Saturday, August 27, 2011

Bila Syawal Menjelang Tiba


Alhamdulillah,all praises to ALLAH......
Kerana memberi peluang untuk aku beraya bersama keluargaku tahun ni...Walaupun raya taun ni agak hambar kerana kakak sulung aku bertugas pada hari raya pertama, jiran aku balik raya rumah Tok dia n taun ni tk dapat beraya ke rumah Tok Lang(guru mengaji) kerana dia sudah berpindah selepas suaminya meninggal.Hm....apa pun aku masih ada mak,abang,kakakku yang ketiga, adik perempuanku,adik lelakiku dan kaum kerabat yang lain untuk beraya bersama. Aku harus bersyukur kerana menjelang syawal aku di kelilingi orang yang aku sayang, berbeza dengan insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana yang berhari raya dalam keadaan yang serba kekurangan lebih-lebih lagi bagi insan yang hidup sebatang kara dan kesunyian. Apakah makna raya pada mereka? Hidup kesunyian bertemankan air mata. Hal ini belum di kira dengan muslimin dan muslimat yang berada di Afrika yang hidup kebuluran, anak-anak kecil di Afghanistan yang kehilangan ibu dan ayah akibat peperangan. Oleh itu, aku sekali lagi bersyukur dengan kurniaan dan nikmat yang Allah berikan padaku.Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Friday, August 19, 2011

Demam Trial


Peperiksaan,
Otak Buntuk,
Fikiran serabut,
Kepalaku pening selalu,
Sebab kena baca buku selalu,
Nak baca subjek mana dulu pun tak tahu,
Sebab jadual periksa pun dah nampak kelabu,
Membuatkan mejaku penuh dengan buku,
Berjaga malam hm....bertambahlah rabunku ini,
Orang pun ku sangka hantu,
Kawan ku sangka cikgu,
Diriku jadi tak menentu.......
Berginilah diriku bila trial belum berlalu........
Semoga result segempak usahaku.....Insya Allah....4A dalam gemgamanku.


                                 Usaha+rajin+doa+tawakal=Kejayaan

Friday, August 12, 2011

Kelip-kelip dan Lilin


Kelip-kelip dan lilin kedua-duanya bercahaya namun berbeza dari segi penggunaan cahayanya. Kelip-kelip cuma mancarkan cahaya untuk dirinya sahaja dan terbang bebas dengan bangga menunjukkan kemegahan,kecantikkan dan keunikkannya. Sifat kelip-kelip ini amat sesuai dengan orang yang pentingkan diri sendiri dan kedekut. Sebagai contoh seorang pelajar yang bijak tetapi tak mahu kongsi ilmu dengan rakan-rakannya kerana bimbang kawannya kan menjadi lebih bijak daripadanya. Hal ini samalah seperti kelip-kelip yang takut untuk berkongsi cahaya yang di anugerahkan padanya kerana bimbang akan ada yang lebih cantik daripadanya. Berlainan pula dengan lilin yang rela membakar dirinya untuk menerangi orang lain yang sifatnya ini boleh disamakan dengan insan bernama guru yang banyak bekorban demi melihat kejayaan anak didiknya. Walaupun akhirnya lilin akan habis namun jasanya amat dikenang, di ilhamkan dalam lagu, sajak, pantun dan sebagainya, bagaimana pula dengan kelip-kelip? kelip-kelip yang pada mulanya terbang megah menunjukkan kesombongan diri akhirnya akan di tangkap lalu di kurungkan di dalam balang dan akhirnya mati dan di lupakan, hal ini samalah dengan pelajar yang bijak tetapi sombong yang akhirnya akan kecundang dalam pelajaran kerana sikapnya yang mengikut sikap kelip-kelip.Dan pada ketika itu sudah telambat untuk di kesali kecuali hanya dengan berubah dan menginsafi kenaifan diri.

CoUpLe Vs Nyamuk




Nyamuk penyebab penyakit denggi manakala couple penyebab peningkatan pembuangan bayi. Tetapi dalam mencegahkan kedua-dua punca masalah ini berbeza iaitu untuk penyakit denggi di hapuskan penyebabnya manakala kes pembuangan bayi tidak di lakukan sebergitu. Untuk membanteraskan nyamuk pelbagai cara di laksanakan dengan gianya seperti semburan racun,kempen, iklan dan mengenakan denda ribuan ringgit sekiranya menjumpai jentik-jentik di kawasan-kawasan tertentu. Tetapi langkah apa yang di pergiatkan untuk membanteraskan kes pembuangan bayi,adakah di banteraskan punca penyebabnya iaitu couple? Adakah kempen "Dilarang bercouple" ataupun mengenakan denda kepada mana-mana pasangan bercouple? Tidak. Tetapi untuk membanteraskan kes pembuangan bayi ialah dengan mengadakan tempat untuk bayi yang lahir daripada penzinaan pasangan-pasangan couple.Hm.....kenapa untuk penyakit denggi tidak di ambil tindakan yang sama iaitu meyediakan tempat khas untuk pesakit denggi. Memang tak semua pasangan couple itu berzina, tetapi semua yang berzina itu pasangan couple. Sedar atau tidak sebenarnya couple itu lebih teruk daripada nyamuk kerana penyakit denggi ada penawarnya tetapi zina dan pembuangan bayi? Ada penawarnya?? 

Nyamuk LoVe CoUpLe




Couple itu seperti nyamuk. Kenapa nyamuk??? Hm….sebab nyamuk itu seperti couple. Kita selalu ambil mudah apabila di gigit nyamuk,bagi kita nyamuk tu cuma binatang kecil yang bersayap dan apabila di gigit kita boleh tampar sahaja. Tapi macam mana kalau waktu nyamuk gigit kita, kita tengah lalai memang gigitannya sakit cuma sekejap tapi virus yang di tinggalkannya boleh membawa maut. Namun masyarakat kita cuma memandang enteng perkara ini. Bergitu jugalah dengan couple, masyarakat kini memandang remeh akan isu couple ini. Couple di anggap sebagai budaya dan perkara biasa. Bagi golongan remaja, bercouple merupakan kemestian dalam menyempurnakan hidup dan bagi remaja yang tidak bercouple di katakan ketinggalan zaman dan tidak laku dan ketinggalan zaman. Tanpa kita sedari, hanya dengan bercouple biasa-biasa dan ringan-ringan sahaja itulah yang boleh meyebabkan berlakunya penzinaan dan akhirnya telah membunuh janin yang tidak berdosa.Apa yang peliknya? Pelbagai inisiatif yang di laksanakan dengan giatnya untuk menghapuskan nyamuk yang merupakan punca kepada demam denggi, tetapi kenapa tak membanteraskan couple yang merupakan penyebab berlakunya pembuangan bayi.