Thursday, May 30, 2013

ALL tHe bEsT!!!..... 8)



Minggu depan 2/6/2013 dah start exam, serius takut sangat-sangat tapi lansung tak start study apa lagi setakat ni, mood study aku seru tak datang2, So malas nak tunggu. Atas kesedaran diri sendiri and lepas kena brain wash with my mak, lepas post entry ini aku akan start study dengan penuh tekun, bersungguh-sungguh, bersemangat dan semoga bukan hangat-hangat tahi ayam.

 Jadual Exam (Aku lukiskan untuk aein)

So... untuk beberapa minggu ini, blog aku akan sunyi sepi dari entry2 aku ( Bajet macam setiap hari post entry baru). Kepada blogger yang tak jemu2 singgah my blog and ajak join GA terima kasih sebab sudi jenguk blog saya and minta maaf 1000x sebab tak sempat nak join. Insya Allah, nanti cuti sem saya join yea ;).

Selalu Begini

Gambar di atas adalah lakonan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang sudah menyahut seruan Ilahi mahupun yang masih hidup. :D


 P/S: Doakan saya dan kawan2 yang lain dapat result yang terbaik untuk sem ini, Insya Allah.. 4 flat.. Amin...



GAGAL itu perkara Biasa, Tetapi BANGKIT dari KEGAGALAN itu menjadikan Kita LUAR BIASA.  

With Aein, Shima, Diera and Wani. Malaysia Boleh! Kita pun Boleh...

All the Best!!! 
DIANA cAIyOk! cAiYoK! CaiYoK!
















Wednesday, May 22, 2013

Dugaan+Cabaran= Hikmah



Hidup ni setiap hari pasti ada dugaan and cabaran yang kita tempuh, dan semua itu mematangkan kita. Dan janganlah kita mengeluh mahupun menyesal dengan setiap dugaan yang kita hadapi, kerana ada hikmah disebaliknya.... :)... Tak percaya??? ini buktinya...

22/5/2013 bersamaan hari Rabu..
Pagi2 lagi aku dah diuji apabila pensyarah Ecom awalkan test Role Play, kumpulan aku serius tak sempat praktis lagi sebab masing2 sibuk dan ingatkan Role Play tu minggu depan, so cuti wesak nanti sempat la praktis. Kumpulan aku kumpulan kedua yang kena buat Role play, sekali lagi ujian tengah kumplan aku asyik buat perbincangan last minute, pensyarah ecom panggil kumpulan aku buat Role play dulu sebab kumpulan 1 ahli tak cukup. Ok... fine... kumpulan aku yang terdiri daripada 5 orang ahli terus bergerak ke depan kelas prepair tempat and ACTION!!!. Bayangkan tanpa latihan, tanpa skrip semua belasah ja, dialog pun semua spontan. Dalam hati ni sebenarnya syukur sangat2 sebab walaupun buat spontan tapi sekurang-kurangnya lepas sudah satu beban. Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Role Play kumpulan aku kena reject sebab tak cukup masa yang ditetapkan iaitu 15 minit, role play kumpulan aku hanya 12 minit kurang 3 minit. Pensyarah suruh kumpulan aku keluar kelas and belatih dekat luar. Ok... fine... Beberapa minit kemudian kumpulan 3 pula kena reject dan selepas beberapa minit kemudian kumpulan seterusnya pun kena reject juga. Dugaan2.. Hikmahnya: Role play kena buat semula selepas cuti wesak, so aku and my group ada la masa untuk berlatih. Alhamdulillah...

Selepas habis kuliah, aku, Aein, Dira, Shima and Murni gerak ke Jitra sebab aku nak kena pergi butik pengantin yang sponsr hiasan dewan waktu Darbian's Night iv untuk ambil resit bayaran. Bergeraklah kami berlima ke Jitra menaiki kereta sewa. Dugaan pertama: belum sampai Pekan Changlun kereta sewa kehabisan minyak. Sebelum ini selalunya, sempat ja sampai pekan Changlun namun apakan daya benda dah nak jadi. Mujurlah, kereta berhenti dekat dengan kebun sorang Pak cik ni. Minta jasa baik dia tolong belikan petrol, nasib baik dia sudi tolong. Settle segala urusan at Jitra, terus bergerak balik Uum, sekali lagi Allah s.w.t. mahu menguji kami semua apabila buat kali kedua minyak HABIS!!! Tersemput-semput kereta  gerak ke tepi jalan.

