Wednesday, June 01, 2011

Hidup, mati dan amalan



Minggu lepas aku ada baca sebuah novel islamik keluaran  PTS yang bertajuk Tuhan Masih Mencintaiku karya Lili Haslina Nasir yang mengisahkan perjalanan hidup Khalida Atikah seorang wartawan muda yang terpaksa berhadapan dengan ketuanya Azerul Rashid yang amat baran orangnya.Sewaktu aku baca novel tu aku tertarik dengan input yang terdapat dalam novel tu, memang menarik dan bila aku baca amat menyentuh hati dan menginsafkan aku serta membuatkan aku berfikir panjang mengenai hidup, mati dan amalanku.

Manusia rata-ratanya meninggal dunia sekitar lebih 60 tahun dan kurang 70 tahun, kecualilah dapat subsidi daripada Allah s.w.t. Maknanya usia 65 tahun adalah usia purata orang kita dijemput menghadap ilahi.Usia baligh seserang lelaki atau perempuan biasanya sekitar umur 15 tahun, jadi kita tolak usia purata manusia hidup dengan usia sebelum baligh, (65-15=50) jawapannya 50 tahun. Mari kita renung kembali apa yang kita lakukan dalam tempoh 50 tahun.

Waktu tidur lebih kurang 8 jam sehari….                                                                             
Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk tidur sebanyak 18250x8jam=146 000 jam bersamaan 16 tahun 7 bulan. Dibundarkan menjadi 17 tahun. Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita akan meninggalkan dunia untuk selamanya.
Waktu aktiviti pada siang hari seperti bekerja,belajar dan sebagainya lebih kuranng 12 jam. Dalam 50 tahun waktu yang di habiskan unttuk aktiviti ebanyak 18250harix12jam=219 000jam bersamaan 25 tahun.

Waktu rehat lebih kurang 4 jam                                                                                  
Dalam 50 tahun waktu yang di gunakan untuk rehhat 18250x4=73 000 jam iaitu bersamaan 8 tahun. Wakktu rehat mungkin dihabiskan untuk menonton televisyen ataupun termenung dibuai khayalan.
17tahun+25tahun+8tahun=50tahun.

Berapa banyak masa solat fardu kita dalam 50 tahun? 1 solat fardu lebih kurang 10 minit. 5kali solat fardu leebih kurang 1 jam. Dalam 50 tahun waktu yang di manfaatkan untuk solat 18250x1 jam=18250jam bersamaan 2 tahun.Waktu yang dimanfaatkan untuk solat dalam tempoh 50 tahun cuma 2 tahun untuk solat, itu pun yang solat 10 minit, jika solat macam ayam patuk tanah, macam mana?Ini pun waktu untuk solat, bagi waktu untuk amalan kita yang lain cukupkah? Tepuk dada tanya iman dan muhasabahlah diri.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...