Sunday, March 31, 2013

Second Giveaway: Smile ♥




Akhirnya, jumpa juga Giveaway yang syaratnya kena letak gambar. Xcited2..
Gambar dah cari, minta2 sesuai la dengan tema Giveaway iaitu Smile.
Terpaksa godek2 picture sem lepasnye, sbb picture sem ni majoriti gambar senyuman kurang menawan gara2 nak cover besi yang memagari gigiku..hua2..

klik sini


Jeng...jeng...jeng...
Gambar yang menjadi pilihanku...

“Oh no. Don't smile. You'll kill me. I stop breathing when you smile.” 
(Poyo Ja Lebih)

If you smile when no one else is around, you really mean it.

Saya Blogger Awasome (Tutup muka with tapak tangan)
CAK.......SMILE. 


P/S: Korang3 semua yang suka snap gambar sambil tersenyum bahagia, gembira, ceria dan ketawa, Jom2 join Giveaway ni.

Blogger suka senyum yang jadi mangsa: 

Iman  








FIRST GIVEAWAY BY MIZ RIZHANI




Again...Again... Again...(Mcm lirik lagu la plak)
Aku join Giveaway...
Hadiah memang menarik and terbaik...
Nak join juga???
klik sini..
 

Syarat-syarat:
1)Mempunyai blog.
2)Follow blog NI dan like NI untuk mengetahui perkembangan GA.
3)Like dan follow sponsor-sponsor(jujur ye)
4)Buat entry yang menarik dan backlink ke entry ini.
5)Kalau rajin tag la kawan dan letak banner di blog(mana tau ada hadiah)
6)Tinggalkan link andatentang GA di bawah entry ini.(komen).
Nota kaki: 
-Menggunakan pakcik random dan saya sendiri.
-Top referral akan memenangi hadiah yang istimewa(akan diupdate)
-Sponsor pun boleh join.
-Pemilihan pemenang berdasarkan entry dan blog yang menarik.Entry menarik tu ikut korang la nak buat macam mane..lari jauh dari segmen ni pun tak pe..Asalkan menarik(peluang dapat hadiah yang ohsemm lagi tinggi)..Tapi kalau malas,copy jela banner tu...
 Mangsa Keadaan:
Nono 



 

Saturday, March 30, 2013

Kayak Jom...



 Ini cerita minggu lepas punya, sebab tunggu gambar dari handset wani cerita pasai aktiviti kayak ni aku tangguhkan dulu. Hari ini baru ada kesempatan and semangat nak cerita pengalaman aku berkayak.

Ini bukan pertama kali aku berkayak, dulu waktu at PLKN pun selalu ada aktiviti kayak, waktu sekolah dulu pun bila ada kem kepimpinan mesti banyak aktiviti lasak and tak terkecuali juga kayak la. Sebelum aku cerita and melalut dengan lebih panjang, cuci mata dulu dengan gambar di bawah.

Hua2... dari awal aku sampai at Tasik DPP MAS sampai la aku balik bilik aku tak perasan pula ada papan tanda ni, sehingga aku tengok gambar ni.

Al- kisah yang aku boleh join aktiviti kayak ni selepas Wani (My friend la) ajak sebab kawan dia yang handle program ni. Aku ni memang suka aktiviti air ni, tapi was-was juga nak join sebab aku sudah sedia maklum mak aku memang susah sikit nak bagi aku join aktiviti berkaitan dengan air ni, ye la aku kan tak pandai berenang kalau mandi at air terjun pun aku pura-pura pandai berenang ja, elok ja terapung dalam air, sedangkan tangan dalam air mengagau batu.(kantoi sudah)

Hari khamis balik rumah, asyik fikir ja macam mana la nak bagi tahu Mak aku ni, asal nak cakap ja mesti melencong sebut benda lain. Kalau aku join aktiviti kayak tu tanpa izin nanti kalau jadi apa2 kang susah la. Lepas fikir, fikir punya fikir last2 terkeluar juga apa yang aku nak cakap. Cuma ayat yang aku guna bukan nak minta izin tapi lebih kepada beritahu. 

Ayat minta izin:" Mak........... ceq nak p latihan kayak leh ark?" (jenis ayat yang aku selalu guna)
Ayat beritahu: " Mak, hari Sabtu ni ceq ada latihan kayak". (Cara terbaru yag aku guna)
-Ayat yang mana 1 lebih berkesan?- conpem2 la ayat kedua.