Sila tolak balik UUM yea... Terima Kasih... ;p
Nasib kami agak baik sebab 100 meter dari tempat kami berhenti tu ada stesen minyak. Mula-mula tu bajet nak jalan kaki dengan Shima pergi beli minyak, tapi last2 minit tiba2 ada sorang abang ni naik moto dengan anak dia... Hahahaha... apa lagi, minta tolong dia je la, selamat LEMAK aku.Hihihi...

Hikmah 2 kali kereta habis minyak: Jeng...jeng...jeng...

 Rojak...... ;)

Waktu kereta habis minyak dekat kebun. Pak cik tu bagi buah nanas 4 biji (lagi 2 biji Dira dah culik bawa balik Terengganu)...Rezeki2...

Pengajaran: Kalau Sewa kereta tu jangan kedekut sangat nak isi minyak!!! ok...peace yoo..

22/5/2013 SELASA juga last kelas tutorial Marketing Managment aku ..

My Group with Dr. Mahanat From Yaman..

Set!@p 0r@ng ad@ m@saLah... 0r@ng y@ng t@k n0rm@L ja t@k ad@ ma$al@h...

 






















Monday, May 20, 2013

Diana Amir Lagi....




Semalam jumpa Diana Amir lagi. Program kali ini anjuran DPP EON lak (depan DPP aku je), ramai juga artis undangan yang di undang seperti Fitri Haris, Imam Muda Najdi, and In-team. Asalnya aku dah tak jadi pergi Islamic Music Fest 2013 ni sebab ada mesyuarat program bengkel keusahawanan. Namun, alhamdulillah.... mujur mesyuarat habis awal, waktu aku sampai di Dpp Eon konsert baru ja start dengan persembahan dari kumpulan nasyid Uniutama (kumpulan nasyid UUM).

Pengacara semalam Fitri Haris, serius best dengan lagak dia yang bersahaja dan seorang yang kelakar rupanya dia ni. Fitri Haris pun turut mempersembahkan beberapa  buah lagu. Tapi lagu yang paling aku suka ialah lagu Sonata Seorang Kekasih- Untukmu Rasulullah s.a.w. (memang terbaik).

                                       

Semalam juga pertama kali aku tengok Imam Muda Najdi, dia selalu juga di jemput untuk program2 at UUM, tapi semalam baru berkesempatan jumpa dia secara live sebab selalu tengok kat poster je. Dia pun kelakar juga, tapi dalam kelakar dia tu ada ilmu yang di sampaikan secara tak lansung. Santai dan bermanfaat. Dia pun menyanyi juga semalam lagu Aku tanpa Cintamu lepas tu berduet lak dengan Fitri Haris lagu Hambamu- Imam Muda.

Selepas Imam Najdi buat persembahan Diana Amir pula naik ke pentas, tapi dia tak la menyanyi tetapi lebih kepada perkongsian tentang penghijrahan beliau, cabaran yang di hadapi selepas penghijrahannya dan macam2 la. Yang paling menarik apabila Diana Amir buka soalan untuk di tanya, ada seorang student ni tanya, lebih kurang macam ni la soalannya : " Bagaimana Kak Diana berhadapan dengan peminat apabila filem dan drama lakonan Kak Diana sebelum penghijrahan masih di tayangkan?". Jawapan Diana Amir: Untuk pengetahuan semua, setiap kali kita tengok filem atau drama lakonan saya dulu2, ranting akan meningkat dan drama akan terus di ulang mengikut ranting, so janganlah tengok cerita lakonan saya sebelum penghijrahan saya. (lebih kurang macam tu lah ayatnya, mungkin aku ada tokok tambah sikit2 tapi maknanya lebih kurang ja). Oleh itu, kita janganlah asyik nak menonton cerita lakonan artis2 yang dah berhijrah ke arah kebaikan sebab mereka semua dah tandatangan kontrak dan dari segi undang2 mereka tak dapat buat apa2, mereka hanya mampu bersuara tapi suara individu itu terlalu lemah untuk melawan industri seni Malaysia 
(bukan lawan tu bermaksud untuk menjatuhkan industri seni ye), So.. apalah salahnya kita menyokong mereka dengan tak menonton cerita2 mereka semua sebelum penghijrahan dulu. Cewah macam berkempen lak..Hi3..

