Tuesday, March 29, 2011

Hati Yang Ketandusan Cinta

                    
Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.
Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.
Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.
Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.
Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.
Dari ujian  itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.


Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...