Selepas aku guna ayat kedua di atas, mak aku terus cakap " Ha, p la.. bek2... Kak Na (nama manja la) bukannya reti berenang". Aku jawab: " Tak pa, nanti mesti kena pakai jaket keselamatan". Fuhhh.... lega, lepas 1 dugaan. 

Seperti yang di janjikan hari sabtu Aku, Wani and Snow White (Mira) bergerak ke Tasik Dpp Mas. Kami ambil sesi petang sebab sebelah pagi kami ber3 ada KO-K. Oleh sebab ketiga-tiga kami ni pestime nak p Tasik Dpp Mas tu, kami pakai redah ja jalan sampai tersesat masuk blok asrama lelaki. Malu yang teramat sangat kot, nasib baik cepat-cepat cover and terus patah balik.

Selepas ja pendaftaran and bayar yuran penyertaan, kami di beri pendedahan tentang kayak and keselamatan di dalam air secara teori. Kemudian bergerak untuk latihan secara praktikal lak.

Belajar cara yang betul pengang paddle.

Kemaskan jaket keselamatan.( kena pakai betul-betul, keselamatan itu penting)

Selesai latihan asas di darat, seterusnya WATER CONFIDENT, seram sejuk aku waktu tunggu giliran nak lompat masuk dalam air.

Jelas terpancar muka orang ketakutan (Spek mata terpaksa di tanggalkan supaya ianya tidak menjadi milik ikan yang rabun dalam tasik sekiranya ia terjatuh).

Dalam keadaan mataku yang sememangnya rabun la kan, aku memberanikan diri terjun. begelen-gelen air tasik aku telan sebab mula2 timbul at pemukaan air aku tak boleh nak kawal diri. Lepas beberapa minit kemudian...

Mula tersenyum bahagia bagai puteri duyung

Sewaktu sesi water confident, kami didedahkan dengan cara2 untuk meyelamatkan diri, cara untuk bertahan lebih lama dengan life jacket, and cara nak tenangkan kawan yang panik sewaktu dalam air.


Settle water confident, kami semua di arahkan naik ke darat. (Aku and wani orang terakhir naik atas darat, mira yang pandai berenang dah jemu tunggu kami dua at tebing tasik). 

Masa yang di nanti-nantikan tiba juga, excited aku angkat kayak yang entah berapa kilo beratnya, tapi yang pasti sangat berat. Mendarat ja aku dalam kayak, terus aku nak Wani dayung keliling tasik sampai lenguh tangan. ( Ha..mik ko nak kayak sangat kan).

 After 5- 10 minit macam tu la, semua kayak dapat arahan untuk berkumpul di tengah-tegah tasik.

Kami diberi pendedahan bagaimana nak selamatkan diri sekiranya kayak terbalik and cara nak tukar buddy kayak masing2.

Cara tukar Buddy: Rapatkan kayak and orang yang di pilih akan jalan pijak atas kayak untuk bergerak and tukar dengan buddy kayak lain. (Fuhhh....Nasib baik aku bukan antaranya di pilih)

Selesai semua latihan, aku, Wani and Mira terus gerak ambil barang and makanan yang disediakan. Benda pertama yang aku cari sebaik sahaja sampai atas darat ialah: SPEK MATA, susah tul kalau tak pakai. Malu kot bila aku salah panggil orang, aku ingat orang tu Mira sebab warna tudung sama, bila alih muka tengok dekat2.. alamak... salah orang da.

Oleh kerana, waktu dah petang and susah nak dapat bas, kami putuskan untuk balik jalan kaki dengan keadaan yang masing2 basah kuyup dan semua student UUM tahu jarak antara Dpp Mas and Dpp Sime Darby memang tersangatlah jauh.

Waktu malamnya, aku mula kelaparan walaupun petang tu aku dah makan nasi ayam sebungkus. Lokerku selongkar cari makanan, biskut-biskut yang ada aku telan sampai habis. KELAPARAN YANG MELAMPAU.
Best juga ni... ayat macam mana lak la aku nak guna untuk minta izin mak tersayang???? Hu3










Friday, March 29, 2013

Giveaway #2 Iezwa Razk.