Balik pada konsert. Selepas pekongsian Diana Amir seterusnya ialah persembahan dari kumpulan nasyid In-team. Ini kali kedua aku tengok konsert kumpulan In-team secara live, kali pertama waktu hari kokurikulum kat sekolah dulu. Persembahan Kumpulan In-Team pun the best, mereka turut mempersembahkan lagu baru mereka iaitu Jatuh Bangun. Lepas tu, sebagai penutup semua artis naik ke atas pentas untuk sama-sama berkhasidah Ya hana na.
                                          
Ya hana na by In- Team

Fitri Haris: "Gagal itu perkara biasa, tetapi bangun dari kegagalan itu menjadikan kita manusia luar biasa".

















'Simple Giveaway by Lollyshoppe'



Nak Join? Klik sini 


HADIAH UTAMA | 1 PEMENANG
Pemilihan pemenang berdasarkan Top Referral
Korang kena rajin promote GA ni baru boleh menang :)

1 x Handmade Keychain by Lollyshoppe
1 x Review Blog by Huda
1 x Ruang Iklan Percuma Sebulan by Huda
-----------------------------------------------------
HADIAH 1, 2 & 3 | 3 PEMENANG
Pemilihan pemenang berdasarkan Random.org

1 x Voucher Shopping RM2 by Lollyshoppe
1 x Review Blog by Huda

-----------------------------------------------------
HADIAH SAGUHATI | SEMUA PESERTA
Kalau korang nak dapat hadiah saguhati sila la join :)

1 x Voucher Shopping RM2 by Lollyshoppe

Friday, May 17, 2013

"Oh My Giveaway"





Jom join...
syaratnya simple je...




Nak join juga?
Klik sini

Syarat untuk join:

1- Seorang blogger
2- Seorang yang JUJUR
3- Buat entry bertajuk "Oh My Giveaway"
4- Backlink banner kat atas ni ke entry ini
5- Kasi link entry awak kat comment entry ini SAHAJA

"Duo Big Giveaway!


"Duo Big Giveaway!
Due Date 8 Jun 2012
Click Banner!

Big Thanks To :
Nabila Medan, Shafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique, Fizgraphic, Faizah Wahab, Norbai'ah, Addin Aisyah, Mahirah, Dyba, Salamah Qalish

Tuesday, May 14, 2013

Aku Yang Bertuah....




Alhamdulillah....masih diberi nikmat iman dan ihsan untuk terus menghirup udara segar di bumi barakah ini .... diriku masih sibuk dengan pelbagai program under Uum walaupun final exam semakin mendekatkan diri denganku..
Kesian la blog aku ni di biar penuh habuk and debu2 suci he3...

Hari ini seperti hari2 lain jadualku full dari pagi hingga ke malam (Wah2 bajet macam MPP). Pagi dengan program Bengkel Keusahawanan yang saat-saat akhir aku terpilih untuk jadi Biro Cenderahati, mujur tak terlalu banyak perkara yang perlu di bereskan.

Pendaftaran...


Biro Protokol & Biro Cenderahati

Barisan Ajk yang sporting and happy alwaysssssssss......

Memang best Bengkel Keusahawanan ni macam-macam ilmu perniagaan yang aku dapat contonhnya cara nak buat Rancangan Perniaagaan, cara nak buat loan bank untuk mulakan perniagaan dan yang paling best Slot bersama pengusaha Sempoii Oblong Burger yang sememangnya famous di Malaysia ni, pelbagai tip berguna di kongsikan yang dapat membantu para pelajar untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan.

