Wednesday, July 09, 2014

Semester 4, Apa ceritanya?

Assalamualaikum....


Perasan tak setiap hujung semester aku akan update pasal aktiviti aku sepanjang semester? tak perasan pun? tak pa2.. Aku perasan. So, di waktu lapang lagi terluang ni aku nak remind balik apa yang aku buat sepanjang semester 4. Mungkin tak semua aku ingat, tapi bila buka balik folder gambar, yey memang semua memori datang balik.

Semester 4 aku lebih fokus pada aktiviti Enactus, pergi outing (melawat OKU), meeting and hasilkan product baru. Walaubagaimanapun, aktiviti-aktiviti lain pun aku tetap join, ya lah selain tambah ilmu and pengalaman, kena kumpul sira juga agar tak kena tukar ke kolej kediaman lain. 

Antara aktivitinya ialah.... jeng...jeng.... (apa yang suspen sangat pun aku tak tau la)

Kegiatan luar kampus (klk pengucapan awam)

Semester 4 merupakan semester last yang aku ada ko-k. Start semester depan, hari sabtu aku free dari pagi sampai malam. Tak sabar sebenarnya nak rasa cuti seminggu 2 hari sebab selalu hari sabtu memang dah peruntukkan untuk ko-k, lagi2 semester ni ko-k aku start petang memang sangat-sangat mengganggu jadual hari sabtu. Apa pun dah tak payah fikir dah semua tu semester depan.

Setiap semester kami memang diwajibkan buat kegiatan luar kampus. Untuk semester ni aku bersama 14 orang member yang lain decided nak buat di Sekolah Rendah Sultan Ahmad Tajuddin, sebenarnya jurulatih kami yang bagi cadangan sebab dia cikgu sekolah tu, jadi senanglah nak berurusan. Setelah berkali-kali tangguh, bermacam-macam dugaan dan berbagai-bagi ragam akhirnya menjadi juga klk untuk yang terakhir kalinya ini. Untuk mudah faham aku biarkan gambar yang main peranan untuk bercerita.

Kosongnya bas boleh main aci ligan.

Adik-adik comel yang sangat bersemangat

Barisan kakak cantik yang semangat marketkan diri masing-masing.

Mulakan dengan bengkel tentang perucap unggul.

Aku biro makanan, so just make sure makanan ada untuk dimakan. Cepat atau lambat. :)

Sebelah petang aktiviti luar.
(bahagi 2 kumpulan: berlatih and lawan)
Pertandingan Bicara Berirama

Macam mana pun kita mesti menang!!!
(semangat tak kakak, sebenarnya kakak pun first time nak belajar and ajar bicara berirama adik oii..)

Nasib baik kakak pernah masuk koir waktu tadika. 
(ada juga pengalaman walaupun tak berapa nak ada kena mengena)

Tak sempat hafal lirik.
Tak apalah, janji buat yang terbaik.

Kumpulan lagi satu.
(Bukan nak menyerah kalah, tapi memang mereka pemenangnya)

Semua yang terlibat.

Bersama jurulatih kami yang kacak lagi baik hati.



Ok, sedih nak ucap good bye, apa pun kalau umur panjang Insya Allah kita jumpa lagi yea.
Belajar rajin2... :D

NEXT

Love and care my dear little siblings 

Ini program yang last minute aku join, sebab waktu tu majoriti semua student sibuk siapkan assigment. Aku pun ada banyak assigment juga, tapi jenis aku ini kalau aku stress otak akan tepu seterusnya apa pun aku buat tak kan menjadi. (pernah juga rasa macam tu?) aku selalu. Jadinya, untuk hilangkan stress aku kena bagi ruang pada otak and badan aku rehat, tapi bukan bermakna rehat tu tidur sebab kalau tidur bukan hilang stress tapi add penyakit pening kepala pula. Dengan join program lah aku rehatkan otak sambil bantu insan yang memerlukan.

Terima kasih pada my cute friend Aishah kecik sebab susah payah sms ajak join sehari sebelum program. Kalau dia tak ajak mesti aku dah kemerengan dalam bilik mengadap assigment. Program yang aku join bersama kanak-kanak OKU at Changlun. 

Sampai ja at Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Taman Tradisi Changlun kami semua disambut dengan wajah ceria adik-adik Oku. First aktiviti ialah senaman pagi. Next aktiviti indoor, aku ditugaskan untuk bercerita kepada adik-adik semua. Mujurlah aku dulu waktu sekolah rendah selalu masuk pertandingan bercerita and sikit pengalaman waktu jadi cikgu tadika, tak adalah boring sangat aku punya gaya penceritaan. Bolehlah setakat buat bunyi binatang sikit-sikit, gaya pengembala kambing sikit dan ajak adik-adik istimewa ni bercerita sekali dengan aku. (Tak la malu sangat, aku sorang kat depan semua orang)


                                      Aku       : Adik... Akak baca adik cerita yea....
                                     Adik Ain: Baiklah Akak



Semua yang sudi luangkan masa...

NEXT 

Ada lagi aktiviti lain yang aku join, tapi tak ada gambar plak. Bila tak ada gambar ni macam tak best lak nak bercerita kan. Jadinya itu sajalah kot aktiviti yang aku boleh kongsikan.

Nota kuku kaki :Program ni macam panadol, kalau ada masalah boleh lupakan sebentar dengan sibukkan diri join program (lupakan bukan selesaikan masalah). Tapi kalau join terlalu banyak sampai terabai segala perkara, boleh bagi kesan buruk. Macam tu la panadol, pening kepala hilangkan dengan makan panadol (hilangkan bukan sembuhkan), tapi kalau ambil secara berlebihan boleh memudaratkan. Faham tak ayat berbelit aku ni? Kalau tak faham abaikan saja..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...