andai kita tak mampu buktikan diri kita seperti yang dijanjikan, pasti kerja kita juga akan terjejas.
Waktu di Universiti adalah waktu yang sesuai untuk kita polish dan buat persediaan untuk kerjaya. Siapkan diri mental dan fizikal. Jangan hanya fokus akademik semata-mata tapi dedahkan juga diri dengan program-program universiti yang banyak mengajar kita untuk lebih kreatif dan critical thinking. Apabila kita aktif dan terdedah dengan banyak aktiviti dia Universiti, ianya dapat meningkatkan emotional intelligence (EQ) dimana ianya sangat penting dan perlu ada dalam diri setiap orang.
Berubah dari sekarang sekiranya tak mahu beri harapan palsu ketika temuduga. Jangan malu mengaku kelemahan diri, tapi malu lah bila tak jujur dengan diri sendiri.
Sekian.