Lagi Giveaway yang aku join...
Sejak 2 menjak ini makin sakan lak para blogger-blogger buat Giveaway... Aku pula sakan join... hingga nak tulis entry pun tak sempat... Hu3...
Syarat dan Cara Penyertaan :
1) Mempunyai Blog dan Facebook
2) Ikut syarat yang ditetapkan sponsor
3) Buat entry, Letak banner, Link kan ke entry ni dan tinggalkan link entry anda di kotak komen
Mari kawan2 semua... kita memeriahkan lagi GA IeZwa RazK....
sMilE....

Monday, March 25, 2013

First Giveaway By Anis



FIRST GIVEAWAY ini berlangsung selama sebulan dari 25.03.2013 hingga 24.04.2013 . 

Para sponsor :

Aimi Rahim | Eyna | Fifi | Syahira | Kak Ain | CikGadis | Izzati | Precious Cla | Aien | Ismah |  Anaziah Online Boutique Anaziah Baby & Kidswear  | BK


Hadiah :

Mousepad ( Design sendiri ) Mug ( Design sendiri ) | Jubin hiasan  ( Design sendiri ) | T-Shirt Running man Saiz L | Header | Bookmark + Topup RM5 | Topup RM5 + Bloglist | Topup RM5 + Bloglist | Topup RM3 |    2 Felt Bookmark + 2 Vector | Topup Celcom/Maxis RM5 | Topup RM10 | Novel | Brooch Ribbon | 1 Pakaian wanita dari Anaziah Online Boutiqe | 1 Headband dari Anaziah Baby & Kidswear .


Apalagi , Jom memeriahkan lagi GIVEAWAY ni . Support Blogger :)

Saturday, March 23, 2013

Mini Giveaway Aisyah Humaira'







 Fuh....He..he..he...
Teruja ni nak join Mini Giveaway by Aisyah Humaira'. Sebab apa yea?
 Sebab hadiah menarik, syarat pun tak susah...
Kawan-kawan lain jom la join mengimarahkan lagi Mini Giveaway ini..

Syarat :
  • Blogger Malaysia
  • Follow blog Aisyah Humaira dan para sponsor
  • Like fanpage Aisyah Humaira dan sponsor [bagi yang ada facebook]
  • Buat Entry bertajuk " Mini Giveaway Aisyah Humaira' " dan linkkan ke entry ini


Giveaway berlangsung 23/3/13 sehingga 31/3/13

#1 GIVEAWAY by ARA CRAFT

Klik Sini
 
 
 Giveaway lagi... kali ini by ARA CRAFT...
Jom ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi giveaway ini...Hadiah pun sememangnya menarik.

SENARAI HADIAH: [AKAN DIUPDATE]
  • 2 pcs ID CARD HOLDER .
  • 4 pcs CUTE OWL KEYCHAINS.
  • 6 pcs TULIP FELT FLOWER
  • 4 pcs HEART SHAPED KEYCHAINS.

SPECIAL FOR TOP REFERRAL :
Hadiah Misteri

Friday, March 22, 2013

"MY CAREER PHOTO CONTEST"






HADIAH MENARIK MENANTI ANDA :

10 x TOP UP RM5 (sponsor by EMAS PUTIH, PUTERI INSYIRAH & NORAQILAH)
2 x HEADER BLOG (sponsor by ZIYAD)
2 x NOVEL (sponsor by Fik)
2 x KAIN PELIKAT
1 set sudu
Tuala
Kerongsang

TARIKH PENYERTAAN :
Mula 17 MAC 2013 dan akan Tamat pada 17 APRIL 2013 (pukul 11.59 p.m)
P/S : Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang kreatif dan menarik. 


Wa....wa...wa...
Photo Contest lagi... ni yang best ni...Hadiah pun terbaik....
Tak sabar2... Jap yea nak pilih gambar yang sesuai..... Tit..tit..tit...tit...tit..... Tak ada gambar yang sesuai la... Tak pa2... terus cari lagi....Tik...tok...tik...tok...tik....tok...
Dah jumpa!!!!
Jom tengok gambar yang jadi pilihanku...
----
--
-
Jeng...jeng...jeng..


MY CAREER: "SAYA SEORANG PELAJAR"
Gambar Program "Hearts Link With Orphans" at Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al- Hasyimi, Kuala Nerang.

