Rombongan familyku yang seramai 10 orang termasuklah sepupu dan abang ipar aku bertolak ke Terengganu pada pukul 9.00 pagi (Ahad-5/6/2011) dan kemudiannya berhenti rehat di Banjaran Titiwangsa pada pukul 1 tghri untuk lunch. Walaupun tgahari tetapi cuaca di Banjaran Titiwangsa sangat sejuk dan pemandagannya memang cantik dan menenangkan.
Makan beramai-ramai.....
Selepas berhenti rehat di Banjaran Titiwangsa, kami meneruskan perjalanan ke Terengganu, di sepanjang perjalanan kami sempat singgah di beberapa tempat termasuklah gerai keropok losong yang menyediakan keropok losong yang enak. Kami tiba di rumah adik-beradik mak yang tinggal di sungai tiang untuk tumpang berehat pada waktu magrib hampir menjelang. Adik-beradik Mak ( Mak Cik Timah) menyambut kami sekeluarga dengan baik.
Mak with Mak Cik Timah
Keesokan harinya ( Isni-6/6/2011) aku sekeluarga bertolak ke Unisza pada pukul 8.00 pagi untuk pendaftaran adik kesayangan aku (dayah). Selesai pendaftaran dan hantar adik aku ke asrama penginapannya, kami sempat bergambar sebelum meniggalka adik aku untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmunya di Unisza. Memang agak sedih untuk meninggalkan adik aku keseorangan di Unisza maklumlah ini kali pertama adik aku tinggal berjauhan dengan keluarga walaupun sebelum ini adik aku tinggal di asrama yang berlainan daerah tetapi kali ini asrama yang belainan negeri. Semoga adik aku tabah meneruskan kehidupannya sebagai seorang siswi.
me n dayah
dayah n ba at
dayah n kak yang
Selepas selesai menguruskan pendaftaran dayah, aku sekeluaraga bertolak pulang ke Kedah. Dalam perjalanan pulang kami sempat melawati Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.
Sepanjang di Terengganu aku juga sempat merasa beberapa jenis kuih Terengganu seperti kuih sata...