 Sempat bergambar with owner Sempoii Oblong Burger (FB), penceramah jemputan and penasihat kelab keusahawanan UUM

  Sebaik sahaja selesai uruskan program Bengkel Keusahawanan terus bergegas siap-siap untuk ke kelas EEP (baju pun tak sempat tukar). At kelas EEP pula asyik betul aku berborak dengan my lecture (DR.AHMED RAGEH FROM EGYPT). Cerita pasal makanan la, travel la (siap buka google map lagi nak tengok tempat2 yang Dr.Ahmed pernah travel). Sampai waktu Asar kami borak, and oleh sebab asyik cita pasal makanan tiba-tiba Dr. Ahmed ajak makan dengan dia and yang paling best dia nak belanja (Jimat duit aku untuk hari ini). Lepas solat asar, kami terus gerak ke Kafe Dpp EON sebab aku cakap dekat Dr.Ahmed nasi lemak dekat situ sedap, habislah aku kalau tak kena dengan selera dia. Opsss.... aku tidak hanya berdua dengan dia, kalau berdua itu di namakan Dating tetapi kami berempat iaitu Aku, Dr. Ahmed, Aein and Dira. Waktu tengah makan tu sambung balik cerita yag tergendala sebentar tadi, macam-macam aku, aein n dira tanya hinggakan harga tiket flight ke Egypt pun kami tanya. (Ramah yang melampau-lampau kan? tampau sekali... Pap...

Cerita punya cerita punya cerita punya cerita....hai... berapa banyak cerita la... hi3... hinggalah waktu sudah senja, matahari pun dah sembunyikan diri sepenuhnya. Kami semua minta diri untuk pulang sebab malam harinya kami ada 1 lagi program at Dpp TM iaitu program bersama Diana Amir.

 Selesai sucikan diri and tunaikan kewajipan pada yang Esa.. bergeraklah aku, Aein (wajib ada nama ni), Shima and Wani ke Dpp TM. Masing2 semangat nak jumpa Diana Amir tanpa mempedulikan Diana Rashid yang sentiasa bersama ni (tisu sekotak habis lap air mata kepoyoan).

Waktu program yang tepapar pada Banner yang disangkut di board tepi jalan menunjukkan waktu program start pukul 8 mlm. Tapi biasa la kan nak tunggu peserta datang, Vip datang, Diana Amir datang, and Diana Rashid datang agak mengambil masa sikit.

 Sementara menunggu...

Namun, Alhamdulillah... para peserta tak ada la kena tunggu hingga 2,3 jam cuma setengah jam selepas itu majlis pun bermula. Syukur...syukur...

 
Cantik kan Diana Amir... ada macam Diana Rashid?? (anda dibenarkan abaikan ayat ini)

Selesai Diana Amir bicara santai, ada sesi tangkap gambar dengan dia. Tapi aku tak sempat nak tangkap gambar sebab ramai sangat kot di tambah pula mood aku mula start hilang kerana badan sudah keletihan kesan dari rehat yang kurang (Alasan!!!). 5 minit kemudian semua masih penuh atas pentas nak tangkap gambar dengan Diana Amir, aku memenuhi tempat duduk yang kosong. 5 minit selepas itu, pentas masih penuh dan mc majlis dah start warning sebab ada acara lucky draw lagi. Biasa la budak perempuan kan (budak laki pun ada juga yang menyelinap di celah2, nak juga tangkap gambar), cakap sekali tak faham , bila banyak kali cakap tak dengar last2 ajk keselamatan terpaksa leraikan manusia2 yang sudah mengelilingi Diana Amir.