Program ini melibatkan hampir 40 orang pelajar Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby termasuklah aku sebagai Timbalan Pengarah (Cewah....terserlah kepoyoanku...he3).

Aku memang suka menyibukkan diri dengan program-program universiti terutamanya Bakti Siswa. Memang teruja sangat urus Program ini walaupun ada saja masalah yang timbul namun Alhamdulillah berjaya juga dilaksanakan.

Sayu sangat saat sesi taaruf a.k.a berkenalan dengan adik-adik comel yang menghuni Pusat Jagaan Baitul Mahabbah yang hidup serba kekurangan, kalau kita setiap tahun shopping baju baru at butik2 mewah, mereka hanya mampu pilih baju pemberian orang ramai untuk di pakai, kalau yang tinggal at hostel seminggu or 2 minggu sekali kita dapat balik rumah, mereka hanya dapat balik rumah waktu cuti sekolah sahaja itu pun tidak semua, ada juga yang terus tinggal di Pusat Jagaan. Kalau kita hari-hari dapat pilih lauk yang kita suka, mereka hanya mampu makan apa yang di hidangkan..
 

Tabah sungguh adik-adik ini menjalani hidup mereka walaupun ada di antaranya sudah tiada ibu dan ayah.  (Sob...sob...sob...)

Kak Diana Doakan:
Semoga adik-adik sentiasa di rahmati Allah S.W.T, belajar rajin-rajin... buktikan bahawa adik-adik mampu berjaya seperti kawan-kawan yang lain walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan. Jangan jadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk adik-adik terus berjaya. Insya Allah..

Pengalaman terindah besama adik-adik Pusat Jagaan Baitul Mahabbah...
SMILE...





















Monday, March 18, 2013

Nombor, Number, Digit, Angka



1,2,3 Do Re Mi, apa nak jadi Alif, Ba, Ta.... ABC...

Siapa minat subjek Matematik? Angkat tangan.....
Siapa tak minat? ZzzzzZZZzzz..... geng aku... ha3..


Sejujurnya Mate bukan subjek kegemaran aku,
Sebetulnya Mate pernah menjadi Subjek kegemaran aku waktu darjah 4, (Sekarang tidak lagi)
Sepantasnya aku cuba mengelakkan diri untuk ambil subjek berkaitan pengiraan. ( Waktu STPM ambil Ekonomi yang ada banyak pengiraan.. hi3)
Sekarangnya aku belajar Subjek Asas Statistik yang sememangnya all about pengiraan la kan.
 ( Semakin aku lari semakin dekat pula di hampiri) Hmm.... ada hikmah di sebalik yang terjadi..

Entah apa yang pantangnya aku dengan nombor ni, asal ja kelas Statistik mesti mata aku seperti di ikat dengan bata 10kg, mulut mula menguap seluas mulut singa saat di luar kelas lagi. Penyakit apakah yang aku hidapi ini? Huahuahua....

Bila ada kuiz mula la gelabah, mata terus segar bugar, pantas nota di ambil pura-pura menyelak walaupun apa yang terkandung dalam nota pun aku tak faham. Aein kat sebelah rileks jeer... Oqang terer la katakan. Dapat soalan kuiz terus buat-buat baca dan faham soalan yang aku tak akan faham walaupun 100 kali aku ulang baca. Huhuhu... tersangat la padan muka aku sebab tersengguk-sengguk faham sewaktu Mr. Eriz M yang kacak bergaya mengajar di depan.

Mujur ada penyelamat iaitu pengapit aku kiri dan kanan,  Aein dan Ummi yang tak jemu tunjuk ajar, tak lokek kongsi ilmu dengan Ratu Tidur ini. Kalau orang lain memang dah biar dah aku terkapai-kapai keseorangan mencari jawapan yang aku sendiri tak pasti kerana soalannya pun aku tak mengerti. Itulah sahabat sejati, sehidup semati dalam kelas Statistik di pagi hari.