Tiba masanya untuk lucky draw. Number lucky draw aku (085) Diana Amir cabut 5 number bertuah yang akan dapat hadiah (tak kisah sangat tentang hadiah, yang kisah dapat tangkap gambar dengan Diana Amir). Number pertama: 286, number kedua: 077, number ketiga: aku lupa, number keempat: pun aku lupa, number kelima a.k.a terakhir : 085 tengok balik angka di atas. Eh2!!   number aku kan tu?... dengan semangat melangkah dengan separuh keyakinan (sebab keyakinan separuh lagi hilang angkara keletihan) bersama senyuman sepanjang langkah aku menuju ke pentas. Salam and cium tangan Kak Diana Amir and tangkap gambar. Wa... seronok2.... Alhamdullillah... ini pertama kali aku dapat lucky draw di UUM ini. Syukur2 kerana  AKU YANG BERTUAH......

 "085"

Alhamdulillah... Ini hadiahnya...... -bekas pelbagai guna-


::Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ~ ::




















Tuesday, May 07, 2013

"GIVEWAY ERR ! NO COMMENT OLEH MISS IKA"




tepat pukul 12.50tengah hari pada hari 5 May 2013 iaitu pada hari mengundi yang akan berakhir pada
 pukul 5 petang ini , berdiri tegaknya saya disini dibawah kipas bervolume 2 sahaja disebabkan mahu 
jimat elektrik  and sejuk kerana hujan disini, saya sarankan awak mengundi ............ 
ok ! stop ! 
membebel pula !

alhamdulilah , akhirnya tertunai juga niat ika nak buat ga pertama yang bertitle
"GIVEWAY ERR!NO COMMENT OLEH MISS IKA"
http://3.bp.blogspot.com/-_sUWqb8snmg/UYUcHMJ39gI/AAAAAAAAAt0/18aHcmhHz74/s1600/ga+1.gif

SYARAT-SYARAT YANG PERLU AWAK PATUHI :

1.tempek banner yang not double cute tu dalam entry awak and backlin banner itu .

2. buat title entry yang bertajuk "GIVEWAY ERR ! NO COMMENT OLEH MISS IKA"

3.follow blog syaika and sponsor :
 syaika | adik mojat | cik teha | ezzatie | izwani | azney | nichi | norasshida sahat | cik amabee | kisahsya | azmirullah |

4. like fanpage syaika and sponsor :




5.klik iklan dibawah : *wajib sampai habis loading
a | b | c | d | e | f 

6.follow twitter :


7.share gambar :
share !

10.copy link awak and paste di dalam ruang comment saya , dalam entry ini sahaja ! tempat lain tidak dilayan apalagi menyentuhnya .

ok , dah siap buat semua tu ? pastikan awak jujur ya . pastikan awak follow blog and twitter , like fanpage , and share gambar . wajib k . kalau dah buat semua tu , jom terjah hadiah dia pula .

hadiah-hadiahnya ialah :
  • review blog x5
  • bloglist selama 2bulan x5
  • header x7
  • banner blog x4
  • topup rm5x4
  • bracelet x1
  • shawl tribal x2
  • doodle x3
  • potret kecil beserta autograf x2
  • footer x2

jadi , 35 orang pemenang sedang dicari . cepat-cepat rebut peluang ini !!

tarikh mula : 5MAY2013

tarikh tutup : 15MAY2013
 PERLU TERJAH ! *tak wajib pun , cuma sunat je

  • kriteria pemenang yang dicari
  • senarai bakal pemenang *akan diupdate setiap 10 peserta



untuk ga ini , tiada top referral kerana tak adil untuk blogger yang hanya sikit sahaja followernya . and ika akan tengok berdasarkan soalan and entry awak , and kalau terlalu banyak sangat ikut , ika akan gunakan rondom.org .

berita baik untuk sponsor :
sponsor juga boleh ikut join ! 


pesanan untuk awak-awak :
maaf ya kalau banyak sangat yang perlu awak buat . hope ga ini dapat sambutan ramai .


  • untuk peserta yang jujur *harus tengok


  •  My Dialog ERR! NO COMMENT

    Dia: Ajaib sangat ke Cinta Kau Diana???
    Aku: ERR! NO COMMENT........ B|
     


                                                        

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...