Hasilnya, aku mula faham sikit-sikit simbol and formula. Lepas ini nak cuba semai balik minat terhadap nombor-nombor seksi yang selama ini asyik menari dan menyanyi sampai aku tertidur. Kepada Aein dan Ummi pula, nak pesan kat korang berdua make sure kejutkan aku sekiranya aku terlelap ( Malu kot kalau Mr. Eriz nampak aku tersengguk-sengguk dalam kelas dia) he3. Special pesanan untuk Aein yang sentiasa di sisi dalam setiap kuliahku hadiri, kejutkan aku sekiranya aku terlelap di lain hari, terutamanya kelas pagi dan tengah hari, kalau hang yang terlelap aku siram dengan air mineral aku. Hahaha... (Mustahil la kan)


 
Yang ini aku suka....
I love You Elementary Statistik.....
SMILE....




Sunday, March 10, 2013

SEGMEN JALAN MAYA DAN TAMBAH FOLLOWER



Follower kita tak banyak macam follower blogger lain...
Jadi kita join la SEGMEN ini...
Ada blogger yang senasib denganku? Jom pakat2 join..
Yang Follower dh berjuta-juta pun leh join gak.. agar bertambah meriah segmen ini...
SMILE...

Buku Lagi....






 Buku...buku...buku....
Bila dengar orang sebut tentang buku dah buat aku teruja...
Inikan pula bila my lovely roomate bagi tahu ada pesta buku at foyer library, agak-agak boleh ka aku duduk diam tanpa mempedulikan pesta BUKU besar-besaran yang sedang berlansung? Sememangnya tidak la kan..

Berbekalkan Baucer Buku yang masih berbaki beberapa ringgit aku melangkah laju di temani Aein yang sentiasa di sisi. Dari 1 booth ke booth yang lain aku jelajah, macam2 buku ada. Memang best yang tersangat-sangat.

Bertambah best bila aku jumpa buku yang selama ini memang aku cari iaitu.......
---
--
-
jENG..jENG
ini la buku yang aku tercari-cari tu...


Teruja tak terkata waktu tengok buku ni, oleh sebab harganya murah cuma RM14 ditambah pula dapat less 10% di tolak dengan baucer buku aku RM50, sama dengan ada baki lagi RM36. Boleh beli buku lain lagi... Wa...best2...

Inilah buku yang berjaya menambat hatiku hari ini...

1. Laws of Universal Attraction- Zuhairi Nopiah/ Amin Idris
2. Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf- Ainon Mohd.
3. Chicken Soup For The Soul- Jack Canfield/Mark Victor Hansen/ Amy Newmark

Menang membeli tapi kalah membaca, tapi tak apa semua buku2 ni boleh di simpan and dibaca waktu cuti sem nanti kalau tk sempat baca sekarang. (Perlu dahulukan buku akademik....) Pentingkan apa yang lebih penting dari perkara yang penting.

Seronok ja tengok... tersusun cantik di rak bukuku...

Esok nak pergi lagilah Pesta Buku Utara 2013, dah ketagih dah ni...
Nak beli buku apa lagi yea lepas ni? ada sesiapa nak cadangkan buku yang best lagi menarik? Boleh tinggalkan komen anda.
 
"Believe with all of you heart that you will do that you were made to do"
SMILE ...











Saturday, March 09, 2013

Rich Dad, Poor Dad



Senaman sekejap...
Tarik nafas.....
Lepas....
Sekali lagi....Tarik nafas.....tahan....................... lepas...
Fuh.......

Alhamdulillah kita semua masih diberi nikmat iman dan islam terus menghirup udara segar. Syukur juga aku sudah habis baca buku karya Robert T. Kiyosaki, Rich Dad, Poor Dad. So, nak kongsi sikit la manfaat yang aku dapat daripada buku ni.

Jom tengok lu penulisnya yang handsome....

 smile....

Buku ni banyak mengajar tentang pendidikan kewangan. Robert T. Kiyosaki juga turut berkongsi pengalaman dalam menguruskan kewangannya. Di mana dia berpendapat " Orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk wang, Orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka". Tapi sekarang Robert T. Kiyosaki ni dah bankruptcy namun aku tetap baca buku RD,PD sebab aku ambil yang baik sebagai tauladan dan yang buruk itu jadikan sempadan dan jangan jadikan amalan.

Meh tengok dulu cover Buku RD,PD....



                                                               
Sebelum start baca buku ni, aku tetanya-tanya juga kenapa buku ni tajuknya Rich Dad, Poor Dad? Setelah baca pengenalan baru la aku tau Robert T. Kiyosaki ni ada 2 orang ayah, seorang yang miskin, berpendidikan tinggi dan bijak, manakala seorang lagi merupakan ayah angkat beliau yang kaya dan hanya belajar setakat tingkatan 2. Pelik kan? yang berpendidikan seorang yang miskin, yang kurang pendidikan seorang yang kaya. Itulah bezanya antara orang bekerja untuk wang dan orang yang wang bekerja untuknya.

Robert menceritakan bagaimana kehidupannya yang membesar dengan 2 insan yang berpendapat berbeza dalam menguruskan kewangan. Bagaimana seorang mengatakan " Cintakan wang adalah akar kejahatan" manakala seorang lagi mengatakan " Kekurangan wang adalah akar kejahatan". Peningkan?. Robert T.Kiyosaki ada huraiannya, dan semua itu ada tertulis dalam buku yang aku baru habis baca.

Robert T. Kiyosaki banyak menceritakan bagaimana dirinya diajar cara pengurusan kewangan yang betul oleh Rich Dad iaitu ayah angkatnya yang kaya. Memang unik cara Rich Dad mengajar Robert tentang pengurusan kewangan. Di mana Rich Dad mengajarnya secara praktikal tidak seperti cara pembelajaran di sekolah seperti Rich Dad mengajar beliau membezakan antara aset dan liabiliti
 (Orang kaya mengumpul aset. Orang miskin mengumpul liabiliti).

~Aset menambah wang dalam poket kita= Hartanah, Saham, Bon, Sijil Simpanan, Harta Intelek.
~Liabiliti mengambil wang dalam poket kita= Pinjaman Rumah, Wang Pinjaman, Kad kredit.

Ramai masyarakat hari ini salah faham antara aset dan liabiliti. Contohnya, jika seseorang itu baru tamat pengajian dan mendapat pekerjaan, perkara pertama yang ingin dimiliki mungkin kereta kemudian rumah. Bagi mereka ianya merupakan aset bernilai yang mereka perlu kumpul sedangkan sebenarnya mereka sedang mengumpul liabiliti yang mengambil wang dalam poket mereka iaitu melalui cukai, faedah pinjaman dan yang sama waktu dengannya. Betul tak? renung-renungkan.

Wah...dah macam pakar kewangan pula aku ni.He3.. Itu sahaja sedikit sebanyak perkongsian saya untuk buku RD,PD ini. Bukan berniat mengangung-agungkan buku ini dan bukan juga mengatakan semua yang ditulis oleh penulis semuanya benar. Setiap orang punya pendapat masing-masing dalam menguruskan kewangan.

Sekadar perkongsian yang tidak seberapa, maaf sekiranya ada kekurangan atau kesalahan (mohon teguran) he3...

Masa depan kita ditentukan dengan pilihan yang kita buat pada hari ini, bukannya esok.

Lepas ni nak baca buku apa pula?
Hm....Smile- Irma Hasmie? Opsss....tak kot, behenti rehat jap untuk buku2 ini, mungkin hanya akan jeling2 di waktu lapang sbb now aku nak mengadap buku akademik yang sudah sekian lama menanti belaian dan perhatian aku!!! Wish me luck....

Study! Study! Study!



Jadual kuliah pun dah dibuat cantik and menarik..
Dah tertampal elok di board meja study...
Semangat! Semangat! Semangat!

Nothing is impossible, the world itself says " I'M POSSIBLE"
SMILE....














Wednesday, March 06, 2013

'MINI GIVEAWAY'




                                            Klik Sini yea

Bulan ni tak join mana Giveaway lagi. Jelajah punya jelajah jumpa 1 Mini Givewaway By Celoteh si gadis kidal. Hadiah-hadiahnya memang sangat2 menarik. Tapi penat juga la nk kena like and follow sponser2 yang ramai tu. He3... (Ramai bebenor...untung le..hi3).

Jom la pakat-pakat join tarikh tamat 19 mac..
Rugi kalau tk join...he3
SMILE...

Tuesday, March 05, 2013

Sebelum Aku Bernikah

 

Wa...wa.... tajuk pun dah gempak habis. Biasa le bab-bab nikah, kahwin ni kan famous untuk remaja dewasa yang seusia dengan aku.

Tapi hari ini buka nak cerita tentang sesiapa nak nikah or kawen or tunang or yg sama waktu dengannya. But today i want to share with you all about a book i have finished reading (Cewah bajet cakap omputih lak)he3.

Tajuknya " Sebelum Aku bernikah" karya Hilal Asyraf. Owh...................... (mesti ramai yang dah baca buku ni kan? aku ja yang agak ketinggalan zaman..hua2).

Walaupun dah ketinggalan zaman tapi aku nak cita and kongsi gak apa yang menarik tentang buku ni, walaupun ramai yang dah baca mesti ada juga segelintir yang belum baca kan..kan?
Sebelum aku berleter panjang jom tengok dulu cover buku Sebelum Aku Bernikah (Tak kenal maka tak cinta)

1. Sebelum Aku Bernikah - Hilal Asyraf (Dah Habis Baca)
2. Rich Dad, Poor Dad- Robert T.Kiyosaki (Sedang baca)
3. Smile-Irma Hasmie (Akan datang)

Ha...inilah antara buku-buku yang aku beli menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia. Memang semua buku di atas ni sudah lama ada dalam list buku yang aku nak beli. Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga beli.

Ok2...balik kepada buku Sebelum Aku bernikah. 
Tengok cover ja aku dah teruja nak baca, he3. Bila dah habis baca... wow...serius best and memang membuka minda dan fikiranku yang selama ini sempit dalam memahami erti cinta.

Gaya penulisan yang ringkas tapi padat dengan maksud yang tersirat. Memang santai saja bila baca buku SAB ni. Banyak perkongsian pengalaman yang boleh di jadikan contoh dan teladan.

Pengenalan menjelaskan tentang kesedaran cinta iaitu faham sebelum bercinta : Apa itu cinta? Bagaimana patut bercinta? Mengapa perlu mencari pasangan yang ciri-cirinya sedemikian? Mengapa penting membentuk diri sebelum pernikahan? ( Persoalan yang sering bermain di minda para remaja). Kesedaran apa itu cinta penting sebelum kita merasai cinta itu.

Bab 2 memang membuka mata dan minda aku seluas-luasnya. Kebanyakkan isu yang di sentuh memang kena pada batang hidung aku sendiri. Isu penyakit cinta masyarakat seperti couple antara yang dihuraikan. Penerangan tentang tajuk Terlalu Islamik menyentap hati kecil aku, bagaimana Saudara Hilal melontarkan pandangannya tentang mereka yang terlalu islamik.Contohnya diberi memang sudah sinonim dengan diri aku iaitu ayat islamik yang selalu digunakan : " Saya menanti dia yang tertulis untuk saya di loh mahfuz sana." (Mesti korang pun selalu dengar ayat ni kan?). Saudara Hilal menghuraikan satu persatu ayat di atas berserta dalil ayat Al-Quran ( Rujuk: Surah al-Baqarah, ayat 221)  yang menunjukkan Allah s.w.t sendiri memberi isyarat supaya kita memilih bukan 'menanti'.

Selain itu, turut di kongsikan antara persediaan yang perlu dilakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan yang dibahagikan kepada 3 iaitu Persediaan Rohani, emosi dan material.

Saudara Hilal juga berkongsi definisi cinta beliau yang boleh kita jadikan contoh iaitu "Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersam hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta namanya" (Definisi yang simple tapi penuh bermakna)

Itulah sedikit sebanyak yang dapat di kongsikan. Jika mahu lebih faham bolehlah dapatkan buku SAB di toko-toko buku berdekatan dengan anda dengan harga yang berpatutan iaitu RM20.

Bukan nak promote or apa-apa cuma sekadar perkongsian. Sebarang silap dan salah mohon teguran, sesungguhnya saya insan yang melakukan kesilapan dan masih belajar.

Sekarang tengah menelaah Rich Dad, Poor Dad. Walaupun sebenarnya penulisnya Robert T.Kiyosaki sudah bankrupcy tapi apa salahnya baca buku dia. Banyak ilmu yang boleh di manfaatnya terutamanya tentang pendidikan kewangan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Kalau berkesempatan aku akan kongsikan juga manfaat yang aku dapat daripada buku ini.

Khusyuk membaca, manfaatkan masa terluang sementara tunggu masuk kelas

"It is never too late to be what you might have been"
-SMILE-




 














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...